السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
(1) Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki tetapi hendaklah rezeki yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal dan baik.
(2) Sesuatu pekerjaan yang diannggap halal dan baik itu hendaklah;
- Diri dan sifat perkerjaan itu sendiri adalah halal.
- Ketika berusaha untuk mendapatkannya hendaklah dengan niat mematuhi perintah Allah.
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh.( khasnya bagi mereka yang makan gaji )
- Tidak melanggar perintah Allah iaitu termasuk tidak meninggalkan ibadat asas, khasnya solat lima waktu.
(3) Hendaklah bekerja dengan niat kerana Allah, iaitu mencari rezeki atas sebab melunaskan kewajipan kepada Allah seperti mencari nafkah untuk menyara keluarga.
(4) Allah menilai sesuatu pekerjaan berdasarkan niat seseorang, sekiranya tidak diniatkan kerana mematuhi perintah Allah maka sia-sialah pekerjaan mereka.
(5) Mengerjakan pekerjaan yang halal dan baik tetapi pekerja-pekerjanya pula yang tidak baik kerana melanggar perintah Allah seperti tidak menutup auarat semasa melaksanakan pekerjaan mereka atau mengabaikan solat fardu sehinggalah luput waktunya. keadaan ini akan menjejaskan kualiti halal dan baik itu.
Berikut adalah petikan maksud ayat al.Quran untuk renungan:
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah". |
“ Dan carilah dari apa yang dikurniakan
oleh Allah kepada kamu kehidupan di akhirat
dan jangan kamu lupakan pula
keperluan (nasib) kamu di dunia”
Surah Al-Qasas ( ayat 28)
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur". |
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur ,
akan ditambahkan untuk kamu.
Dan jika kamu kufur ,
sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.”
Surah Ibrahim, (ayat 7)
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.
2 comments:
=D
makin tak sabar nak jadi cikgu yang ikhlas. nak cari rezeki halal.
Salam Ije.
Bersyukur kepada Allah kerana mendapat pekerjaan yang halal dan baik.
Post a Comment