Sunday, March 29, 2009

AKU JUGA EGO ( puisi )


Aku ego.
aku juga ego
aku juga sombong.
aku juga degil.

Aku bukan bodoh.
aku juga bijaksana.
aku juga bijak menilai.
aku mampu menilai.
mindaku kreatif, mindaku kritis.

Mengapakah kauberdusta padaku.
Adakah sebenarnya kauyang bodoh.
Kaumenyuluh pada yang cerah.
kelihatan putih, kaukatakan hitam.
kelihatan hitam, kaukatakan putih.

Aku ego dan tidak mempercayainya.
aku sombong dan tidak mempercayainya.
aku degil dan tidak mempercayainya.

Aku ego kerana menjaga maruahku.
aku sombong kerana menjaga kejujuranku.
aku degil kerana menjaga kebenaranku.

Aku ego kerana menjaga maruah.
aku sombong kerana menjaga kejujuran.
aku degil kerana menjaga kebenaran.

Ego kerana mindaku kreatif.
ego kerana mindaku kritis.
ego hanya mempertahankan kebenaran
sombomg hanya mempertahankan kejujuran.
degil hanya mempertahankan kebenaran
_

_________________________

Puisi ini dinukilkan hanya untuk memprovokasi dan melahirkan percambahan minda dan tidak menjurus kepada sesiapa . juga ingin melihat sejauh manakah lebarnya jangkauan ucapan dan ungkapannya terhadap pembaca yang kreatif dan kritis. Sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan masa santai pada hari minggu.
________________________________

Ulasan anda dihargai
Blogger zaidi ali said...
Salam Leenoh,
Ego, Sombong & Degil adalah sub-famili kepada Riak. Sifat-sifat Ego, Sombong dan Degil ditunjuk secara fizikal kepada masyarakat sekeliling. Kekadang masyarakat juga tersalah anggap bilamana menganggap sifat-sifat ini semuanya keji.

Sesetengah orang yang berjaya menunjukkan Riak dengan niat baik supaya masyarakat berubah mencontohi kejayaan beliau. Contohnya seorang pemilik syarikat "multi-level marketing" sengaja menunjukkan harta kekayaannya kepada para ahli supaya mereka bermotivasi untuk mengikut jejak kejayaannya. Mereka ini golongan yang membuat pahala apabila menasihati dan memotivasi masyarakat supaya berubah maju (selagi niatnya ikhlas).

Sesetengah orang beramal ibadat untuk menunjukkan (Riak) kealimannya kepada masyarakat dengan tujuan untuk dihormati sedangkan dia telah lupa niat asalnya beribadat hanya untuk Allah s.w.t...mereka ini golongan yang dihempaskan kebumi segala amalannya walaupun telah sampai ke petala langit ke Tujuh.

Pokok pangkalnya, niat di hati hanya Tuhan yang tahu.

~wallahu a'lam~

March 29, 2009 12:15 PM
Delete
Blogger zaidi ali said...
Pepatah Melayu mengatakan:

"Riak ikan di air, sudah tahu jantan betinanya".

Riaknya ikan menunjuk-nunjuk kehebatannya atau mungkin nak memikat pasangannya. Riak gelagat manusia di darat, sukar untuk kita mengertikan niatnya. Lebih baik berprasangka baik bila menilai seseorang hanya dari luaran.

March 29, 2009 12:52 PM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam Sdr.Zaidi ali.

Prosa anda terhadap puisi ini tepat. itulah juga hajat saya menulis puisi ini, iaitu ingin menyatakan bahawa ego bukan semuanya buruk kerana kata orang tunduk bukan minta dipijak. Ego perlu ada untuk memelihara maruah dan kebenaran.

March 29, 2009 12:59 PM
Delete_____
Anonymous Anonymous said...
Sdr Leenoh:

Setiap orang mempunyai tafsiran dn pandangan yg berbeza mengenaai sesuatu perkara.Dan setiap orang berhak mempertahankan pendiriannya berdasarkan pandangan dan tafsiran yang bersandarkan kepada fakta-fakta yang di beri atau dilihat.Walau bagaimanapun dari mana fakta-fakta itu di dapati itu belum tentu akan kesahihnya.
Sesetengah ayat Alquraan pun diulas dengan berbagai-bagai veriasi oleh ulama' berdasarkan ilmu yang ada padanya.

Yang paling penting ialah Nawaitu terhadap sesuatu persoalan.
Allahua'lam.

March 29, 2009 1:23 PM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam.
Terima kasih kerana memperjelaskan lagi mauduk ini, memang benar ada perkara yang sangat umum dan ada juga perkara yang kabur tetapi pada perkara yang tepat dan nyata benar, perlulah ada ego untuk mempertahankannya. ulamak juga tidak berbeza pendapat pada perkara pokok.
Dalam hal ini saya tidak berani melibatkan perkara yang umum dan kabur kerana saya sendiri tidak cukup pengetahuan untuk mengupasnya.Ini hanyalah puisi untuk percambahan minda.

Walau apapun ulasan anda bermanfaat dan dimanfaatkan.
Wallahu aklam.
March 29, 2009 1:36 PM
Delete
Blogger Mak Su said...
hai, apa khabar? leenoh juga boleh berpuisi?

hebat

ganaz bunyinya

hanya jauhari mengenal maknikam

bagi saya apa yang dipaparkan di sini langsung tidak mencerminkan hati dan jiwa leenoh yg ego, sebaliknya mahu mengingatkan, ala-ala reverse saikologi.

leenoh sgt berpegang kepada pegangan leenoh yang diyakini betul dan seolah-olah mencabar pihak lain utk menyuarakan keperibadian mereka. begitulah nampaknya, dari pandangan saya.. yg lemah ini.

March 30, 2009 5:36 PM
Delete
Blogger Leenoh said...
Salam Mak su.
Nampaknya peluru Mak Su telah mengena burung yang dituju, ego di sini sebenarnya bukan ego yang hakiki, ego di sini lebih kepada pendirian atau pegangan seperti kata Mak su, manakala Aku tidak semestinya Aku tetapi boleh membawa maksud sesiapa sahaja yang berakal dan berfikir atau manusia yang berakal dan berfikir.
Manusia yang berfikir akan mempertahankan pendirian masing-masing.
Ok Mak Su setakat itu dulu, kita tunggu kalau ada orang lain memprosakan yang berikutnya.... cubalah. kita sama-sama meraikan sastera budaya kita.
Terima kasih Mak Su.Wassalam

March 30, 2009 10:06 PM
Delete
Delete

7 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh,
Ego, Sombong & Degil adalah sub-famili kepada Riak. Sifat-sifat Ego, Sombong dan Degil ditunjuk secara fizikal kepada masyarakat sekeliling. Kekadang masyarakat juga tersalah anggap bilamana menganggap sifat-sifat ini semuanya keji.

Sesetengah orang yang berjaya menunjukkan Riak dengan niat baik supaya masyarakat berubah mencontohi kejayaan beliau. Contohnya seorang pemilik syarikat "multi-level marketing" sengaja menunjukkan harta kekayaannya kepada para ahli supaya mereka bermotivasi untuk mengikut jejak kejayaannya. Mereka ini golongan yang membuat pahala apabila menasihati dan memotivasi masyarakat supaya berubah maju (selagi niatnya ikhlas).

Sesetengah orang beramal ibadat untuk menunjukkan (Riak) kealimannya kepada masyarakat dengan tujuan untuk dihormati sedangkan dia telah lupa niat asalnya beribadat hanya untuk Allah s.w.t...mereka ini golongan yang dihempaskan kebumi segala amalannya walaupun telah sampai ke petala langit ke Tujuh.

Pokok pangkalnya, niat di hati hanya Tuhan yang tahu.

~wallahu a'lam~

Anonymous said...

Pepatah Melayu mengatakan:

"Riak ikan di air, sudah tahu jantan betinanya".

Riaknya ikan menunjuk-nunjuk kehebatannya atau mungkin nak memikat pasangannya. Riak gelagat manusia di darat, sukar untuk kita mengertikan niatnya. Lebih baik berprasangka baik bila menilai seseorang hanya dari luaran.

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi ali.

Prosa anda terhadap puisi ini tepat. itulah juga hajat saya menulis puisi ini, iaitu ingin menyatakan bahawa ego bukan semuanya buruk kerana kata orang tunduk bukan minta dipijak. Ego perlu ada untuk memelihara maruah dan kebenaran.

Anonymous said...

Sdr Leenoh:

Setiap orang mempunyai tafsiran dn pandangan yg berbeza mengenaai sesuatu perkara.Dan setiap orang berhak mempertahankan pendiriannya berdasarkan pandangan dan tafsiran yang bersandarkan kepada fakta-fakta yang di beri atau dilihat.Walau bagaimanapun dari mana fakta-fakta itu di dapati itu belum tentu akan kesahihnya.
Sesetengah ayat Alquraan pun diulas dengan berbagai-bagai veriasi oleh ulama' berdasarkan ilmu yang ada padanya.

Yang paling penting ialah Nawaitu terhadap sesuatu persoalan.
Allahua'lam.

Leenoh said...

Salam.
Terima kasih kerana memperjelaskan lagi mauduk ini, memang benar ada perkara yang sangat umum dan ada juga perkara yang kabur tetapi pada perkara yang tepat dan nyata benar perlulah ada ego untuk mempertahankannya.
Dalam hal ini saya tidak berani melibatkan perkara yang umum dan kabur.
Walau apapun ulasan anda bermanfaat dan dimanfaatkan.
Wallahu aklam.

Mak Su said...

hai, apa khabar? leenoh juga boleh berpuisi?

hebat

ganaz bunyinya

hanya jauhari mengenal maknikam

bagi saya apa yang dipaparkan di sini langsung tidak mencerminkan hati dan jiwa leenoh yg ego, sebaliknya mahu mengingatkan, ala-ala reverse saikologi.

leenoh sgt berpegang kepada pegangan leenoh yang diyakini betul dan seolah-olah mencabar pihak lain utk menyuarakan keperibadian mereka. begitulah nampaknya, dari pandangan saya.. yg lemah ini.

Leenoh said...

Salam Mak su.
Nampaknya peluru Mak Su telah mengena burung yang dituju, ego di sini sebenarnya bukan ego yang hakiki, ego di sini lebih kepada pendirian atau pegangan seperti kata Mak su, manakala Aku tidak semestinya Aku tetapi boleh membawa maksud sesiapa sahaja yang berakal dan berfikir atau manusia yang berakal dan berfikir.
Manusia yang berfikir akan mempertahankan pendirian masing-masing.
Ok Mak Su setakat itu dulu, kita tunggu kalau ada orang lain memprosakan yang berikutnya.... cubalah. kita sama meraikan sastera budaya kita.
Terima kasih Mak Su.Wassalam