Sunday, January 3, 2010

Allahu akbar.

Salam semua.






ALL
AH.

Lafzul jalalah,
Keb
esaran-Nya terserlah sudah.
Seantero dunia mencintai-Nya.
Semakin bitara masyhur-Nya.

Adakah mereka kenal hakikat-Nya.
Kerana apakah sekarang jadi riuh ?
Apakah baru mahu kenal ?
Kerana apakah sekarang baru terfikir ?

Kenapa dulu tidak menyebut -Nya ?
Betulkah milik bersama ?
Dia bukan udara di maya.
Boleh dihirup bersama.
Baik yang bersih.
baik yang cemar.

Kita telah menyebut-Nya sejak berzaman,
Malah menjadi wirid di subuh hari.
Biar pun di malam hari.
Biar pun di mana berada.

Sebutlah dengan jujur.
Tiada bagi-Nya sekutu.
Tiada bagi-Nya tandingan.
Tiada bagi-Nya bandingan.

Dia tiada beranak.
Dan tiada pula diperanakkan.
Tiada apa pun setara dengan-Nya.
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa".
Tuhan Pencipta sekalian alam.

Itulah sifat milik-Nya.

Sebutlah.
ucapkanlah,
lafazkanlah,
wiridkanlah.
tulislah.

Tetapi.

Itulah syaratnya.
Itulah hakikat-Nya.


Sekain. Wallahu aklam.


8 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Nama-NYA letak di hati,
Bukan letak di sebutan,
Namun jika sebutan dicemari,
Akan ku jihad habis-habisan.

Leenoh said...

Salam Zaidi

Dulu tidak ingin seperti.
Kini luah hajat di hati.
Apakah baru makrifati.
Atau sekadar tidak asli.

Cikgu Ije said...

=)

hanya mampu tersenyum.
tanda terima kasih.

Leenoh said...

Salam ije.

Harap-harap bertugas di Bandar Kluang...boleh belanja Pak Ngah gaji pertama tu...mana tahu berkatnya ada di situ..he3

YB said...

Salam Leenoh

Malangnya kita
Negara katanya negara islam
Diperintah katanya pemimpin islam
Rakyat teramai orang islam
Tetapi kita dihina
Tuhan kita Allah yg satu
Kini ingin dipersenda...

Leenoh said...

Salam YB.

Tuhan itu nama umum, bila seseorang menyebut Tuhan maka membawa makna mengikut fahaman masing-masing tetapi bila menyebut Allah, Allah itu adalah nama khas dan mempunyai sifat kesempurnaan, di antaranya disebut di atas.
tidaklah berdosa bagi kita kalau orang lain menyebutnya..sekian lama tidak sebut mengapa sekarang nak digunakannya, mungkin akan membawa maksud yang lain nanti, ini sangat berbahaya kepada orang Islam yang kurang ilmu Aqidah nanti.

pecinta_Islam said...

salam cikgu..mungkin jg sy akan menulisnya secara pnjng lebar ttng isu ini..

namun secara ringkasnya sy telah menerangkan ttng isu ini pd komen n3 terbaru sy apabila seseorng(kak maiyah)bertye akan isu ini..

sy rasa sy sependapat dngn cikgu akan isu ini

leenoh said...

Salam.

Kalaulah di dlm bahasa apa pun disebut begitu sejak dahulu seperti yg kita gunakan, tidaklah janggal apa yg dituntut.

Kita pun tidak melarang tuntutan itu tetapi kita mempunyai kewajipan menjaga aqidah saudara kita yg lemah, nanti sebutan itu diselewengkan dan disyirikkan, itulah yg menjadi kebimbangan kita.

Orang kita yg tiada ilmu dan pak turut akan terdedah dgn dakyah itu nanti.