Orang Melayu memang kaya dengan perumpamaan, simpulan bahasa, peribahasa dan lain-lain ungkapan sastera yang sering diselitkan di dalam ucapan dan penulisan, penggunaan bahasa bersastera tidak dapat dinafikan bahawa ianya memberi kesan mendalam kepada mereka yang terlibat. Jiwa mereka lebih tersentuh jika dinasihati atau disindir dengan mengungkapkan bahasa bersastera sama ada dengan kiasan atau perumpamaan. Kekayaan bahasa ini dimanfaatkan oleh orang Melayu di dalam masyarakatnya, walaupun terdapat juga penggunaan ke arah yang tidak baik tetapi kebiasaan itu sangat terpencil.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna adalah suatu ungkapan yang sering digunakan untuk menasihati seseorang, menyesal dahulu bermaksud berfikir dahulu tentang baik buruk sesuatu sebelum bertindak melakukannya atau meninggalkannya, menyesal kemudian tidak berguna bermaksud seseorang yang kurang berfikir sebelum melakukan sesuatu, setelah melakukannya barulah terkesan akan keburukannya dan rasa menyesalpun mengusainya tetapi pada ketika itu tiada gunanya lagi, terlajak perahu boleh diundurkan kembali tanpa apa-apa kesan yang buruk tetapi, apabila berlaku terlajak perbuatan tiada siapa berupaya menghapuskannya.
Sejauh manakah kebenaran hujah tersebut.
Sesuatu kesilapan masih ada ruang untuk dibaiki sama ada dengan memohon maaf atau memulakan penghidupan baru berdasarkan tasauwur atau pandangan yang baru yang betul dan benar. selagi manusia itu masih hidup mereka masih ada ruang dan peluang untuk bertaubat walaupun sebesar mana dosa yang telah mereka lakukan kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa.
Namun demikian peluang bertaubat juga ada hadnya, jangan sampai nyawa telah keluar dari sebahagian badan dan telah berada dikerongkong menunggu untuk keluar iaitu dalam keadaan sakaratulmaut atau telah berada di dalam neraka barulah meluahkan rasa menyesal ketika itu menyesal kemudian tidak berguna lagi.
Allah menceritakandan disebut di beberapa tempat atau surah di dalam al.Quran tentang feel manusia yang seperti itu iaitu menyesal kemudian tidak berguna dan memerintahkan Nabi Muhammad.s.a.w. mengingatkan manusia agar mengelakkan diri supaya tidak termasuk di dalam golongan yang amat rugi itu.
Cuba fikir dan renungkan maksud ayat di bawah ini.
Firman Allah dari surah Al.Ahzab.
Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang, -
[65]
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong.
[66]
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
[67]
Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
[68]
“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”
[69]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.
[70]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara).
Sekian. Wallahu aklam.
2 comments:
Salam:
Semoga N3 ni dapat memberi panduan dan ingatan kepada kita semua. Berfikir sebelum bertindak, jangan ikut nafsu.
Salam Kuntong.
Insya Allah .
Semoga Allah sentiasa membantu dan memelihara serta menjauhkan kita dari ditimpa kerugian.
Post a Comment