Wednesday, January 20, 2010

Undang-undang hanya Pelengkap kepada Pendidikan, Pendidikan adalah Teras dan Tunjangnya.


Salam semua.

Undang-undang hanya Pelengkap kepada Pendidikan, Pendidikan adalah Teras dan Tunjang kepada kesejahteraan masyarakat.

Kesejahteraan masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana pendidikan diberi dan diterima oleh sesuatu masyarakat, sekiranya masyarakat menerima pendidikan moral atau akhlak itu tinggi tahapnya dan masyarakat pula aplikasi sifatnya, Maka masyarakat yang menjadi anai-anai yang boleh merosakkan masyarakat tidak lagi ramai dan mereka ini boleh ditangani oleh undang-undang yang disediakan. Kalau keadaan menjadi sebaliknya pelaksanaan undang-undang pun akan menjadi kurang berkesan.

Demikian juga dalam menjaga kesejahteraan penghayatan Islam dan menjaga penggunaan kalimah Allah atau kalimah tauhid ataupun kalimah syahadah, tegasnya menjaga aqidah Islam yang sedang bersemayam di hati orang Islam memerlukan pendidikan Islam itu berfungsi berterusan atau bersifat istiqamah.

Nisbah pendakwah atau guru-guru dengan masyarakat perlulah diambil kira sama ada mencukupi atau sebaliknya. Dalam hal ini pihak berkenaan hendaklah membuat kajian untuk menilai keperluan masyarakat Islam yang memerlukan ilmu tersebut. Pendidikan yang dimaksudkan ini adalah pendidikan seumur hidup.

Masyarakat hendaklah dilihat dari berbagai kelumpok, kelumpok pemimpin, kelumpok masyarakat awam, kelumpok Pusat Pengajian Tinggi, kelumpuk askar, kelumpok polis, kelumpok pelajar sekolah dan lain-lain.

Bagi pelajar sekolah mereka telah pun berada di dalam situasi terancang tetapi kelumpok yang berbaki yang disebutkan tadi mungkin ada yang terancang pendidikannya dan ada yang terabai.Kejahilan itulah yang memungkinkan berlakunya berbagai-bagai hakisan terhadap aqidah Islam, berlakunya gejala maksiat, lemahnya penghayatan Islam di dalam masyarakat, syirik dan yang paling membimbangkan ialah kejahilan itu menyebabkan berlakunya murtad di kalangan mereka.

Dalam hal murtad penggunaan undang-undang tidak memberi kebaikan yang hakiki kepada individu yang berkenaan kerana keimanan kepada Allah itu memerlukan keikhlasan ( kerana Allah ) bukan paksaan, ( mereka yang telah menganut Islam pula semestinya terikat dengan peraturan Islam sehingga akhir hayatnya dan tiada ruang untuk mempermain-mainkan aqidah Islam , wujudnya peraturan itu untuk menjaga kepentingan awam masyarakat Islam ) . Undang-undang atau peraturan diperlukan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat awam dalam aspek membendung dan amaran supaya tidak berlaku gejala buruk berulang kali.
______________________

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al.Baqarah ( ayat 256 ).

_____________________________

Orang Islam wajib memahami Islam dengan cara mempelajarinya sepanjang masa sebagai merealisasikan Pendidikan Islam seumur hidup yang digalakkan oleh ajaran Islam itu sendiri.Ilmu Allah sangat luas ruang cakupnya, cakupan ilmu Allah seluas-luasnya, luasnya lautan, daratan, langit, malah seluruh alam ini bukanlah bandingannya.

Individu Islam yang mengamalkan cara hidup Islam secara taqlid atau pak turut sebenarnya belum betul-betul mengenal Allah , mereka ini masih bergantung kepada individu Islam yang lain dalam berbagai aspek hukum Islam , individu-individu seperti ini memerlukan ilmu dan maklumat tambahan untuk mewajakan keimanan mereka dan membetulkan tasauwur mereka terhadap Islam.

Rasionalnya pelaksanaan Pendidikan Islam terhadap Masyarakat Islam Awam perlulah digembur dan digerakkan lebih aktif lagi mulai sekarang dengan mengemaskinikan kurikulum ( jika perlu ) dan menambahkan tenaga penyampainya ( guru/pendakwah) di seluruh negara sama ada melalui Kelas Dewasa atau apa sahaja strategi dan teknik yang boleh memberi kesan peningkatan ilmu Islam kepada masyarakat.

Sekadar hematku.

Sekian. Wallahu aklam.

No comments: