
Salam semua.
Mungkin anda ingin membaca maksud ayat al.Quran dan Hadis berikut. Ringkas tetapi sangat berkualiti dan berwawasan jauh.
Cuba fikir dan renungkan............
Firman Allah bermaksud:
" Maka bertanyalah kepada ahli ilmu, jika kamu tidak mengetahui"
Surah An.Nahl - ayat 43.
_____________________
Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:
" Bahawa sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari suatu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada engkau melakukan solat seratus rakaat".
Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:
" Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya".
Sabda Rasulullah.s.a.w.yang bermaksud:
" Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu untuk diajarkannya kepada manusia. maka ia diberikan pahala tujuh puluh orang siddiq".
(orang yang selalu benar seperti Abu Bakar Siddiq - membenarkan Nabi )
Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:
"Menunjuk kepada kebajikan, adalah seperti mengerjakannya"
Sekian. Wallahu aklam.
2 comments:
jgn berhenti mempelajari, apatah lagi ilmu Allah, dan jgn berputus asa :)
Salam Mak Su.
Allah suka orang yang tekun.
Post a Comment