
ALLAH.
Lafzul jalalah,
Kebesaran-Nya terserlah sudah.
Seantero dunia mencintai-Nya.
Semakin bitara masyhur-Nya.
Adakah mereka kenal hakikat-Nya.
Kerana apakah sekarang jadi riuh ?
Apakah baru mahu kenal ?
Kerana apakah sekarang baru terfikir ?
Kenapa dulu tidak menyebut -Nya ?
Betulkah milik bersama ?
Dia bukan udara di maya.
Boleh dihirup bersama.
Baik yang bersih.
baik yang cemar.
Kita telah menyebut-Nya sejak berzaman,
Malah menjadi wirid di subuh hari.
Biar pun di malam hari.
Biar pun di mana berada.
Sebutlah dengan jujur.
Tiada bagi-Nya sekutu.
Tiada bagi-Nya tandingan.
Tiada bagi-Nya bandingan.
Dia tiada beranak.
Dan tiada pula diperanakkan.
Tiada apa pun setara dengan-Nya.
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa".
Tuhan Pencipta sekalian alam.
Itulah sifat milik-Nya.
Sebutlah.
ucapkanlah,
lafazkanlah,
wiridkanlah.
tulislah.
Tetapi.
Itulah syaratnya.
Itulah hakikat-Nya.
Sekain. Wallahu aklam.