Monday, March 8, 2010

Ketika manakah kita Islam dan ketika manakah pula kita Melayu.

Salam semua.

'Entry' ini sengaja menampilkan unsur provokasi dan mengancam. frasa ayatnya agak mengancam d
an meminta jawapan bagi kedua-dua subjek di dalamnya, Islam dan Melayu menjadi subjek yang ditanya di dalam frasa tersebut. nampaknya situasi ini merupakan dua dalam satu. Melayu dan Islam adalah diri kita. Pada biologinya kita adalah Melayu, wajah dan struktur fizikal adalah biologi berketampilan Melayu. Tutur katanya yang digunakan adalah juga bahasa Melayu, maka Melayulah kita.
Di manakah Islamnya pula, Islam pada diri manusia bukan berbentuk fizikal tetapi ianya berbentuk maknawai dan abstrak , Islam pada diri manusia itu adalah aqidah dan kepercayaan di hati, ianya ibarat roh kepada Melayu ( manusia ), aqidah dan kepercayaan itu adalah seluruh ajaran al.Quran dan al.Hadis yang disemai dan ditanamkan setiap masa ke dalam diri mereka sehingga menjadi teras kepada Melayu itu sendiri.

Pelaksanaan kepada rukun Islam akan menghasilkan penampilan Islam yang lebih jelas sama ada kepada individu atau masyarakat atau negara, kejelasan itu di antaranya terhasil berbentuk fizikal seperti wujudnya masjid, surau, Tabung Haji, Institusi Zakat, barangan halal, pakaian menutup aurat dan sebagainya.

Adakah semua orang Melayu melakukannya?. Inilah agaknya punca perpecahan Melayu, terdapat orang Melayu yang tidak serius dan istiqamah dalam hal ini, maka wujudlah orang Melayu yang istiqamah kepada Islam dan ada pula yang kurang istiqamahnya , mereka yang kurang istiqamah kepada Islam ini lebih cenderung kepada budaya hidup yang tidak berteraskan Islam. Sebaliknya mereka yang istiqamah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ingin melaksanakan ajaran Islam semaksima yang mampu dan mungkin.

Soalan yang disebutkan di atas, ' ketika manakah anda Islam dan ketika manakah pula anda Melayu ?". Jawapannya kita perlu berkeadaan Islam sepanjang masa dan kita juga Melayu sepanjang hidup.

Ketika Melayu menguruskan rumahtangga, Melayu wajib menguruskannya secara Islam.Ketika khenduri kahwin dan menuai padi kita disuruh buang segala adat karut yang menjejaskan aqidah. Ketika berjiran, orang Islam disuruh menjaga silaturrahim dan menjaga hak jiran.ketika menguruskan perniagaan dan bank juga kita diwajibkan menjalankannya secara yang halal dan diizinkan oleh Islam, tegasnya tanpa riba dan penipuan. Ketika kita menguruskan politik dan menguruskan negara juga tidak pernah dikecualikan dari suruhan patuh kepada ajaran Islam. Jadi di manakah dan ketika manakah kita Islam.
Sesungguhnya kita wajib menghayati Islam sepanjang masa, tidak kira tempat dan masa kerana Islam itu adalah suatu cara hidup yang diredai Allah.( Islam - Way of life )
. Itulah rupa paras Islam yang hakiki.

______________________________________

Maksud ayat al.Quran untuk renungan:

"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman".
( Surah al.Baqarah : ayat 8 )

________________________________________


Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.









No comments: