Saturday, March 21, 2009

ZAMAN SEKARANG (puisi)


____________________________________




___________________________

Zaman sekarang.

Sekarang bukan zaman.
disukat dengan gantang.
disukat dengan cupak.

disukat dengan kai.
disukat dengan kepol.
bergerak dengan perahu.

Sekarang bukan zaman.

ditimbang dengan kati.
ditimbang dengan pikul.
dikira dengan tahil.
diisi dalam bakul.
diisi dalam guni.
disimpan dalam jelapang.

Sekarang bukan zaman
diukur den
gan hasta.
diukur dengan inci.
diukur dengan kaki.
diukur dengan ela.

Sekarang bukan zaman.
makan sireh pinang.
hisap curut.
membalut tembakau.

hisap tembakau darat.
gobek sireh pinang,
sogek tembakau.

Sekarang bukan zaman.
perahu tongkang padi.
kereta lembu.

tenggala kerbau.
lesung hindik.
@ lesung kaki
lesung tumbuk.
lesung kisar.
batu tumbuk.
batu kisar.



Sekarang bukan zaman Kapal Layar.

Zaman sekarang .
zaman yang telah berubah.

manusia telah berubah.
kita juga kena berubah.
manusia telah maju.
kita wajar bersaing.
istiqamah menghadapi cabaran.

Zaman sekarang.
zaman kemajuan.

zaman ICT.


Sekian. wassalam
______________________


Ulasan anda dihargai

Blogger ijechan said...

salam, nak tanya..

gobek tu kata kerja ea? ehe. emm.. tongkang padi? lesung rindek?

banyak perkataan2 lama dah x jd perkataan harian zaman sekarang. hmm

March 21, 2009 8:21 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam ijechan,

Hehehe saya guna bahasa yang selalu digunakan di Kedah, gobek tu kata nama, boleh gak jadi kata kerja, kalau disebut menggobek pinang ( menumbuk pinang ). gobek diperbuat daripada batang buluh, pinang dan sireh dimasukkan ke dalam batang buluh yang disediakan khas itu dan ditumbuk dengan batang besi juga ditempah khas utk penggunaannya. Terdapat juga gobek yang diperbuat daripada besi .

lesung rindek, saya tersilap eja, ejaan yang betul "Lesung Hindik" . saya dah betulkan kesilapan tulisan dalam tulisan saya di atas..

Lesung merujuk kepada satu alat bagi menumbuk sesuatu bahan, biasanya bahan makanan, contohnya lada dan padi. Terdapat beberapa jenis lesung, iaitu lesung tangan dan lesung kaki. Jenis-jenis ini merujuk kepada cara ia digunakan bagi menumbuk, iaitu dengan menggunakan tangan atau kaki.

Lesung tangan biasanya terdapat dua jenis pula, iaitu jenis kecil yang biasanya diperbuat daripada batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar yang biasanya diperbuat daripada kayu dan digunakan secara beramai-ramai. Sementara itu, lesung kaki kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Lesung kaki juga dikenali sebagai lesung hindik.
Lesung kaki yang diperbuat daripada kayu.

Penumbuk lesung biasanya dikenali sebagai alu atau anak lesung.

Lesung tangan, biasanya digunakan bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan sambal belacan.

Tongkang (perahu) Padi, saya sengaja menamakan tongkang padi kerana ditempat saya tongkang hanya digunakan untuk muat padi dibawa dari kampung ke bandar Alor Setar, cuma sekali sekali sahaja digunakan untuk muat barang-barang yang lain. Pada ketika itu Sungai Kedah menjadi laluan utama pengangkutan, sebab itu pekan atau bandar lama terletak di tepi sungai atau sungai berkeadaan melintang di tengah bandarnya.

March 21, 2009 9:33 AMDelete


Blogger Zaidon said...

SALAM Pak Ngah.. moga sihat selalu. iya zaman sekarang semua berubah.. malah manusia pun sekarang mudah berubah hati..

March 21, 2009 4:01 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidon.

Alhamdulillah sihat, semoga Zaidon pun sihat walafiat.
Begitulah kejadian yang Allah jadikan, ianya baharu, zaman atau masa bergerak setiap saat sebab itu kita dikehendaki mendidik anak-anak sekarang untuk hidup pada zaman mereka, di mana ketika itu kita mungkin telah tiada.Nampaknya perancangan kita perlu unjur jauh ke hadapan.
Wassalam.

March 21, 2009 7:20 PM



__________________________

Delete
Sekian. Wassalam.

4 comments:

Cikgu Ije said...

salam, nak tanya..

gobek tu kata kerja ea? ehe. emm.. tongkang padi? lesung rindek?

banyak perkataan2 lama dah x jd perkataan harian zaman sekarang. hmm

Leenoh said...

Salam ijechan,

Hehehe saya guna bahasa yang selalu digunakan di Kedah, gobek tu kata nama, boleh gak jadi kata kerja, kalau bisebut menggobek pinang ( menumbuk pinang ).gobek diperbuat daripada batang buluh, pinang dan sireh dimasukkan ke dalam batang buluh yang dusediakan khas itu dan ditumbuk dengan batang besi juga ditempah khasnya utk penggunaannya.

lesung rindek, tersalah ejaan yang betul "Lesung Hindik"

Lesung merujuk kepada satu alat bagi menumbuk sesuatu bahan, biasanya bahan makanan, contohnya lada dan padi. Terdapat beberapa jenis lesung, iaitu lesung tangan dan lesung kaki. Jenis-jenis ini merujuk kepada cara ia digunakan bagi menumbuk, iaitu dengan menggunakan tangan atau kaki.

Lesung tangan biasanya terdapat dua jenis pula, iaitu jenis kecil yang biasanya diperbuat daripada batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar yang biasanya diperbuat daripada kayu dan digunakan secara beramai-ramai. Sementara itu, lesung kaki kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Lesung kaki juga dikenali sebagai lesung hindik.
Lesung kaki yang diperbuat daripada kayu.

Penumbuk lesung biasanya dikenali sebagai alu atau anak lesung.

Lesung tangan, biasanya digunakan bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan sambal belacan.
Tongkang Padi, saya sengaja menamakan tongkang padi kerana ditempat saya tongkang hanya digunakan untuk muat padi dibawa dari kampung ke bandar Alor Setar, cuma sekali sekali sahaja digunakan untuk muat barang-barang yang lain. Pada ketika itu Sungai Kedah menjadi laluan utama pengangkutan, sebab itu pekan atau bandar lama terletak di tepi sungai atau sungai berkeadaan melintang di tengah bandarnya.

sentosa77 said...

SALAM Pak Ngah.. moga sihat selalu. iya zaman sekarang semua berubah.. malah manusia pun sekarang mudah berubah hati..

Leenoh said...

Salam Zaidon.

Alhamdulillah sihat, semoga Zaidon pun sihat walafiat.
Begitulah kejadian Allah ianya baharu.zaman bergerak setiap saat sebab itu kita dikehendaki mendidik anak-anak sekarang untuk hidup pada zamannya, di mana ketika itu kita mungkin telah tiada.Nampaknya perancangan kita perlu unjur jauh ke hadapan.
Wassalam.