Saturday, March 14, 2009

Mindaku berangan-angan.

Gambar Hiasan
MINDAKU BERANGAN-ANGAN
( Pembinaan Masjid Cina Islam di setiap Bandaraya di Malaysia )

Dalam beberapa hari kebelakangan ini perkhidmatan internet pakej yang saya sedang gunakan sekarang ini tidak dapat memberi perkhidmatan dengan baik, beberapa hari lamanya saya tidak dapat pos entri dan tidak dapat memberi komen kepada entri anda, dalam masa yang terluang dan kosong ini saya mengambil kesempatan menulis mengenai angan-angan yang selama ini bermain-main di minda saya, walaupun angan-angan ini kelihatan menyerupai angan-angan Mat Jenin tetapi sebenarnya tidak sama kerana angan-angan ini berlaku di atas bumi yang mendatar, bukannya di atas pokok seperti dilakukan oleh Mat Jenin oleh itu sudah pasti saya terselamat daripada terjatuh dari pokok seperti Mat Jenin.

Angan-angan saya itu ialah sesuatu yang baik dan berfikir ke arah proaktif, kreatif dan kritis, Kalaulah angan-angan ini hendak dian
ggap sebagai pandanganpun tidak menjadi masalah bagi saya. Inilah angan-angan saya itu, pandangan orang lain mungkin tidak setuju dengan angan-angan saya ini, iaitu saya berangan-angan di dalam minda saya seperti disebut di dalam rangkaikata berikut; " Betapa cantik dan sempurnanya kalau di setiap bandaraya Malaysia dibina Masjid Cina Islam" seperti di Alor Setar, Ipoh, Shah Alam, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru dan lain-lain didirikan sebuah Masjid Cina yang dikendalikan dan diuruskan sendiri oleh Cina Islam kerana selama inipun telah terdapat Masjid India, terbinanya Masjid Cina ini maka sempurnalah dan terjawablah ungkapan Islam adalah untuk semua bangsa dalam kontek Malaysia kita. Dari segi pengurusan mungkin boleh bertolak ansur dengan menguruskannya bersama-sama tetapi yang penting hendaklah penglibatan mereka lebih ramai.
Masjid Cina Islam sekurang-kurangnya dapat memberi semangat dan pengiktirafan bahawa Islam adalah hak Cina, Hak Melayu, hak India dan hak semua bangsa. Akan menjadi lebih indah lagi kalau seni binanya dipilih oleh mereka sendiri asalkan tidak bertentangan dengan aqidah Islam, tergambar juga di dalam angan-angan saya itu maka berduyun-duyunlah pelancong-pelancong dari negara Cina dan seluruh dunia akan berkunjung ke Malaysia, angan-angan saya itu tidak pula meletakkan bisnes mengatasi dakwah Islam tetapi ianya hanyalah diletakkan sebagai berkat dan hikmah disampingnya sahaja.
Gambar hiasan

Saya juga berangan-angan bahawa selepas siap masjid ini dibina dan dimakmurkan oleh ahli jamaah di dalam qariahnya maka berduyun-duyunlah juga orang Cina akan memeluk Islam hasil daripada aktiviti masjid tersebut, disamping mereka merasakan bahawa sememangnya Islam bukan kepunyaan Melayu semata-mata sebaliknya kepunyaan mereka juga.

Angan-angan saya tidak berakhir di situ sahaja malah merasakan lagi bahawa Malaysia akhirnya menjadi sebuah negara yang aman dan makmur kerana kesatuan atau perpaduan rakyatnya semakin kuat dan kukuh, manakala kecerdikan dan kematangan rakyatnya juga semakin mantap.
Demikianlah angan-angan saya ketika saya tidak dapat menggunakan internet beberapa hari yang telah lalu, agaknya anda bersetuju dengan angan-angan ini atau mungkin anda mempunyai angan-angan yang lebih canggih lagi, kalau begitulah keadaannya tulislah komen, saya memang suka membaca komen atau ulasan anda. ok, ok. kalau anda sebok abaikan sahaja.

Sekian, wassalam.
_______________________________________

Ulasan anda dihargai

Blogger Dee said...
bagus angan2 leenoh itu..doakan ianya menjadi kenyataan..amin..
March 16, 2009 2:20 PM
Delete
Anonymous buNga said...
salam p.ngah...
bagus arr angan2 mat jenin p.ngah ni... hehehe
at least ms smbhg jumaat ade ktuhbah dlm chinese language. mcm ms jmr gi penang di smbhyg jumaat kat masjid india, dia kata ktuhbah dlm bhs tamil.. heheheh :D
March 16, 2009 5:17 PM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam Dee n Bunga.
Angan-angan Mat Jenin melepak atas rumput hehehe, jawapan ini melalui streamyx, brdbnd masih mogok,
Marilah kita sama-sama berdoa kot-kot nanti MP bawa masuk parlimen hehehe, alawe makin melalut pulak.
sekian, selamat bercuti kpd anak-anak kita yang masih sekolah,

March 16, 2009 5:56 PM
Delete
Blogger KUNTONG said...
Memang baik idea tu, yg x trfikir oleh org lain.Boleh cadangkan pd yg berkuasa.
March 16, 2009 6:44 PM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam Sdr.Kuntong.

Bolehlah bawa ke mesyuarat tindakan daerah, hehehe, bergurau je, biar bergurau yang bermakna.....hehehe nak tegelak pulak, tapi ok kan.

March 16, 2009 6:53 PM
Delete
Blogger zaidi ali said...
Salam Tuan Tanah,

Angan-angan saudara adalah angan-anganku jua. Sekiranya kita yang berangan-angan serupa ini hidup di zaman Rasulullah s.a.w., alangkah bahagianya kerana Baginda sudah tentu menzahirkan angan-angan kita.
Malah akan wujud Masjid Temiang, Masjid Senoi, Masjid Iban dan lain-lain lagi. Biarlah orang nak katakan masjid perkauman atau apa-apa pun. Asalkan masjid-masjid itu rumah Allah yang Satu.

Sayangnya kita hidup di zaman di mana syiar Islam yang kian malap, di kala fahaman Kristian kian menular, di kala pendakwah mengharapkan ganjaran, di kala umat semakin ramai murtad dan di kala amanah Rasul semakin lama semakin dilupakan.

Lagi malanglah Mat Jenin yang hidup di zaman sekarang. Tak ada siapa yang peduli.

March 17, 2009 1:12 AM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam Sdr.Zaidi Ali.
Kita mempunyai angan-angan serupa kerana kita menganuti ajaran yang sama,Islam menjadi akar dan tunjangnya, aqidah bak jantung hatinya, maka salur galur fikrahnya pun sama, itulah juga hakikat kita bersaudara.
Minda yang hidup memang sentiasa berangan-angan, angan-angan kekadang bergerak maju ke hadapan menjadi cita-cita, cita-cita akhirnya menjadi kenyataan kerana diaplikasikannya.

March 17, 2009 7:31 AM
____________________
Sekian. Allah Maha Mengetahui, Wassalam.

7 comments:

Dee said...

bagus angan2 leenoh itu..doakan ianya menjd kenyataan..amin..

Anonymous said...

salam p.ngah...

bagus arr angan2 mat jenin p.ngah ni... hehehe

at least ms smbhg jumaat ade ktuhbah dlm chinese language. mcm ms jmr gi penang di smbhyg jumaat kat masjid india, dia kata ktuhbah dlm bhs tamil.. heheheh :D

Leenoh said...

Salam Dee n Bunga.
Angan-angan Mat Jenin melepak atas rumput hehehe, jawapan ini melalui streamyx, brdbnd masih mogok,
Marilah kita sama-sama berdoa kot-kot nanti MP bawa masuk parlimen hehehe, alawe makin melalut pulak.
sekian, selamat bercuti kpd anak-anak kita yang masih sekolah,

KUNTONG said...