Masih kudengar
kudengar di kedai kopi
kudengar di surau
kudengar di masjid
kudengar di padang bola
kedengar di tempat kerja
ku dengar di rumah
kudengar di warung
kudengar di restoran
kudengar di bangku bulat
kudengar di televisyen
kudengar di radio
kudengar di telefon
kudengar diteduhan pokok
kudengar merata-rata
kudengar di mana-mana
kini masih kudengar
kubaca di akhbar
kubaca internet
kubaca di laman-laman blog
kelihat di televisyen
kulihat di akhbar
kulihat internet
mauduknya sama
topiknya sama
tajuknya sama
kesahnya sama
permasalahanpun sama
Tetapi;
ceritanya tidak sama
pengkesahannya tidak sama
versinya berbeza
riwayatnya juga berbeza
satu mauduk dua cerita
satu tajuk dua kesah
satu topik dua riwayat
satu kesah dua tanggapan
tidak mungkin semuanya benar
tidak menasabah semuanya salah
hanya satu yang benar
hanya satu yang betul
hanya satu yang jujur
hanya satu yang amanah
hanya satu layak dipercayai
siapa boleh berbohong jadam itu manis rasanya
siapa boleh berdusta jadam itu putih warnanya
siapa mampu berbohong pada diri sendiri
siapa berani berbohong pada ilahi
yang hitam tetap hitam dirinya
yang putih itu tetap putih dirinya
yang manis itu tetap manis rasanya
yang pahit itu tetap pahit rasanya
Manis tidak pernah berbohong
pahitpun tidak pernah berdusta
hitam juga tidak pernah berbohong
putih sekali-kali tidak berdusta
manusia belum tentu amanah
manusia bermadah bersama aqidah
manusia bermadah tanpa aqidah
manusia bermacam ragam, manusia berbagai karenah
itulah ragam manusia.
____________________________________
Ulasan anda dihargai
sekian, wassalam
wah
apa maksudnya ni
apesal saya baca rasa mcm tergantung je?
hehe
March 10, 2009 9:09 AM
He gambar baru hensyem la, memang tergantung dan tersirat, lu fikirlah sendiri haha hehe.
kan tu sajak ...sajak yang tidak bersajak, walaupun ianya bertanjak.
ada satu lagi tapi sedang fikir.
wassalam
March 10, 2009 9:48 AM
Aduih bang,,,,
sarat dgn awan larat untuk disadat. pening nak fikir nih, tk kerana beri latihan otak ;-)
March 10, 2009 9:52 AM
salam AyKay.
Pj Selamba kata ianya tergantung, memang pun tergantung, terawang awangan di atas maya, berduyun-duyunlah internet melayan pemblog setiap saat. hehehe merapu je.
March 10, 2009 10:01 AM
Tuan Leenoh...saya hentam saja!
Lagi ramai manusia, lagi banyak akalnya
Tinta kelabu di sini, di sana pula putih hitam
Satu ceritera, dua tukang karut marutnya
Nasi Kerabu di sana, di sini pula Nasi Ulam
Di sana bermadah mahu menghentak
Di sini berhelah pertahankan diri
Menikam ke kiri, ke kanan menetak
Menepis ke kanan, selisih pula ke kiri
Sumbang sekali si Penyerang
Sumbang sangat si Penghadang
Pening lagilah si Pengarang
Huru haralah sekalian orang
Begitulah politik negara merdeka
Kami ini kami, Mereka itu mereka
Sampai bila mahu bersengketa
Sampai rakyat semua derhaka?
March 10, 2009 6:09 PM
Jadam tetap hitam dan pahit rasanya, gula akan sentiasa manis bila dijilat. cuka akan tetap masam rasanya.
Jadam,gula dan cuka akan tetap setia dengan rasa dan sifatnya, dan tidak akan berubah hati. Tetapi manusia, sentiasa berubah identiti dan hatinya.Begitulah resam dunia dan manusia.
March 10, 2009 6:24 PM
tergantung itu untuk difikir..
maksud telahan mungkin berbeza
tapi kahirnya membawa pengertian yang sama ragam manusia yang seringkali berubah
March 10, 2009 7:06 PM