Hidup barakah, elak bencana.
Menyedari dunia adalah fana.
Akhlak buruk kuasai suasana.
Kaya raya tiada bermakna.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Kepada siapa hendak kumengadu.
Memurnikan masyarakat hidup celaru.
Kepada ulamak enggan berguru.
Bersama Islam mereka mengaku.
Syirik munafik tidak menentu.
Melayu Islam, Islam Melayu.
Ada emas, ada sadur.
Dalam semak asap bergulung.
Ada jelas, ada kabur
Pada ulamak tetap berpayung.
Hidup di dunia, akhir cemerlang.
Dua sebab Nabi bagi tau,
Ulamak bisu dan umat tak ambik tau.
December 17, 2008 4:53 AM
satu lagi..Ular dalam semak. Cukup bahaya. Sekali gigit merana sepanjang hidup.
December 17, 2008 5:32 AM
Sdr Pak Cha dan Ibnu Rashidi,
Ramai bercelaru kerana tidak faham Islam, walau pun perkara asas tetapi mereka enggan belajar,
Kalau tidak faham mengenai Islam sepatutnya mereka pergi belajar dengan orang yang mengetahui (ulamak) tetapi mereka tidak mahu belajar, walaupun mereka sendiri tahu yang mereka tidak mahir dalam hal tersebut.
Bila diberi fatwa mereka melompat pada hal tidak perlu diberi fatwa pun, kalau mereka telah ada asas aqidah Islam.
Wassalam.