Sunday, March 22, 2009

KELEBIHAN ILMU

Masjid Kampung Mampan
Batu Pahat.

---
Kenali dan kenangilah Hj.Mohd.Salleh bin Abdul Karim yang juga dikenali sebagai Kia Salleh, Panglima Salleh atau Panglima Salleh Selempang Merah. Ceritalah kebaikannya kepada anakcucu anda khususnya warga Batu Pahat
__________________________________

Salam semua.

Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. terus menyentuh tentang keutamaan ilmu dengan menyebutnya " iqra' " bermaksud bacalah, bacalah di sini boleh membawa maksud yang lebih luas lagi , tentulah menuntut kita mengajar dan belajar di mana ungkapan ini kita sering menyebutnya sebagai pengajaran dan pembelajaran. Ini membuktikan bahawa Islam adalah addin ( cara hidup) yang mengutamakan tamaddun atau kemajuan. Kemajuan hidup di dunia dan di akhirat, wawasan Islam mencakup dunia dan akhirat di
nyatakan di dalam ajarannya dengan jelas dan nyata.

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang mampu membawa manusia mengenal Allah sebagai Pencipta diri manusia tersebut dan Pencipta sekalian alam ini dan berjaya menjadikan manusia berlaku adil terhadap dirinya, manusia di sekelilingnya dan alam di persekitarannya.
Melalui ilmu seumpamanya manusia akan menjalani hidup lurus dan memenuhi wawasan yang hakiki yang terangkum dunia dan akhirat.

Manusia yang dianggap berilmu tetapi mempunyai wawasan yang terhad di dunia sahaja. Mengikut penilaian Islam mereka yang seperti ini masih dianggap jahil dan zalim pada diri sendiri..
Jahil bermaksud mereka tidak berjaya mengenali Allah ( tidak makrifatullah ) dengan ini terdedah dengan siksaan dan azab Allah di akhirat nanti. Zalim membawa maksud membiarkan diri dalam keadaan jahil tanpa berusaha mempelajari ilmu pengetahuan mengenai aqidah dan ilmu tauhid, sedangkan ilmu ini dapat mengeluarkan mereka daripada kejahilan dan kesyirika
n serta selamat daripada siksaan Allah.

Keadaan ini mungkin kelihatan jahil dalam kecerdikan kerana jahil dalam sesuatu aspek , manakala cerdik dalam aspek yang lain pula iaitu aspek keduniaan sahaja.
Oleh itu seharusnya berilmu itu hendaklah bersifat bersepadu iaitu menguasai ilmu keduniaan dan keakhiratan secara serentak dan teradun di dalam minda.

Dalil-dalil daripada al.Quran dan al.Hadis mengenai kelebih
an ilmu ini sangatlah banyak, jika kita membacanya serta membuat renungan dan berfikir mengenainya insya Allah rasa kepentingan dan kelebihan ilmu itu akan meresap ke jiwa kita dan akan memberi motivasi dan inovasi kepada kita sehingga menyebabkan kita gemar mencari atau menambahkan ilmu pengetahuan sepanjang masa serta menghayatinya.

Di antara firman Allah berkaitan dengan keutamaan dan k
elebihan ilmu.

(1) Maksud ayat 18 surah Ali Imran;
" Allah mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain daripadaNya dan malaikat-malaikat dan orang-orang berilmu, yang tegak dengan keadilan"

(2) Maksud ayat 11 surah al.Mujaadalah;
" Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)"
.

(3) Maksud ayat 9 surah az.Zumar;
" Katakanlah! Adakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu? ".

(4) Maksud ayat 28 surah Fathir;

" Sesungguhnya yang takut akan Allah daripada hambaNya ialah ulamak"
_________________________

Untuk manfaat bersama marilah kita sama-sama merenunginya.

Wallahu aklam.

______________________________________

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

__________________________

Ulasan anda dihargai

Blogger PJ selamba said...

satu lagi entri yang berilmiah...
tapi kan pak ngah...
apa sebenarnya maksud 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'?
nape China?
hehe

March 23, 2009 6:05 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam,
Mungkin ketika itu China telah maju dalam bidang tertentu dan perjalanan ke China pun tidak susah.
Sejak zaman dulu lagi China telah ada hubungan dgn Mekah, dulu datuk nenek kita balik dari Mekah membeli berbagai kenangan dan buah tangan tanpa disedari rupa-rupanya kebanyakan barangan itu tertulis " Made in China ". Pada ketika itu kita tidak mengetahui bahawa China Islam lebih ramai daripada Melayu Islam, he he he... ilmu.
Bila Pak Ngah balik ke Alor Kundang kekadang Pak Ngah terjumpa pelajar China belajar di Insaniah, mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi sangat fasih berbahasa Arab. waduh waduh Pak Ngah pun termalu dengan depa.
Pak Ngah tau PJ Selamba dah tau apa yang ditanya tu. tapi Pak Ngah saja terang juga, hehehe buat macam PJ tak tau...sbb saja nak sembang.

March 23, 2009 7:26 AM

Delete
Blogger Dee said...

betul3x..hehehe..

March 23, 2009 1:03 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Dee.
Di bahagian bawah tu, maksud ayat al.Quran memang semuanya betul tetapi ulasan yang di atas tu masih ada ruang lagi untuk diberi ulasan. ok. ok saya tau dia sebok dengan tugas. hehehe bergurau ye, jangan marah........

March 23, 2009 2:50 PM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam Sdr Leenoh,

Ingin saya berkongsi kisah dari al-Quran dari surah al-Kahfi ayat 60 hingga 82 mengenai kisah Nabi Musa a.s bermusafir jauh mencari ilmu Nabi Khidhr a.s. sehingga di pertemuan dua lautan.Firman Tuh
an yang bermaksud,

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua bu
ah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".
(al-Kahfi 18:60)

"Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (al-Kahfi 18:66)

"Khidhr berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu;
Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."(al-Kahfi 18:78)

Moral dari kisah ini ialah:-

1) Walaupun ilmu dan mukjizat Nabi Musa sangat tinggi (sehingga wahyu dari Tuhan pun boleh sampai terus kepadanya tanpa perantaraan malaikat), namun masih juga perlu terus menuntut ilmu. Inikan pula kita yang kerdil lagi jahil.

2) Nabi Musa sanggup berjalan walau bertahun-tahun asalkan boleh ketemu Nabi Khidhr untuk belajar ilmu makrifat yang benar. Sanggupkah kita?

3) Dalam kisah ini satu-satunya ilmu yang Nabi Musa dapat ialah AKIBATnya dari hilang kesabaran dan tidak mentaati gu
ru.

Kita mesti bersabar dan mentaati guru semasa menuntut ilmu yang benar dari seorang guru.

~ Wallahu A'lam ~

March 23, 2009 9:10 PM

Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Respon anda mengukuhkan lagi entri ini.Ya betapa luasnya ilmu Allah . Saya pun teringat di mana Nabi Musa ingin mempelajari ilmu laduni daripada Nabi Khidir, Nabi Khidir memang ada ilmu laduni dan dia mengetahui bahawa Nabi Musa.a.s tidak layak untuk mendapat ilmu itu tetapi baginda hendak juga maka diizinkan ikut kemudian sampai ditengah jalan telahpun gagal ujian, akhirnya mereka berpisah.
Demikian orang yang ada ilmu laduni ini dapat membaca diri seseorang seperti Nabi Khidir mengetahui bahawa Nabi Musa.a.s tidak layak mendapat ilmu tersebut.

March 23, 2009 11:04 PM

_______________
Delete
Blogger izan said...

Assalamualaikum leenoh,

banyak berjalan luas pengalaman dan pengetahuan.

kadang-kadang ada perkara kecil yang perlu diambil berat tapi terlepas pandang........... jika kecil kita abaikan akan menjadi satu perkara yang besar.....

peringatan2 ini membina.........

March 24, 2009 10:45 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Waalaikumussalam sdri.Izan.

Memang betul kata Sdri.Izan.
Saya suka mengemukakan persoalan seperti ini dengan harapan sama-sama kita menjuruskan amalan ke arah amalan yang tepat.
Juga berharap mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya memberi komen yang boleh menambahbaikan dan kita dapat memanfaatkan bersama.
Nampaknya harapan itu telah terjawab dan diharap ada lagi yang akan menambahnya.

March 24, 2009 11:04 AM

_________________
Delete

Blogger Mak Su said...

tidak rugi jika sentiasa belajar :)

March 24, 2009 5:17 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Mak Su,

Belajar sejak dari buaian sehingga liang lahat.

March 24, 2009 5:38 PM

________________
Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Lama saya tak berkunjung, semakin banyak ilmu yang dicurahkan oleh tuan 'sifu' Leenoh.. Cuma saya kurang setuju ejaan IKRAK yang Pak NGah gunakan.. sepatutnya IQRA' mengambil lahjah Arab yang betul..Berkenaan pepatah tuntutlah ilmu walau ke China, kisah @ sebab yang saya pernah dengar, pada masa itu, China dengan Tanah Arab sangat jauh, perlu masa yang lama nak ke China dari tanah Arab, memang susah nak sampai. Secara simboliknya, pencarian ilmu itu luas dan sukar, kerana kesukarannya adalah untuk mengamalkan ilmu yang nak dipelajari. Wallahua'lam, sekadar pandangan dari anak murid 'sifu'.. :)

March 24, 2009 6:14 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Hani,
Hai jangan angkat Pak Ngah ke atas nanti jatuh, biar berada di bawah ianya tidak akan jatuh.Tentang ejaan itu kekadang serba salah hendak mengejanya walaupun mengikut panduan ejaan baru, dengan sebab itu Pak Ngah buat ringan dengan ejaan ini kerana Pak Ngah menganggap perkataan Arab hendak dieja dengan ejaan rumi tidak mungkin betul,tetapi boleh mengambil yang paling hampir, apabila membacanya hendaklah minda kita kembali kepada ejaan asal perkataan tersebut.( itupun bagi mereka yang mengetahuinya ) seperti juga wallahu aklam, dulu dieja wallahu a'alam - a (alif) 'a ('ain) tetapi ejaan baru ('a) tidak digunakan lagi.
Teguran itu betul Pak Ngah sepatutnya teliti nanti yang kurang tepat itu menjadi ikutan pula, itu satu teladan yang tidak baik, biarlah mereka ikut yang paling hampir. Pah Ngah akan betulkan.
Mengenai perhubungan di antara Tanah Arab dan negeri China pada zaman Nabi sememangnya sukar perhubungannya, begitulah juga ke tempat lain.Sebenarnya Pak Ngah tidak berani menghuraikan dengan panjang perkara tersebut kerana Pak Ngah memang jahil dalam bahagian berkenaan, jadi Pak Ngah cuma buat sedikit sentuhan sahaja.
Pak Ngah memang menunggu kekawan tolong sempurnakan dan murnikan. walau apa pun seperti kata Hani Ilmu Allah itu sangat luas sifatnya dan sukar untuk mendapatkannya melainkan dengan gigih berusaha, sanggup menghadapi cabaran dan dugaan, disamping banyak berdoa kepada Allah.
Sepatutnya Hani boleh memberi huraian lebih panjang lagi, sebenarnya itulah yang Pak Ngah harapkan, sebab itu Pak Ngah tidak masukkan dalil-dalil al.Hadis bersama. he he he. tapi tidak mengapa.
Apapun Pak Ngah ucapkan terima kasih atas respon yang ringkas dan padat itu.

March 24, 2009 7:36 PM

Delete
___________

12 comments:

Anonymous said...

satu lagi entri yang berilmiah...
tapi kan pak ngah...
apa sebenarnya maksud 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'?
nape China?
hehe

Leenoh said...

Salam,
Mungkin ketika itu China telah maju dalam bidang tertentu dan perjalanan ke China pun tidak susah.
Sejak zaman dulu lagi China telah ada hubungan dgn Mekah, dulu datuk nenek kita balik dari Mekah membeli berbagai kenangan dan buah tangan tanpa disedari rupa-rupanya kebanyakan barangan itu tertulis " Made in China ". Pada ketika itu kita tidak mengetahui bahawa China Islam lebih ramai daripada Melayu Islam, he he he... ilmu.
Bila Pak Ngah balik ke Alor Kundang kekadang Pak Ngah terjumpa pelajar China belajar di Insaniah, mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi sangat fasih berbahasa Arab. waduh waduh Pak Ngah pun termalu dengan depa.
Pak Ngah tau PJ Selamba dah tau apa yang ditanya tu. tapi Pak Ngah saja terang juga, hehehe buat macam PJ tak tau...sbb saja nak sembang.

Dee said...

betul3x..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.
Di bahagia bawah tu, maksud ayat al.Quran memang semuanya betul tetapi ulasan yang di atas tu masih ada ruang lagi untuk diberi ulasan. ok. ok saya tau dia sebok dengan tugas. hehehe bergurau ye, jangan marah........

Anonymous said...

Salam Sdr Leenoh,

Ingin saya berkongsi kisah dari al-Quran dari surah al-Kahfi ayat 60 hingga 82 mengenai kisah Nabi Musa a.s bermusafir jauh mencari ilmu Nabi Khidhr a.s. sehingga di pertemuan dua lautan.Firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".
(al-Kahfi 18:60)

"Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (al-Kahfi 18:66)

"Khidhr berkata: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."(al-Kahfi 18:78)

Moral dari kisah ini ialah:-

1) Walaupun ilmu dan mukjizat Nabi Musa sangat tinggi (sehingga wahyu dari Tuhan pun boleh sampai terus kepadanya tanpa perantaraan malaikat), namun masih juga perlu terus menuntut ilmu. Inikan pula kita yang kerdil lagi jahil.

2) Nabi Musa sanggup berjalan walau bertahun-tahun asalkan boleh ketemu Nabi Khidhr untuk belajar ilmu makrifat yang benar. Sanggupkah kita?

3) Dalam kisah ini satu-satunya ilmu yang Nabi Musa dapat ialah AKIBATnya dari hilang kesabaran dan tidak mentaati guru.

Kita mesti bersabar dan mentaati guru semasa menuntut ilmu yang benar dari seorang guru.

~ Wallahu A'lam ~

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Respon anda mengukuhkan lagi entri ini.Ya saya pun teringat di mana Nabi Musa ingin mempelajari ilmu laduni daripada Nabi Khidir, Nabi Khidir memang ada ilmu laduni dan dia mengetahui bahawa Nabi Musa.a.s tidak layak untuk mendapat ilmu itu tetapi baginda hendak juga maka diizinkan ikut kemudian sampai ditengah jalan telahpun gagal ujian, akhirnya mereka berpisah.
Demikian orang yang ada ilmu laduni ini dapat membaca diri seseorang seperti Nabi Khidir mengetahui bahawa Nabi Musa.a.s tidak layak mendapat ilmu tersebut.

Unknown said...

Assalamualaikum leenoh,

banyak berjalan luas pengalaman dan pengetahuan.

kadang-kadang ada perkara kecil yang perlu diambil berat tapi terlepas pandang........... jika kecil kita abaikan akan menjadi satu perkara yang besar.....

peringatan2 ini membina.........

Leenoh said...

Waalaikumussalam sdari.Izan.

Memang betul kata Sdri.Izan.
Saya suka mengemukakan persoalan seperti ini dengan harapan sama-sama kita menjuruskan amalan ke arah amalan yang tepat.
Juga berharap mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya memberi komen yang boleh menambahbaikan dan kita dapat memanfaatkan bersama.
Nampaknya harapan itu telah terjawab dan diharap ada lagi yang akan menambahnya.

Mak Su said...

tidak rugi jika sentiasa belajar :)

Leenoh said...

Salam Mak Su,

Belajar sejak dari buaian sehingga liang lahat.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Lama saya tak berkunjung, semakin banyak ilmu yang dicurahkan oleh tuan 'sifu' Leenoh.. Cuma saya kurang setuju ejaan IKRAK yang Pak NGah gunakan.. sepatutnya IQRA' mengambil lahjah Arab yang betul..Berkenaan pepatah tuntutlah ilmu walau ke China, kisah @ sebab yang saya pernah dengar, pada masa itu, China dengan Tanah Arab sangat jauh, perlu masa yang lama nak ke China dari tanah Arab, memang susah nak sampai. Secara simboliknya, pencarian ilmu itu luas dan sukar, kerana kesukarannya adalah untuk mengamalkan ilmu yang nak dipelajari. Wallahua'lam, sekadar pandangan dari anak murid 'sifu'.. :)

Leenoh said...

Salam Hani,
Hai jangan angkat Pak Ngah ke atas nanti jatuh, biar berada di bawah ianya tidak akan jatuh.Tentang ejaan itu kekadang serba salah hendak mengejanya walaupun mengikut panduan ejaan baru, dengan sebab itu Pak Ngah agak buat ringan dengan ejaan ini kerana Pak Ngah menganggap perkataan Arab hendak dieja dengan ejaan rumi tidak mungkin betul,tetapi boleh mengambil yang paling hampir, apabila membacanya hendaklah minda kita kembali kepada ejaan asal perkataan tersebut.( itupun bagi mereka yang mengetahuinya ) seperti juga wallahu aklam, dulu dieja wallahu a'alam - a (alif) 'a (ain) tetapi ejaan baru 'a tidak digunakan lagi.
Teguran itu betul Pak Ngah sepatutnya teliti nanti yang kurang tepat itu menjadi ikutan pula, itu satu teladan yang tidak baik, biarlah mereka ikut yang paling hampir. Pah Ngah akan betulkan.
Mengenai perhubungan di antara Tanah Arab dan negeri Cina pada zaman Nabi sememangnya sukar perhubungannya, begitulah juga ke tempat lain.Sebenarnya Pak Ngah tidak berani menghuraikan dengan panjang perkara tersebut kerana Pak Ngah memang jahil dalam bahagian berkenaan, jadi Pak Ngah cuma buat sedikit sentuhan sahaja.