Thursday, March 4, 2010

Manusia tidak mampu mencari Tuhan dengan akal semata-mata.


Salam semua.

BismillahirRahmanirRahim

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam ini dan selawat serta salam kepada semulia-mulia Nabi dan semua utusan-Nya.

Demikianlah beradab dan sejahtera penganut Islam setiap kali memulakan kalam dan juga di dalam sesuatu perjumpaan mereka akan mengingatkan Allah Yang Maha Pencipta dan Rasal junjungan mereka kerana nikmat Islam itu sangat memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa mereka, lantas ucapan terima kasih , kesyukuran kepada-Nya dan doa sentiasa membasahi lidah mereka.

Merujuk kepada mauduk di atas iaitu manusia tidak mampu mencari Tuhan dengan akal mereka semata-mata tanpa mendapat wahyu atau hidayah Allah seperti mana yang telah berlaku kepada Nabi Ibrahim.a.s. yang diceritakan Allah di dalam Surah Al.An'am, Nabi Ibrahim akhirnya berjumpa Tuhan atau mengenali Tuhan setelah diturunkan wahyu kepadanya.

Manusia selain Rasul dan Nabi mereka akan mengenali Allah dengan bantuan wahyu yang dibawa oleh rasul disamping mendapat hidayah dari Allah. Mulianya manusia kerana adanya akal , namun demikian akal tidak mampu menyelesaikan semua masalah manusia, akal tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan lain-lain yang di luar pandangan mata mereka, tegasnya fungsi atau peranan akal adalah terhad. Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia memerlukan Rasul, sebab itulah Allah utuskan Rasul-rasul untuk menyampaikan wahyu atau ajaran-Nya kepada manusia supaya manusia mengenal Allah.


Kesimpulanya;
Untuk mengenal Allah manusia memerlukan akal, wahyu ( rasul) dan hidayah dari Allah. Sentiasalah berdoa supaya Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya sepanjang masa.


-------------------------------------------------------

Renungilah maksud firman Allah ini.



[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.
Surah Al.An'am.

----------------------------------------------------------


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Mak Su said...

salam ziarah uncle

Leenoh said...

Salam.

Boleh dok jalan ziarah lagi tu maknanya masih sihat latu. semoga lebih sihat lagi