Monday, March 8, 2010

Hanya nostalgia.

Salam semua.

Sekadar memap
arkan semula ulasan muridku di blog ini untuk menambahkan jumlah 'entry' blog Kehidupan Bersih dan menguar-uarkan perkembangan seni silat anak bangsa.

Sesungguhnya segala pujian itu hanya untuk Allah, pujian kepada hamba adalah juga pujian kepada Allah kerana Allah yang menciptakan hamba-Nya, riak da
n sobong tidak layak dimiliki oleh manusia kerana manusia itu lemah dan serba kekurangan, terimalah pujian itu dengan bersandarkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan sebagai hamba-Nya yang kerdil lagi lemah.

Bersyukur dan mengenang budi itu budaya yang dididik dan diasuh supaya manusia menghubungkannya dengan kurniaan Allah.

Berikut dipaparkan ulasan dari salah seorang murid yang terlibat dengan pertunjukan dan pertandingan silat yang telah disiarkan di dalam 'entry' yang telah lalu sebagai kenanganku dan mungkin juga anda berminat dengannya.

_______________________________

Salam Ustaz Ali...

Terima kasih kerana sudi memaparkan foto-foto kenangan silat STAR di blog ini.

Bukan suatu tugas yang mudah untuk membentuk sebuah pasukan silat yang mantap dan berkualiti setiap kali diundang untuk mengadakan persembahan dan juga menyertai pertandingan, sehinggalah secara rasminya dalam sejarah STAR mempunyai pasukan Jurulatih Muda bertauliah dari PSSGM Kedah pada tahun 1994 yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.

Sepak terajang, tumbuk tendang & kilas kepak menjadi asam garam dan `makanan' kami setiap kali menjalani latihan bersama Gurulatih Pak Long Ghani & Cikgu Norhayatudin. Tapi `kesakitan' itulah yang membuatkan kami tidak lari dan sentiasa bertahan di gelanggang STAR. "alah bisa tegal biasa". Terima kasih buat semua jurulatih.

Secara peribadi, Ustaz Ali memang mengambil berat terhadap kami. Setiap hari Jumaat ketika berlangsungnya latihan, beliau akan tetap menjenguk kami di gelanggang dan adakalanya hanya bersendirian di surau sekolah.
Buat generasi muda, andalah penghubung dan pewaris seni budaya bangsa Melayu. Jangan biarkan ia hilang di telan arus waktu dalam dunia siber tanpa sempadan ini.

Ucapan terima kasih buat Ustaz Ali diatas perhatian yang diberikan terhadap Pertubuhan Silat Seni Gayong STAR selama ini.

Ikhlas dari Mohd Noor Mahathir (exSTARian Alor Setar)
email :elguapo@kedahonline.net

March 7, 2010 11:54 PM

______________________________________


Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: