Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai membuka laman blognya
dan dilancarkan pada hari ini.
http://www.blogtokguru.com/
____________________________________
Salam semua.
Pada hari ini Khamis ( 26.03.2009 ) setelah ahli keluarga demam , muntah-muntah dan ceret-beret sejak hari Jumaat yang lepas berpindah dari seorang ke seorang yang lain bersilih ganti maka hari ini giliran saya pula, setelah lebih 10 tahun saya tidak demam hari ini saya merasainya semula. Tenaga yang begitu kuat sebelumnya hilang begitu sahaja tanpa disedari, kiranya tenaga itu tidak dikembalikan semula tentulah amat menyedihkan kerana Allah itu sifatNya Maha Pengasih dan Penyayang maka dikembalikan semula kepada hambaNya, kesengsaraan ditimpakan hanya sebagai ujian supaya hambaNya bersyukur di atas nikmat yang diterimanya setiap saat di dalam kehidupan harian mereka.
Jika selepas sakit itu Allah kehendaki kematian berlaku terhadap diri kita maka kematianlah akhirnya tetapi saat kematian seseorang itu sebenarnya amat rahsia menjadikan penantian kita berterusan sambil membuat persediaan secukupnya tetapi sebagai manusia kita tetap lalai dan leka kerana asyik dengan godaan dunia, akhirnya persediaan menjadi kurang lengkap terpaksalah disusuli dengan bertaubat atau memohon ampun pada setiap hari agar persediaan yang tidak lengkap itu dimaafkan.
Topik berbagai peristiwa berlaku pada ketika yang sama sengaja ditetakkan tajuknya begitu kerana pada masa yang sama juga berlaku beberapa peristiwa lain yang menarik perhatian ramai di kalangan warga Malaysia seperti digambarkan secara tidak langsung melalui gambar di atas.
Pada tahun 80an saya pernah demam agak teruk juga, berlaku setelah memakan buah mangga (mempelam) yang dibawa masuk dari negara Thailand, semasa makan saya memang mengesyaki sesuatu yang tidak beres kerana rasa buah tersebut amat manis sekali, manis yang luar biasa itu bukan lagi manis asli tetapi manis buatan yang berbahaya kepada pengguna. Mungkin kawalan terhadap kemasukan buah-buahan tersebut dibuat secara kurang teliti oleh pihak yang berwajib.
Keadaan itu telah memaksa saya tidak pergi bertugas buat beberapa hari, pada hari kedua saya diziarahi oleh Pengetua sekolah , mungkin beliau berasa bimbang, bukan bimbangkan saya tetapi bimbangkan dirinya juga kerana pada keesokannya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG akan diadakan sedangkan semua persediaan terakhir saya yang sediakan, kehadirannya tidak banyak bertanya mengenai kesihatan saya kerana ketika itu saya tidak mampu bercakap banyak kerana akibat demam itu, mungkin beliau tidak mahu membuang tenaga saya maka beliau terus sahaja bertanyakan tentang mesyuarat yang akan diadakan itu.
Program seperti ini telah menjadi kebiasaan saya menyediakan pelan A dan pelan B , kerana keuzuran tersebut terpaksalah pelan B digunakan. Setelah persediaan Mesyuarat Agung siap disediakan, saya memberi taklimat khusus kepada Penolong Setiausaha dan Bendahari mengenai semua perkara yang berkaitan dengan mesyuarat tersebut, terutamanya perjalanan mesyuarat pada hari berkenaan, makanan, pendaftaran dan lain-lain.Langkah inilah yang saya anggap sebagai pelan B. Tindakan ini sangat mustahak dilakukan walaupun tiada tanda-tanda keuzuran seperti yang berlaku pada saya itu, kerana tiada siapa mengetahui takdir yang akan berlaku.Saya berasa lega dan puas kerana tindakan dan amalan yang diamalkan tidak sia-sia. Oleh itu saya hanya minta Pengtua Sekolah supaya merujuk kepada pelan B yang telah siap siaga.
Alhamdulillah , akhirnya mesyuarat berjalan lancar tanpa apa-apa kecacatan
Setelah berlaku peristiwa ini saya berasa sangat penting pelan A dan pelan B ini dirancang dengan betul dan tidak diabaikan.
Peristiwa seperti inilah yang saya maksudkan " Berbagai peristiwa berlaku pada ketika yang sama".
Sekian. Wallahu aklam. wassalam
__________________________
Apa orang lain kata:
salam...
alah ciannya...semoga cepat sembuh yea...sabar itu semua dugaan dari-NYA
March 27, 2009 10:04 AM
Salam Yanmie.
Terima kasih, sekarang dah lega sedikit, menulis sambil baring di atas katil.
March 27, 2009 10:18 AM
Assalamu'alaikum. Salam kenal dari indonesia
March 27, 2009 3:02 PM
suami sy pun diserang demam..sian saudara leenoh..moga cepat sembuh ye..nasib baik ada plan b..nk masuk blog tok gurulah..hehehe..
March 27, 2009 4:00 PM
Salam Dee,
Agaknya terlalu panas,
membaca itu menambahkan pengetahuan dan menjana keterbukaan minda,
March 27, 2009 5:35 PM
Waalaikumussalam Dhimas.
Selamat berkenalan dan berjumpa lagi.
March 27, 2009 5:39 PM
Sdr Leenoh, semoga cepat semboh.
March 28, 2009 12:52 AM
Salam Kuntong.
Masih batuk-batuk kecil, rupa-rupanya demamku memberi ruang untuk pos dua entri sambil berbaring di atas tilam bersama laptop.
Tiada apa yang dapat kubuat hanya itulah sahaja.
March 28, 2009 7:33 AM