Saturday, May 16, 2009

Ulamak profesional - Profesional ulamak


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sejak kebelakangan ini perbincangan mengenai ulamak profesional dan profesional ulamak sering dipaparkan di akhbar dan laman blog, mengenai perkara ini saya ingin menyorot ke belakang bermula pada tahun 70an, di mana ketika itu telah ramai para pelajar daripada sekolah menengah melanjutkan pelajaran ke Universiti dan juga Maktab Perguruan. Mereka yang melanjutkan pelajaran tersebut termasuklah mereka yang bersekolah di sekolah menengah aliran bahasa Arab atau terkenal dengan panggilan sekolah Arab.
Walaupun orang Melayu masih bersongkok hitam kerana mereka percaya bahawa berkopiah putih hanyalah dikhaskan kepada mereka yang berpengetahuan Islam yang agak tinggi dan mempunyai kemahiran membaca doa di rumah khenduri atau majlis-majlis tertentu.

Pada ketika itu cara berfikir orang Melayu masih disaluti adat yang lebih tebal berbanding dengan fikrah yang disaluti nailai-nilai Islam. Namun begitu sebahagian kecil daripada mereka yang melibatkan diri dengan kegiatan dakwah terutama Angkatan Belia Islam ( ABIM ) telah mulai diserap dengan fikrah Islam dan adat tebal yang menyaluti mereka mulai lekang sedikit demi sedikit. Akhirnya pada tahun 80an masyarakat Melayu mulai berubah dan memahami Islam semakin meluas.

Perkembangan ini juga hasil perjuangan parti politik yang berteraskan Islam dan sudah tentulah di sana terdapat sumbangan daripada institusi kerajaan. Kombinasi dakwah dari berbagai institusi ini telah berjaya mengubah sikap sebahagian orang Melayu, daripada tidak bertudung kepada bertudung, daripada songkok hitam kepada songkok putih , daripada gelap kepada alam yang cerah. Ini adalah di antara contoh yang kecil yang dapat dilihat seperti kita melihat jumlah mereka yang memakai songkok hitam dengan jumlah mereka yang memakai kopiah putih di masjid pada hari jumaat dan hari-hari yang lain berbanding pada tahun 70an dahulu. Walaupun kelihatan kecil tetapi perubahan itu adalah perubahan minda dan anjakan pradigma.

Pada awal tahun 70an guru-guru ( ustaz dan guru ) telah tamat kursus sama ada di universiti atau maktab perguruan, Guru-guru yang dilatih di Maktab Perguruan Ilmu Khas menjalani latihan di dalam berbagai bidang dari berbagai kumpulan. termasuk guru-guru yang akan mengajar Pendidikan Islam, Guru-guru yang mengambil subjek Pendidikan Islam sebagai subjek yang akan mereka mengajar selepas tamat pengajian nanti, mereka ini juga berkebolehan mengajar di dalam subjek yang lain. Mereka inilah yang dimaksudkan sebagai ustaz cikgu dalam bahasa dan ungkapan mengikut budaya kita, dalam bahasa yang biasa semua mereka itu sebenarnya guru (cikgu).Setelah itu wujud pula Maktab Perguruan Islam sebagai penyambung kepada kursus ustaz cikgu ini.

Pada ketika yang sama mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah tamat pengajian dan masuk ke sektor pekerjaan termasuk menjadi guru, terdapat di kalangan mereka mampu mengajar Pendidkan Islam dan subjek yang lain. mereka juga layak dikenali sebagai ustaz cikgu. sejurus selepas itu mahasiswa Universiti Islam Malaysia pula tamat pengajian dan keluar menjawat berbagai jawatan kerajaan, ramai juga di kalangan mereka yang berkelulusan syariah dan usuluddin menjawat jawatan seperti Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Daerah dan seumpamanya. Mereka inilah agaknya akan menjurus kepada ulamak profesional kerana asas ulamat telah dimiliki sejak di universiti lagi. manakala pengalaman kerja mereka menjadikan mereka profesional pula. Contoh individu-individu seumpama itu telah ramai pada masa ini tetapi tidak perlulah disebut di sini kerana individu-individu ini senang sahaja untuk dikenalpasti.

Selain daripada itu terdapat juga guru-guru biasa yang berkelulusan syariah tetapi mengambil kursus guru dalam bidang akedamik ( Bukan Pendidkan Islam ), mereka ini pula layak dan berkebolehan mengajar subjek Pendidikan Islam. Mereka ini juga boleh dikenali sebagai cikgu ustaz yang saya maksudkan di atas tadi.

Manakala profesional ulamak pula ialah mereka yang mempunyai asas akademik yang tinggi dan pada masa yang sama mereka juga mendalami ilmu syariah sehingga mampu mengamalkannya dengan betul dan tepat, malah mengajarkannya kepada orang lain dan sudah tentulah penguasaan ilmu syariah mereka perlulah pada tahap diakui oleh ulamak yang lain.
Demikianlah fahaman saya mengenai ustaz cikgu. cikgu ustaz, ulamak profesional dan profesional ulamak.
Pada saya inilah yang dimaksudkan Islam itu adalah suatu cara hidup, di mana setiap individu Islam menguasai ajaran Islam ke tahap yang selayaknya untuk diri masing-masing bukan hanya milik kumpulan tertentu sebab setiap orang akan disoal dan disemak di akhirat nanti terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka di dunia ini.

Apakah pula pandangan anda ?.

Sekian. wallahu aklam. wassalam.

3 comments:

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. bagus topik entry ni, tapi taraf saya ni tak sampai pula ke tahap ulamak, solat pun kekadang terlajak sana terlajak sini, so nak beri komen pun tak berapa arif.. malah nak pula kat Pak Ngah.. 'Apakah maksud Ulamak sebenarnya..

Leenoh said...

Salam Zaidon.

Sejujurnya Pak Ngah katakan bahawa Pak Ngah pun sangat miskin ilmu tetapi tuntutan dakwah maka Pak Ngah paksa diri menulis seperti yang telah dipaparkan di dalam laman ini. Kedudukan Pak Ngah sangat jauh dari maqam ulamak itu, nak cerita sedikit tu agaknya ok-lah.

Hadis ada menyebut yang maksudnya: ''Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik.''

Istilah ulama adalah berasal dari bahasa Arab. Maksudnya dari segi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. para ilmuan atau cerdik pandai.
Takrif dari segi bahasa, ulama itu adalah orang alim (pandai) dalam apa jua bidang sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat, ilmu yang baik atau pun ilmu yang jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun sebaliknya. Orang yang mempunyai ilmu dalam bidang teknologi,kedoktoran dan ekonomi misalnya, juga digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, ilmu syariah mereka itu juga digelar ulama.
Tetapi ini adalah pengertian dari segi bahasa ataupun loghah sahaja.

Tetapi Ulamak yang dimaksud kepada pengganti atau pewaris Rasul adalah berbeza dengan pengertian yang tersebut. ianya lebih khusus kepada ilmuan yang mengetahui tentang ajaran Al.Quran dan Al.Hadis ( ilmu dunia dan akhirat ) serta mereka betul-betul menghayati ilmu tersebut di dalam kehidupan harian mereka, mereka istiqamah dalam mematuhi dan mentaati Allah dalam apa keadaan dan tekanan sekalipun.

Di Malaysia tiada ulamak yang bertaraf demikian tetapi tiada rotan akarpun berguna.

Pengertian ulama dalam Islam mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu.

1.Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman. Firman Allah bermaksud:

''Allah mengangkat mereka yang beriman dikalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat.'' (Al Mujadalah: 11)

2.Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka. Seperti kata Abu Darda':

Maksudnya:''Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya.''

3.Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan. Firman Allah yang bermaksud:
''Hanya sanya yang takut dengan Tuhan itu ialah ulama.'' (Al Fathir:28)

Tegasnya ulamak itu memiliki ilmu tentang ajaran Islam ini seumpama mendarah daging dalam dirinya, bertanyalah apa sahaja tentang ajaran Islam mereka tidak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab kerana ilmu itu telahpun berada di dalam dada mereka.

Demikianlah penjelasan Pak Ngah secara ringkas.

Wallahu aklam.

sentosa77 said...

terima kasih Pak Ngah.. jelas dan boleh difahami..