Tuesday, March 30, 2010

Membuka Kedai Gunting Rambut - Fardu Kifayah.

Salam Semua.

Hampir 99% lelaki Islam memerlukan kedai gunting, sebulan sekali atau dua bulan sekali mereka ingin mengguntingkan rambut, kalau pun tidak mengguntingkan sepenuh, sekurang-kurangnya mereka merapikan semula rambut yang telah tidak kemas lagi, menyempurnakan hajat ini mereka memerlukan Tukang Gunting. Oleh itu membuka kedai gunting telah menjadi suatu kewajipan yang berbentuk fardu kifayah kepada orang Islam. Sekiranya tiada satu pun kedai gunting yang dimiliki oleh orang Islam maka situasi ini ditakuti semua orang Islam akan mendapat dosa kerana mengabaikan keperluan jamaah mereka.

En.Zaman berbaju hitam. En.Azizi masih muda orangnya.

En.Zaman berbaju hitam sedang menerangkan sesuatu kepada En.Azizi.

Untuk menjadi seorang Tukang Gunting Pakar mereka memerlukan latihan secara praktikal daripada mereka yang telah berpengalaman, Gambar di atas adalah suatu contoh latihan yang sedang dijalankan di Kedai Gunting En Zaman di Kampung Baru, Jalan Paloh, Kluang.
Kelihatan En,Zaman bin Shamsudin ( Wak Jaman ) sedang menunjukajar kepada En.Azizi bin Abdullah yang bakal membuka kedainya di Gemas, sekarang beliau sedang memantapkan diri dalam menguasai kemahiran tersebut sesuai dengan kehendak pelanggan pada zaman ini, Pelanggan yang sedang digunting rambutnya itu dimaklumkan atau diminta keizinan oleh Wak Jaman untuk beliau menggunting sambil mengajar En.Azizi.

Manakala En.Zulkarnain bin Abu Bakar tukang gunting seorang lagi yang berkhidmat di kedai ini sedang berehat sambil membaca suratkhabar setelah mengemas peralatan yang telah digunakan.

Saya difahamkan bahawa Tukang Gunting perlu mahir mengaplikasikan berbagai fesyen jika mereka hendak membuka Kedai Gunting kalau tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka apabila tidak mampu melayani kehendak pelanggan. Di antara berbagai fesyen tersebut saya akan muatkan di dalam mauduk atau " entry" yang akan datang nanti.


Sekian. Wassalam.

8 comments:

Hunny said...

Salam,

Pak ngah dan rambut barunya.. ;p

Leenoh said...

Salam.

Hani..bukan Pak Ngah tu...Pak Ngah cuma menulisnya sahaja..h3.

Hanah said...

hehehe camni sy bole bukak kedai gunting arr kat umah.. coz my hubby selalu ptg rambut sendiri pakai mesin dia tu ;-)

Leenoh said...

Salam Hana.

Habak dia mai kursus kat sini tambah ilmu..Dia memang selalu ke Johor...ambillah kesempatan utk kursus..he3

Anonymous said...

bagus la ada pusat kursus untuk semua

Salun Rambut said...

Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan dandanan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di kota damansara. Harganya, Children cut RM5. Wash, cut & blow RM 15. Henna/ Colouring RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Treatment RM38. Sesiapa yg berminat bolehlah call Zura 012-208 4048. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih.

Unknown said...

Berminat untuk membuka kedai gunting rambut atau ingin mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan baru kami mempunyai kedai gunting rambut lelaki untuk dijual, berkeadaan baik cantik dan selesa. Kepada yang berminat boleh hubungi Azhar 0177844257 untuk keterangan lebih lanjut..

amin said...

baru pindah mai penang, nak gunting rambut bukan main susah lagi nak cari kedai gunting rambut area batu kawan ni.... rasa macam nak bukak kedai gunting rambut... memang dari sekolah lagi dok gunting rambut orang. pernah jugak "take over" kedai arwah abah dalam 2 3 bulan masa arwah tengah sakit..... modal dalam berapa agak agak nya?