Monday, December 1, 2008

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI.



Paparan maksud ayat 11, 12 dan 13 ( surah al.Hujuraat ) untuk kurenungi bersama kawan-kawan dan diharapkan ianya dapat memberi tasauwur ( pandangan & gambaran ) yang betul terhadap kehidupan manusia sejagat.

Ayat 11.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kaum lelaki menghina kaum lelaki ( yang lain ), kerana boleh jadi kaum yang dihina itu, lebih baik dari kaum yang menghina, dan janganlah kaum perempuan ( menghina ) kaum perempuan ( yang lain ), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghina. Jangan kamu mencela sesamamu dan pula memanggil dengan gelaran ( yang tidak baik ). seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah beriman. Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat 12.
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan ( terhadap sesama muslim ), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan janganlah pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu , bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai ) ?. Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Ayat 13.
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan ( bapa dan ibu ) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa ( berbagai umat ) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang termulia di antaramu di sisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

SURAH AL.HUJURAAT ( ayat 11, 12 dan 13 )

Di antara intisari maksud ayat di atas:
(1) Allah SWT melarang manusia menghina di antara satu sama lain kerana mungkin yang dihina itu lebih mulia di sisiNya.

(2) Di dalam ayat di atas juga menyatakan larangan mencela orang lain dengan memanggil dengan gelaran yang tidak baik, seperti panggilan fasik dan seumpamanya.
(3) Jika perbuatan buruk itu kita pernah melakukannya maka hendaklah bertaubat kerana perbuatan seperti itu dianggap perbuatan yang zalim.
(4) Kita hendaklah bersangka baik di antara orang Islam dan dilarang mencari aib orang lain serta dilarang membuka rahsianya. Juga dilarang mengumpat sesama orang Islam.
(5) Mengumpat itu diibaratkan seperti memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati, begitulah hinanya perbuatan mengumpat itu. Kita diingatkan supaya takut kepada Allah dan Allah Maha Penerima taubat.
(6) Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi ini berbagai bangsa atau suku kaum supaya manusia berkenalan di antara satu sama lain dan bergaul dengan baik sesama mereka.
(7) Orang yang paling baik di kalangan kita di sisi Allah ialah orang yang bertakwa.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

10 comments:

Tinta Ana said...

tazkirah yang sempurna..salam perkenalan.

Ajeem said...

teruskan menulis....may God bLess u..

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Saya mengucapkan terima kasih kerana anda melayari blog saya.

Kalau ada pandangan yang boleh memberi kebaikan kepada orang muda dalam bidang yang boleh meningkatkan kefahaman Islam,

saya mengalu-alukan ulasan yang panjang dari anda.

Wassalam.

Leenoh said...

Salam sejahtera.
Saya sangat mengalu-alukan kehadiran Ajeem di laman blog saya yang tidak sepertinya ini. Maaf sebelum ini saya terkeliru dengan anda.

Perkara yang paling penting bagi manusia dalam soal ketuhanan, ialah mengenal Tuhan yang sebenar, bukan Tuhan yang dikhayalkan oleh manusia, Manusia tidak mungkin mengenal Tuhan yang sebenarnya, sekiranya tidak diperkenalkan oleh Tuhan (Allah) sendiri melalui rasul-rasulNya. Akal manusia terhad, sebijak mana manusia itu tidak akan jumpa Tuhan jika mencari Tuhan hanya dengan akal semata-mata,

Untuk mengenal Allah manusia memerlukan akal dan wahyu, wahyu datangnya dari Allah sendiri yang disampaikan kepada rasul-rasul. Tugas rasul menyampaikannya pula kepada manusia lain.

Allah (Tuhan) tidak sama dengan makhluk, Allah tidak beranak dan tidak diberanakan. Nabi Isa dijadikan oleh Allah di dalam perut Mariam dan mereka berdua adalah hamba Allah seperti orang lain, cuma cara dijadikan Nabi Isa itu berbeza dan begitu juga Nabi Adam dijadikan caranya berbeza berbandingan orang lain.

Wassalam, kita berjumpa lagi.

Yunus Badawi said...

Macam2 kayu pengukur yg manusia gunakan utk menentukan siapa yg terbaik di antara mereka. Tapi berapa ramai yg menggunakan taqwa sbg kayu pengukur?

Leenoh said...

Agaknya perbezaan nilai hidup itulah yang menyebabkan orang kita tidak bersatu, semuanya Islam tetapi tidak semua menggunakan kayu pengukurnya Islam.

Sampai bila pun kita tidak akan bersatu melainkan apabila menggunakan kayu pengukur yang sama. Piawaian dan penilaian yang sama. Orang kita perlu mempunyai fikrah dan minda yang sama iaitu Islam.

Jangan membiarkan syariat Islam dirosakkan oleh adat.

wassalam.

FarhanaLicious said...

errmm. kalo yang gelaran tu, orang tu tak kisah digelar macam tu? macam mana?

Leenoh said...

Boleh beri gelaran yang baik sesuai dengan dirinya seperti S. Abu Bakar digelar Assiddik (benar).
Gelaran baik dan dipersetujui tiada masalah, malah itu adalah baik, gelaran yang tidak baik dilarang walaupun dipersetujui tuan punya badan.
Wallahu aklam bissowab. wassalam.

Baka Kelana said...

Jadi damai hati setelah membaca renungan ini..Thanks ya

Leenoh said...

Hanya Allah yang dapat mendamaikan hati kita, bersyukur kerana kita mendapat nikmat tersebut.

Wassalam.