| |
Salam Semua.
Sejak zaman berzaman kampung diistilahkan sebagai tempat yang lebih mundur dalam serba-serbi dan beraneka macam berbanding dengan bandar. Adakah benar kampung sememangnya tidak pernah menghasilkan kemajuan dan tidak pernah memiliki cerdik pandai atau kepakaran dalam apa bidangpun sehingga kampung berkeadaan mundur berbanding dengan bandar.
Membakar diri menerangi orang lain.
Kampung sebenarnya membakar diri menerangi orang lain, kampung menghasilkan pelajar cemerlang dan sebahagian mereka kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh dan seterusnya mereka menyambung pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi dan juga lulus dengan cemerlang, juga di antaranya melanjutkan lagi pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dan sebahagiannya belajar di sekolah-sekolah yang berkurikulum Pengajian Islam yang mampu mencapai ke taraf ilmuan Islam iaitu setelah mereka melanjutkan pelajaran ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara, dan akhirnya mereka juga berkhidmat di bandar, mereka balik kampung hanya ketika bercuti, khasnya ketika bercuti Hari Raya. Pada masa yang lain mereka sebok di bandar kerana menjalankan tugas sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
Panggilan kampung ketika Hari Raya amat kuat sekali, jasmani dan rohani warga bandar yang berasal dari kampung diresapi ingatan terhadap suasana dan kenangan kampung yang dilonjakkan oleh ketauhidan dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Di mana tuntutan menziarahi ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan kawan- rakan perlu ditunaikan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan meraih keberkatan.
Mereka akan rasa muda sekembalinya ke kampung terutama apabila bertemu ibu bapa dan berpeluk cium dengan mereka, ketika itu akan terasa seperti kanak-kanak, setua mana mereka , setinggi mana pangkat, mereka tetap akan terasa nostalgia itu, rasa muda juga akan datang dalam dalam hati kecil ketika mengenangkan sewaktu mereka kanak-kanak dahulu atau sekurang-kurangnya menghayati kemudaan itu dalam bentuk khayalan sambil mengingatkan kuasa Allah terhadap diri masing-masing dan kekawan yang lain dan kenangan lain yang amat mengusik jiwa.
Ketupat , lemang, rendang dan lain-lain masakan ibu mereka adalah hidangan dan juadah yang diidam-idamkan tanpa tolok bandingnya. Demikianlah kesan air tangan ibu.




Suasana kampung tenang dan nyaman.
Mereka memenuhi masjid dan surau di bandar, mereka balik kampung selepas mengimamkan solat dan mereka balik kampung setelah membaca khutbah Hari Raya, Kiranya mereka balik kampung lebih awal akan tidak sempurnalah aktiviti masjid dan surau di bandar.
Mereka juga memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau di bandar dengan bersolat fardu secara berjamaah dan mengadakan kuliah-kuliah pada waktu malam dan subuh hari. Nampaknya kampung mengekspot cerdik pandai ke bandar sehingga tidak ramai lagi yang tinggal di kampung dan hampir semua cerdik pandai kampung berpindah ke bandar. Maka tinggallah kampung dalam keadaan tradisinya, nyaman serta sederhana.
Apakah pendapat anda pula dalam hal ini ?.
Klik je:
Sekian.Wassalam.
Sejak zaman berzaman kampung diistilahkan sebagai tempat yang lebih mundur dalam serba-serbi dan beraneka macam berbanding dengan bandar. Adakah benar kampung sememangnya tidak pernah menghasilkan kemajuan dan tidak pernah memiliki cerdik pandai atau kepakaran dalam apa bidangpun sehingga kampung berkeadaan mundur berbanding dengan bandar.
Membakar diri menerangi orang lain.
Kampung sebenarnya membakar diri menerangi orang lain, kampung menghasilkan pelajar cemerlang dan sebahagian mereka kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh dan seterusnya mereka menyambung pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi dan juga lulus dengan cemerlang, juga di antaranya melanjutkan lagi pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dan sebahagiannya belajar di sekolah-sekolah yang berkurikulum Pengajian Islam yang mampu mencapai ke taraf ilmuan Islam iaitu setelah mereka melanjutkan pelajaran ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara, dan akhirnya mereka juga berkhidmat di bandar, mereka balik kampung hanya ketika bercuti, khasnya ketika bercuti Hari Raya. Pada masa yang lain mereka sebok di bandar kerana menjalankan tugas sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
Panggilan kampung ketika Hari Raya amat kuat sekali, jasmani dan rohani warga bandar yang berasal dari kampung diresapi ingatan terhadap suasana dan kenangan kampung yang dilonjakkan oleh ketauhidan dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Di mana tuntutan menziarahi ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan kawan- rakan perlu ditunaikan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan meraih keberkatan.
Mereka akan rasa muda sekembalinya ke kampung terutama apabila bertemu ibu bapa dan berpeluk cium dengan mereka, ketika itu akan terasa seperti kanak-kanak, setua mana mereka , setinggi mana pangkat, mereka tetap akan terasa nostalgia itu, rasa muda juga akan datang dalam dalam hati kecil ketika mengenangkan sewaktu mereka kanak-kanak dahulu atau sekurang-kurangnya menghayati kemudaan itu dalam bentuk khayalan sambil mengingatkan kuasa Allah terhadap diri masing-masing dan kekawan yang lain dan kenangan lain yang amat mengusik jiwa.
Ketupat , lemang, rendang dan lain-lain masakan ibu mereka adalah hidangan dan juadah yang diidam-idamkan tanpa tolok bandingnya. Demikianlah kesan air tangan ibu.




Suasana kampung tenang dan nyaman.Mereka memenuhi masjid dan surau di bandar, mereka balik kampung selepas mengimamkan solat dan mereka balik kampung setelah membaca khutbah Hari Raya, Kiranya mereka balik kampung lebih awal akan tidak sempurnalah aktiviti masjid dan surau di bandar.
Mereka juga memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau di bandar dengan bersolat fardu secara berjamaah dan mengadakan kuliah-kuliah pada waktu malam dan subuh hari. Nampaknya kampung mengekspot cerdik pandai ke bandar sehingga tidak ramai lagi yang tinggal di kampung dan hampir semua cerdik pandai kampung berpindah ke bandar. Maka tinggallah kampung dalam keadaan tradisinya, nyaman serta sederhana.
Apakah pendapat anda pula dalam hal ini ?.
Klik je:
Bersediakah kita untuk berpuasa Sunat Syawal - 1430H
Sekian.Wassalam.