Thursday, May 28, 2009

Durian Balik Pulau ( puisi )




Jumpa Hero Huru Hara.
Minta durian Balik Pulau.
Hebatnya durian Pulau Mutiara.
Terkandas di jaring di kampung Relau.

Minta durian Balik Pulau.
Bersama pulut dan air garam.
Dulu makan sampai kena halau.
Sekarang sekadar dok geram.

Bersama pulut dan air garam.
Ketul ais, santan penambah canggih.
Kalau tengok semua orang geram.
Kalau tak makan air liur melelih.

Ketul ais, santan penambah canggih.
Bila makan sambil celup roti.
Waktu malam tidur tidak beralih.
Kerana perut penuh isi.

Bila makan sambil celup roti.
Esoknya tenaga kuat sekali.
Malam hari pergi Penanti.
Dengar kempen pilihan raya lagi.

Esoknya tenaga kuat sekali.
Badan cergas sepanjang hari.
Malam meriah bukan siang hari.
Seperti pesta majlis khenduri.

Badan cergas sepanjang hari.
Malam berniaga siangnya tidur.
Pandai-pandailah membawa diri.
Jangan sampai aqidah hilang subur.

Malam berniaga siangnya tidur.
Kepada Allah tetap dipatuhi.
Bila bercakap tidak terlanjur.
Menjaga syariat, aqidah dipatuhi.
________________

Laman Renungan:

Firman Allah bermaksud:

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit,
lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam
tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari
tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu
butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai
tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun
anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima
yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah
buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan
(perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya
pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang beriman.

Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan
jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang
menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong
(dengan mengatakan): "Bahwasanya Allah mempunyai
anak laki-laki dan perempuan", tanpa (berdasar) ilmu
pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari
sifat-sifat yang mereka berikan.
Surah Al.An-aam (99-100)

Sekian.wassalam.

11 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

"No East No West, Durian Balik Pulau is The Best!"

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Terbaca ulasan Hero Huru Hara, dia ajak makan durian Balik Pulau, Kalau pi sana keloi dia.
Lepas tu saya pun berangan makan durian Balik Pulau dan Nasi Lemuni di Market Bkt. Gelugur.

Ady Syam said...

Durian memang sedap!!! Balik Pulau kat mana ek? nak tanya lagi satu Durian D24 tu pulak apa ek? :)

Leenoh said...

Salam Ady Syam.

Durian memang rasanya sedap.
D24 nama yang diberikan.
Kata orang itulah yang sedap.
Kalau tidak percaya cubalah makan.

D24 nama yang diberikan.
Kalau tidak makan rasa risau.
Balik Pulau di tepi lautan.
Keadaan tanahnya berbukit bukau.

Kalau tidak makan rasa risau.
Keadaan serupa di Bukit Pinang.
Ingin dimaklumkan letaknya pulau.
Balik Pulau di Pulau Pinang.

HeroHuruHara said...

Kelam mata segar subuh hari
Bangun menyahut seruan ilahi
Bersyukur nikmat diperoleh hari ini
Dilanjutkan usia untuk sehari

Mendaki impian mencapai hasrat
Mendukung cita mengerah anggota
Berfikir berusaha manakan penat
Tawakkal diserta memohon padaNya

Rehat sepetang ringankan beban
Mencari makan sesuatu yang enak
Di Balik Pulau Pulau berlonggok durian
Jemput Pak Leenoh anak-beranak

Market Gelugoq paginya hingar
Mami tanjung mee rebusnya enak
Nasi lemuni dibungkus kertas ditebar
Kenyang terbayang mulut terglak

Di Pulau Betong harinya sepi
Riuh di warung suara Hero Huru Hara
Dok menunggu balik saudaraku Bro Zaidi Ali
Nak ajak pi Hameediyah makan sama-sama

Anonymous said...

Durian D24 enaknya berlemak.
Ayam Kapitan rempahnya pekat.
Balik Lik Lau ke pangkuan emak.
Sambil makan ingatlah sahabat.

Leenoh said...

Salam Hero Huru Hara & Zaidi Ali.

Masa duduk Sungai Petani.
Dok ulang alik selalu.
kita belum kenal lagi.
Ketika di Shah Alam Baru bertemu.

Dok ulang alik selalu.
Lalu ikut Guar Nenas.
Musim ini banyak buah kayu.
Kerana cuaca selalu panas.

Lalu ikut Guar Nenas.
Semua pokok banyak bunganya..
Buah masam pun jadi manis.
Rupanya panas ada hikmahnya.

Semua pokok banyak bunganya.
Hujan turun tidak menggugurkan.
Nanti berlungguklah buahnya.
Rezeki budak cuti persekolahan.

_______

Hameediyah tidak tahu di mana.
Restoran Dawood tempat lama.
Restoran Pelita kita kerap ke sana.
Restoran lain tidak ingat nama.

Dee said...

dpt pulut ngan pengat durian best nih..

Leenoh said...

Salam Dee.
Tidak berapa lagi Malaysia akan dibanjiri buah-buahan kerana ketika musim bunga yang lepas bunganya tidak gugur, biasanya bunga banyak yang gugur kerana ditimpa hujan, kali ini buahnya juga akan rasa lebih manis kerana cuaca panas.
Jangan percaya ini cuma Nujum Pak Belalang je.
Walau bagaimanapun kita harap ada rezeki tersebut. Insya Allah.

Anonymous said...

Kalau pergi ke Pulau Pinang.
Jangan lupa menumpang Feri.
Dari Padang Kota menuju ke Jalan Penang.
Sebelum Chowrasta isyaratkan lah ke kiri.

Lorong Campbell nama diberi.
Berpintu gerbang tanda sejarah.
Jalan serantai berhenti di kiri.
Tersergam sudah Restoran Hameediyah.

Pergi Chowrasta membeli belah.
Pasar basahnya ramai berhimpit.
100 tahun umurnya Hameediyah.
Pemiliknya sudah bergelar cicit.

Kepala ikan dibuat kari.
Ayam kapitan enak bersari.
Makan murtabak berjilat jari.
Selain Jumaat dibuka tiap hari.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.

Kepala ikan buat kari.
Kuahnya dimakan dengan roti.
Saya selalu juga ke mari.
Kampung Kastam tempat berhenti.

Kuahnya dimakan dengan kari.
Bersama Hero dan Zaidi Ali.
Pinang bandarnya luas sekali.
Bukan macam Sungai Petani.

Bersama Hero dan Zaidi Ali.
Hameediyah akan kita cari.
Hendak pekena udang kari.
Sambil dengar lagu P.Ramli.