Thursday, March 19, 2009

Informasi ringkas mengenai solat.

Salam semua.

Pada hari ini saya ingin mengajak kekawan untuk bersama saya membuat sedikit ulangkaji mengenai wirid selepas solat, iaitu sebaik sahaja selepas selesai memberi salam.

Saya yakin sebahagian besar daripada orang Islam mengetahui wirid yang lazim dibaca selepas solat iaitu merujuk kepada amalan kita di masjid-masjid dan surau-surau atau di mana-mana samada solat berjamaah atau sebaliknya.

Saya sendiri pun sebenarnya tidak mahir dalam hal ini tetapi apa yang hendak disampaikan ini hanyalah berdasarkan pengetahuan dan fahaman saya setakat ini. iaitumengenai bacaan wirid, khususnya wirid berikut; " astaghfirullahalazim...............sehingga akhirnya sepatutnya tidak dibaca dengan nyaring kerana bacaan itu membawa maksud untuk diri sendiri ( dengan erti saya memohon ampun.........bukan kami ), walaupun imam yang membacanya, bacaan imam itu hanya untuk dirinya. bacaan-bacaan wirid ini kedudukannya adalah maqam munajjat, juga bacaan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar, masing-masing membaca untuk diri sendiri, semua bacaan ini dikehendaki merendahkan suara ( membaca secara sir ) termasuk bacaan doa yang dibaca oleh imam.
______________________________

Maksud Firman Allah.

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan
merendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Dia tidak mengasihi
orang-orang yang melampaui batas".
Surah Al.A'araaf (55)
________________
"Katakanlah: "Berdoalah kepada Allah
atau berdoalah kepada Ar-Rahman( Yang Maha Penyasih ).
Sebarang nama kamu meminta , maka bagi-Nya
ada nama-nama yang baik. Jamgan kamu kuatkan (bacaan)
solat kamu dan jangan pula kamu perlahankan
dan ambillah jalan (pertengahan) antara demikian itu".

Surah Al.Israak (110)
___________________
" Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah itu amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
Surah Al-A’araaf (56).
________________________________________

Dari Abu Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w.
“ Sesungguhnya Allah itu adalah Toyyib (baik), dan tidak menyukai melainkan sesuatu yang Toyyib (baik), dan sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada orang-orang yang beriman sebagaimana Allah telah perintahkan kepada para-para Rasul: berfirman Allah: ‘Wahai para Rasul, makanlah daripada sumber yang baik dan buatlah amalan yang baik’. Dan firmanNya lagi: ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari sumber yang baik yang telah Allah rezekikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah andainya kamu benar-benar mahu menyembahNya’. Selanjutnya Baginda berkata lagi, seorang lelaki yang kembali dari permusafiran yang jauh dan dalam keletihan mengangkat tangannya ke langit sambil berkata Ya Robb,Ya Robb, (wahai Tuhan, wahai Tuhan) sedangkan pakaiannya dari sumber yang haram, makanannya dari sumber yang haram dan dia memakan makanan yang haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan?.

Hadis riwayat Muslim.


_____________________


Imam dibolehkan sekali sekala membaca dengan mengeluarkan suara yang sederhana kuatnya sekadar didengari makmum tetapi hendaklah berniat atau bertujuan mengajar dan melatih makmumnya sahaja. Makmum seelok-eloknya membaca wirid tersebut sekadar didengari telinganya sendiri sahaja.

Saya terpanggil untuk membuat informasi ringkas ini kerana sering terserempak dan terperangkap di dalam jamaah di beberapa tempat membaca wirid ini dengan nyaring dan berirama sehingga hampir bergaung di dalam masjid atau surau,
kedengaran seperti sedang mendengar TV.


Rasanya elok juga, jika disediakan panduan asas mengenai amalan wirid ini di masjid-masjid atau surau-surau supaya amalan ini berkesinambungan secara istiqamah kaedah amalannya dari satu genarasi kepada satu genarasi yang berikutnya.

Mungkin kebiasaan ini terbawa-bawa setelah menghadiri kursus motivasi atau Qiamul Lail atau hanya terikut-ikut tanpa menyemaknya dengan teliti di dalam kitab-kitab, di dalam kursus- kursus tersebut sememangnya penganjur akan membimbing bacaan itu secara kuat kerana sesuai dengan majlis pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun seelok-eloknya penganjur hendaklah memaklumkan perkara ini kepada para pesertanya.

Saya amat merasa rendah diri dalam hal ini dan mengharapkan teguran anda sekiranya terdapat kelemahan dalam penjelasan ringkas di atas. Tujuan saya semata-mata untuk kebaikan bersama dan atas dasar persaudaraan Islam.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

8 comments:

Mak Su said...

utk beribadat pun kena ada ilmu, untuk manthoppp :)

Leenoh said...

Salam, Mak Su.

Ya, berilmu, beriman dan beramal, ilmu ini kekadang susah nak ingat walaupun dibaca berkali-kali, beruntunglah mereka yang senang ingat.
Wassalam.

Cikgu Ije said...

thanks for d info. =) berguna sgt!

Dee said...

x reti nk komen..sbb ini ilmu baru bagi sy..dh lebih tau skrg..mintak saudara leenoh kupas psl korban dan aqiqah..adakah ianya wajib atau sunat atau sekadar mampu..dr sy yg jahil..hehehe..

Leenoh said...

Salam ijechan.
Saya punyai kedai kecil je, jadi barangannya pun sedikit, oleh itu saya pun dapat menjualnya sedikit je la.

Leenoh said...

Salam Dee,
Mengenai qurban dan aqiqah saya telahpun buat entri, cuba rujuk entri saya yang lalu " JOM ULANGKAJI MENGENAI IBADAT AQIQAH DAN QURBAN ".

Ibnurashidi said...

Salam...

Kalau masyarakat arab Mesir, kebanyakkan mereka berwirid secara sendiri-sendiri dan perlahan.

Di Malaysia pula lebih kepada nyaring.

Leenoh said...

Salam Ibnurashidi,
Perkara yang penting hendaknya jangan tercampur dengan rekaan sendiri yang tersasar dari maksud asalnya. wallahu aklam.