
Marilah kita berhenti sebentar
Pandang kanan dan pandang kiri.
Fikirkan masalah sedang berputar.
Jangan sampai Allah murkai .
Pandang kanan dan pandang kiri.
Fikirkan masalah sedang berputar.
Jangan sampai Allah murkai .
__________________________________
Dari Utara menuju ke Behrang.
Singgah sebentar di Changkat Jering.
Sudah sampai Telefon berdering.
Cerita muram di Bukit Gantang.
Berduyun-duyun ke Changkat Larang.
Menziarahi pahlawan yang terbilang.
Turut terukir sejarah Bukit Gantang.
Kembalinya sudah pendakwah terbilang.

Berpatah balik menguruskan dunia.
Ujian Allah jangan dipersia-sia.
Memurni dan merapikan dunia.
Berjaya gagal tetap bernilai.
Indahnya syurga perlu diyakini.
Buat ganjaran orang imani.
Barulah taat suruhan Nabi.
Mengajak masyarakat taat watani.
Setiap hidup lawannya mati.
Kerana dunia bukan abadi.
Jangan buat sesuka hati.
Nanti akhir merana diri.
Berjuang kebenaran sejak dahulu.
Dari hilir sampailah ke hulu.
Memilih benih biarlah bermutu.
Bumi subur negara maju.
Habis beras masih berilmu.
Ilmu pesaka kekal bermutu.
Menegakkan kebenaran janganlah jemu.
Sentiasalah manfaatkan hikmah ilmu.
Biar di mana manusia berada.
Allah melihat, menilai sentiasa.
Walau berkempen dalam pilihanraya.
Hukum syariat perlu dijaga.
Gunalah akal sedia ada.
Sepadukan iman di dalam dada.
Jadikan aqidah panduan timbangtara.
Agar terhindar hidup sengsara.
Jangan salahkan lembu belaga,
Jika gembala cabut sendungnya.
Jangan salahkan rakyat jelata.
Jika panglima tidak bersila.
Tanam padi tumbuh sambau.
Sambau tumbuh di tengah petak.
Apakah terjadi di Bukit Selambau.
Anak di pangkuan terpaksa diletak.
Orang prihatin rasa risau.
Kurangnya padi berbanding sambau.
Perosak padi hendaklah dihalau.
Perbanyakkan padi bukannya sambau.
Orang cerdik kenal sambau.
Sambau kosong padi berisi.
Orang terdidik tidak sasau.
Di mana berada, berbudi tinggi.
Sambau kosong padi berisi.
Di mana berada, berbudi tinggi.
Jika tindakan tanpa budi.
Akibatnya rosaklah anak negeri.
__________________________
Ulasan kawan blog.
Singgah sebentar di Changkat Jering.
Sudah sampai Telefon berdering.
Cerita muram di Bukit Gantang.
Berduyun-duyun ke Changkat Larang.
Menziarahi pahlawan yang terbilang.
Turut terukir sejarah Bukit Gantang.
Kembalinya sudah pendakwah terbilang.

Berpatah balik menguruskan dunia.
Ujian Allah jangan dipersia-sia.
Memurni dan merapikan dunia.
Berjaya gagal tetap bernilai.
Indahnya syurga perlu diyakini.
Buat ganjaran orang imani.
Barulah taat suruhan Nabi.
Mengajak masyarakat taat watani.
Setiap hidup lawannya mati.
Kerana dunia bukan abadi.
Jangan buat sesuka hati.
Nanti akhir merana diri.
Berjuang kebenaran sejak dahulu.
Dari hilir sampailah ke hulu.
Memilih benih biarlah bermutu.
Bumi subur negara maju.
Habis beras masih berilmu.
Ilmu pesaka kekal bermutu.
Menegakkan kebenaran janganlah jemu.
Sentiasalah manfaatkan hikmah ilmu.

Allah melihat, menilai sentiasa.
Walau berkempen dalam pilihanraya.
Hukum syariat perlu dijaga.
Gunalah akal sedia ada.
Sepadukan iman di dalam dada.
Jadikan aqidah panduan timbangtara.
Agar terhindar hidup sengsara.
Jangan salahkan lembu belaga,
Jika gembala cabut sendungnya.
Jangan salahkan rakyat jelata.
Jika panglima tidak bersila.
Tanam padi tumbuh sambau.
Sambau tumbuh di tengah petak.
Apakah terjadi di Bukit Selambau.
Anak di pangkuan terpaksa diletak.
Orang prihatin rasa risau.
Kurangnya padi berbanding sambau.
Perosak padi hendaklah dihalau.
Perbanyakkan padi bukannya sambau.
Orang cerdik kenal sambau.
Sambau kosong padi berisi.
Orang terdidik tidak sasau.
Di mana berada, berbudi tinggi.
Sambau kosong padi berisi.
Di mana berada, berbudi tinggi.
Jika tindakan tanpa budi.
Akibatnya rosaklah anak negeri.
__________________________
Ulasan kawan blog.
-
Dee said...
wah..berpantun saudara leenoh..makna yg sgt mendalam..hehehe..
-
AyKay said...
kalau di ikut2kan emosi, boleh pitam... tapi now Perak is fofuler
-
Leenoh said...
Sdri.Dee,
Bukan pantun ahli bahasa,
Cuma pantun belajar sastera.
Mengharapkan kawan membuat prosa.
Menegur kita tersalah bahasa.-
Leenoh said...
Sdri.AyKay.
Kelihatan seperti ikut emosi.
tetapi masih ingat dan kenal.
Masalah negara perlu ditangani.
Buatlah pertimbangan ikut rasional.
-
DrSam said...
salam,
menarik rangkap-rangkap puisi diatas.
Tidak bertanya tersesat jalan
mencari guru hingga ke Rembau
bolehkan hamba bertanya soalan
Apakah mafhumnya perkataan sambau-
Leenoh said...
Salam. Dr. Sam.
Jika tuan pergi ke Rembau
Jangan lupa singgah di Linggi.
Senang kenal rupanya sambau.
Rupanya hampir seperti padi.
Tiada petani suka sambau.
Hanya mengganggu petak padi.
Wassalam.
wah..berpantun saudara leenoh..makna yg sgt mendalam..hehehe..
ReplyDeletekalau di ikut2kan emosi, boleh pitam... tapi now Perak is fofuler
ReplyDeleteSdri.Dee,
ReplyDeleteBukan pantun ahli bahasa,
Cuma pantun belajar sastera.
Mengharapkan kawan membuat prosa.
Menegur kita tersalah bahasa.
Sdri.AyKay.
ReplyDeleteKelihatan seperti ikut emosi.
tetapi masih ingat dan kenal.
Masalah negara perlu ditangani.
Buatlah pertimbangan ikut rasional.
salam,
ReplyDeletemenarik rangkap-rangkap prosa diatas.
Tidak bertanya tersesat jalan
mencari guru hingga ke Rembau
bolehkan hamba bertanya soalan
Apakah mafhumnya perkataan sambau
Jika tuan pergi ke Rembau
ReplyDeleteJangan lupa singgah di Linggi.
Senang kenal rupanya sambau.
Rupanya hampir seperti padi.
Tiada petani suka sambau.
Hanya mengganggu petak padi.