Monday, March 8, 2010

Umat Islam perlu pandai membuat penilaian.

Salam semua.

Dalam zaman serba canggih ini segala berita dan cerita akan sampai kepada kita bertali arus sama ada melalui alam nyata atau alam maya, kini kehadirannya sama seimbang melalui dua saluran tersebut, apakah boleh kita memekakkan telinga untuk tidak mendengarnya atau menutupkan mata untuk tidak melihatnya, kita tidak mampu berbuat demikian.

Kita juga di antara manusia yang memanfaatkan kecanggihan kemajuan teknologi dengan membuka Laman Sesawang , Facebook dan berbagai lagi atau sekurang-kurangnya kita sebagai pengguna yang mahir memanfaatkan teknologi itu untuk mendapatkan maklumat dan juga menyampaikannya.

Kekadang berita dan cerita yang kita temui itu bagai dibawa dan disampaikan oleh malaikat untuk kita semat dan tanamkan di dalam minda, terkadang pula berita itu datang bagai ditatang oleh syaitan yang ingin merosakkan aqidah kita. Maka jadilah dunia maya dan dunia nyata ini bagai pasar, keadaannya ada yang wangi dan ada yang busuk, terdapat juga wangi yang tidak berguna dan busuk pula ada yang sangat berfaedah untuk manusia, maka manusia menjadi keliru dan kabur.

Sebagai orang Islam kita wajib menilai dengan betul supaya berita yang diterima itu adalah bukan bersifat fitnah dan palsu.Mereka tidak sepatutnya menerima sesuatu berita dan cerita tanpa usul periksa kerana memberi sokongan kepada fitnah dan pembohongan adalah suatu maksiat yang berat dosanya, mereka yang bertindak begitu akan termasuk dalam golongan orang munafik atau sekurang-kurannya fasik, minta dijaukan Allah perkara demikian. Tegasnya umat Islam bukan sahaja perlu menilai tetapi mereka perlu pandai membuat penilaian supaya akur dengan aqidah mereka.

Sekadar muhasabah diri dikala kesunyian, mungkin anda juga bersetuju dengan kenyataan ini, apapun hendaklah merujuk kepada Tauhid dan Fiqah.

Sekian.Wallahu aklam.Wassalam.

No comments: