Assalamualaikum.
Sekarang jam 6.50 petang, sekejap lagi Daerah Kluang ini akan masuk waktu Maghrib menandakan tahun 1430H bermula dan tahun 1429 berakhir dan menjadi sejarah untuk dikenang dan menjadi iktibar atau pengajaran kepada manusia bagi sesetengah peristiwa yang berlaku dan berlalu bersama catatan sejarahnya yang tersendiri.
Maka genaplah blog ini berusia ( 5 bulan dan 9 hari ) kerana tajuk pertamanya diterbangkan ke alam maya pada 16hb.Rejab 1429H bersamaan 19hb.Julai 2008 juga selepas solat Magrib. Azam blog ini akan mengekalkan wawasan menjana Kehidupan Bersih, penghijrahanya hanya kepada lebih tekun lagi untuk merealisasikan wawasan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pengunjung blog ini, selama ini andalah yang menyebabkan Leenoh terus menulis dan menambahkan tajuk blog, tanpa anda semangat Leenoh agak mendatar, menurun dan kekurangan daya kesinambungan idea dan ilham. Pandangan dan komen-komen anda sangat bermakna bagi Leenoh, syabas dan terima kasih sekali lagi untuk anda.
( Maaf Leenoh berhenti menaip sekejap untuk solat Magrib - sekarang masih dalam musafir, insya Allah esok balik ke Shah Alam ).
Baiklah sekarang jam menunjukkan pukul 7.55 malam Isnin (Ahad malam) dengan itu bermulalah 1hb.Muharram 1430. tahun baru bagi seluruh umat Islam di dunia. Ini bermakna peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad.S.A.W. bersama sahabat baginda telah 1430 tahun berlalu. Sekarang kitalah pula sebagai penyambung dan penjana wawasan penghijrahan tersebut.
Penuhilah wawasan dengan menyampaikan ilmu Allah kepada manusia supaya manusia mendapat petunjuk jalan kehidupan yang benar dan terselamat daripada kesesatan.
Walaupun blog ini tidak mempunyai pengunjung yang ramai tetapi Leenoh berpuas hati dengan sambutan yang diberikan. Tugas Leenoh ialah mengekalkan dan beristiqamah dalam menyampaikan kebaikan kepada semua orang khasnya anak-anak muda.
Pada permulaan dakwah Islam dahulu Nabi hanya mempunyai pengikut beberapa orang sahaja sehinggalah Baginda diperintahkan berpindah ke Madinah selepas itu barulah Islam berkembang pesat oleh itu semangat ini perlulah dihayati.
Wallahu aklam bissowab. Wassalam.
_______________________________________________________________-
ULASAN KEKAWAN
SDR. LEENOH,
SEMOGA BERJAYA DALAM MISI DAKWAH.
TAHUN BARU,AZAM PUN DIPERBAHARUI.
WASSALAM.
December 28, 2008 6:30 AM
Insya Allah sama-sama kita doakan untuk diri sendiri, keluarga dan muslimin dan muslimat.
Leenoh doakan semoga NGINAP-SRENGENGE ( Sdr.Pak Cha & Mak Wan ) sentiasa sihat supaya dapat terus berbakti dan berkhidmat memberi pertolongan kepada Anak-anak Yatim dan penduduk Banggul Derdap dan masyarakat amnya.
Wassalam.
December 28, 2008 6:48 AM
Salam Maal Hijrah
Moga Hari mendatang menjanjikan yang terbaik buat kita...
December 28, 2008 4:37 PM
Saudara Leenoh:
Semoga doa akhir dan awal Tahun yang telah kita panjatkan akan di makbulkan Allah swt.
December 28, 2008 4:56 PM
Sama-samalah kita memulakan setiap pekerjaan baik dengan Basmalah (Bismillah) dan doa. Insya Allah Leenoh akan menziarahi blog Ummumishkah dan Kuntong.
Wassalam
December 28, 2008 5:24 PM
Semoga niat ikhlas untuk mengubah diri dan keluarga khasnya masyarakat dan negara amnya ke arah mardhaatillah dimakbulkan Allah,teruskan misi dakwah kita hingga ke akhir hayat.Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali ia sendiri berusaha untuk mengubahnya. (arbabedong)
December 28, 2008 8:47 PM
Insya Allah sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit, diharap Arbabedong sentiasa memberi respon dengan ulasan yang lebih panjang dan bernas kepada setiap mauduk yang diutarakan , terima kasih daun keladi, kalau boleh beri ulasan lagi.
Wassalam.
December 29, 2008 3:02 AM
selamat tahun baru....
baru teringat anak yg no 2 tu lahir 2 Muharram... so kalo ikut bln hijrah dah 4 thn la anak sy ;)
December 29, 2008 4:21 AM
Bunga,
Kalau anak bertambah usianya,ibubapa pun bertambahlah usianya kan.
Itulah realiti kehidupan, usia kita semakin pendek sebenarnya, maknanya usia baki yang belum digunakan itu semakin sedikit.
Tak kesahlah apa pun, asalkan kita istiqamah pada jalan yang benar.
Wassalam.
December 30, 2008 1:21 AM
uwaaaaaaa.... terkesan lak bace statement p.ngah....
lalainya aku dgn urusan dunia..... sob..sob..sob :(
December 30, 2008 5:21 PM