Sunday, March 8, 2009

Taaruf Melalui Jawapan Tag


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Awards ini dari kampungmampan.blogspot.com. ( Wahnuar )
Respon yang segera dan cepat kerana kebetulan ada masa lapang.

[award.jpg]

Peraturan untuk menerima award ini ialah :

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ini untuk diletakkan di blog anda..

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (korang bagi 5 fakta & 5 hobi pon boleyy!)

4. Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meningga
lkan komen yang menyatakan mereka telah di tag..

10 fakta tentang diri :
1. Orang kampung panggil saya Lee, kekadang kerana nama Li ini ramai maka dipanggilnya Lee Noh. Nama penuh bapa saya Mohd.Noh. untuk tidak melupai beliau atau supaya saya ingat selalu kepadanya maka saya gunakan nama Leenoh di blog ini kerana nama ini terangkum dengan nama bapa .nama ini juga serasi dengan orang kampung saya.

2. Berat badan 75 kilo dan tinggi 5 kaki 7 inci ( cm xtau ), saya sedia alat penimbang di rumah supaya saya dapat mengikuti perkembangan dengan senang, jika berat badan meningkat terpaksalah kawal pemakanan dan bersenam, kelau tidak akan mengalami darah tinggi kembali.

3. Semasa sekolah menengah sama kelas dengan Dinsman dan Allahyarham Zubir Ali ( Al.Fatihah ), mereka berdua mencipta nama di persada seni yang memupuk nilai baik kepada mesyarakat.

4. Sudah tentulah minat puisi tetapi bila berpuisi hentam keromo ja.Insya Allah akan dipertingkatkan lagi.

5. Berulang alik ke sekolah menaiki bas RIDA ( MARA), jalan tanah merah penuh dengan habuk dan debu tanah merah kerana ketika itu jalan tersebur belum diturap dengan tar lagi . ini cerita dulu. Laluan bas destinasi Sg.Tiang, Pendang, Tanah Merah, Titi Hj.Idris dan Langgar menuju Alor Setar. Titi Hj.Idris adalah lokasi saya menunggu bas iaitu dipertengahan perjalanan.

6. Kehidupan dan nafas masih berjalan lancar belum bersara tetapi telah bersara sebagai pegawai kerajaan. hehehe faham kan, tugas diteruskan dengan menyebarkan kebaikan melalui laman blog Kehidupan Bersih dan Santai Sihat.

7. Pernah bertugas di Johor Baru, Sg.Petani dan Alor Setar. berpindah randah sudah menjadi kelaziman di dalam kehidupan, hidup bak musafir di atas bumi Allah.

8. Penguasaan bahasa, Melayu dan sedikit bahasa ( Siam, Hokkien, Inggeris dan Arab ), penggunaan bahasa Siam seperti bahasa kedua di dalam kehidupan, itupun cerita dahulu, sekarang tiada lagi kekawan yang boleh menjadi kawan bercakap dan bersembang kerana telah berpindah dan tinggal berjauhan dengan mereka.

9. Peristiwa sejarah yang tidak dapat dilupakan bapa sakit demam panas.almaklum dulu kurang berilmu, sakitpun menjadi melarat kerana tidak mengetahui kaedah merawatnya.

10. Mengambil sikap beralah bila berselisih faham dan tidak pernah putus silaturrahim dengan sesiapa. akan cuba beristiqamah dengan sikap ini. Insya Allah.

mmmmmmmmmmmmmm

Sekarang award ini saya tujukan kepada:
http://someoneieda.blogspot.com/ ( Just Shidah )
http://bintangjatuh-mika.blogspot.com ( bintang jatuh )
http://lidahboye.blogspot.com/( Lidah boye )
http://smiley-applecider.blogspot.com/ ( Masam-masam manis )
http://www.blogger.com/ ( Dr.Sam )

Istimewa ditujukan kepada " Long Tambang "
http://longtambang.blogspot.com/

Sekian Terima kasih. Wassalam.



No comments: