Pages

Friday, January 2, 2009

PIHAK YANG MENCEROBOH ATAU YANG DICEROBOH



_______________________________________________



Siapakah Pengganas .

Hari ini saya ingin membuat sedikit luahan minda yang memang sentiasa mencabar minda sedar setiap orang yang mendengar dan melihat peristiwa alam global yang berlaku sejak sekian lama iaitu telah melebihi 60 tahun. Peristiwa demi peristiwa berlaku dengan megahnya mencabar perintah Allah dan Rasulnya.

Gah seluruh dunia tentang wujudnya pengganas, adakah pengganas itu pengganas atau bukan pengganas itu pengganas atau orang baik itu jahat atau orang jahat itu orang jahat atau perompak itu perompak atau bukan perompak itu perompak. Keliru bukan, memang pun keliru, tetapi orang yang memiliki minda sedar mereka tidak akan keliru, orang yang mencintai kebenaran tidak akan keliru,
orang beriman tidak akan tertipu, nilai hakiki sahaja yang mereka patuhi dan akui.

Cuba fikir kecelaruan dan kekeliruan ini.

Pencerobohkah pengganas atau yang dicerobohkah pengganas ?.

Pasukan melanggar sempadankah pengganas atau penduduk yang mempertahankan negarakah pengganas ?

Amerika yang menyerangkah pengganas atau Irak yang berada di negera sendirikah pengganas ?.

Israel yang merampas tanahkah pengganas atau Palestin mempertahankan hakkah pengganas ?
Pembunuhkah pengganas atau yang kena bunuhkah pengganas ?

Pihak yang membunuh ramai manusiakah pengganas atau pihak yang membunuh sedikit manusiakah pengganas ?.

Pihak yang memfitnahkah pengganas atau pihak yang difitnahkah pengganas ?.

Pihak yang membuat keputusan sendirikah pengganas atau pihak patuh suara ramaikah pengganas.


Banyak lagi dan banyak lagi persoalannya yang belum dibersihkan dan dimurnikan. Adakah kita mengambil iktibar dari semua peristiwa tersebut atau adakah kita hanya menjadi penonton yang baik. Sudahkah kita mendapat resipi perpaduan rakyat, Negara sedang menunggu untuk ditadbirkan secara aman dan adil untuk semua manusia dan makhluk lain yang menumpang hidup di atas muka bumi negara Malaysia yang tercinta ini.

Pernahkah kita fikir untuk kebaikan orang lain, pernahkah kita fikir untuk kebaikan makhluk lain, pernahkah kita fikir untuk menjernihkan air di dalam sungai, pernahkah kita fikir untuk kebersihan udara setelah kita fikir untuk kebaikan diri kita sendiri. Kalau sememangnya kita berfikir untuk kebaikan sejagat, mengapakah keadaan belum berubah, adakah belum sampai takdirnya.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ). Wassalam.

4 comments:

  1. sdr.leenoh,

    orang gila tak mengaku gilanya.
    begitulah seterusnya.

    malah orang baik pun tak mengaku baiknya.
    orang kaya pun tak mengaku kayanya.

    ReplyDelete
  2. Sdr.NGINAP SRENGENGE.
    Bila dah berkuasa manusia jadi jahil. Mereka ikut akal dan nafsu, sebab itu dunia jadi macam sekarang ini, sepatutnya akal dan wahyu.

    Satu dunia nilai jadi terbalik, kalau yang berkuasa kata betul maka betullah, kalau dia kata tidak betul maka tidak betullah.

    Akhirnya kasut yang tidak pandai terbang itupun jadi pandai terbang.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Tambahan.
    Terasnya mestilah Islam bukan berteraskan Melayu kerana Islam berada teratas dan ketaatan kepada Allah adalah tertinggi dan mengatasi segalanya serta Islam itu adalah cara hidup yang sejahtera dan selamat di dunia dan di akhirat.

    Wassalam.

    ReplyDelete