Di mana kasih, di mana sayang
di mana sedih, di mana gembira
di mana sakit, di mana lega
di mana marah, di mana suka
di mana manis, di mana pahit
di mana risau, di mana ceria
di manakah lemah, di manakah tenaga
di manakah tidur, di manakah sedar
di manakah roh, di manakah jiwa
di manakah iman, di manakah ihsan
Di manakah letak semuanya itu
Di manakah akar dan tunjangnya.
semuanya maknawi
semuanya tersirat
semuanya abstrak
semuanya maklumat
wujud tetap wujud
ada tetap ada
semuanya berakar di akal
semuanya bertunjang di hati
rosak akal rosaklah semuanya.
rosak hati rosaklah semuanya
di mana sedih, di mana gembira
di mana sakit, di mana lega
di mana marah, di mana suka
di mana manis, di mana pahit
di mana risau, di mana ceria
di manakah lemah, di manakah tenaga
di manakah tidur, di manakah sedar
di manakah roh, di manakah jiwa
di manakah iman, di manakah ihsan
Di manakah letak semuanya itu
Di manakah akar dan tunjangnya.
semuanya maknawi
semuanya tersirat
semuanya abstrak
semuanya maklumat
wujud tetap wujud
ada tetap ada
semuanya berakar di akal
semuanya bertunjang di hati
rosak akal rosaklah semuanya.
rosak hati rosaklah semuanya
Sekian. wassalam.
2 comments:
Tuan, izinkan saya bermadah...
Segala kekusutan bertakhta di Jiwa, bertunjangnya di Hati
Terjawab hanyalah di Akal, berbunga hanyalah di Diri
Kuatnya Tunjang, kuatlah Rohani, sucilah Hati
Sucinya Hati,jernihlah Akal, sempurnalah Diri.
Salam Sdr.Zaidi ali.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang sangat baik,
Saya sendiri tidak dapat memberi respon balas dengan segera kerana masalah internet.
Post a Comment