Wednesday, January 13, 2010

Wanita yang gigih.

Salam semua.

Kekegigihan Wak Senah sukar hendak ditandingi oleh sesetengah lelaki.

Wak Senah seorang wanita yang telah lanjut usia, keadaan susuk
bandannya sukar hendak diteka umurnya yang sebenar, orangnya kecil
menjadikan pe
rgerakannya lincah dan pantas, mungkin usianya dalam lingkungan 80an, Wak Senah tinggal berseorangan di dalam sebuah rumah yang besar dan luas, rumah itu menjadi lebih luas lagi apabila penghuninya hanya Wak Senah seorang diri.Suaminya sudah lama meninggalkannya kerana pergi menyahut panggilan Allah ke alam yang suatu hari nanti kita juga akan sampai ke sana.

Dalam pada aku berkurung di dalam rumah bersama laptop dan meninjau-ninjau ke sana ke mari sehingga ke luar negara kerana melihat aktiviti manusia di alam maya. Wak Senah berpusing ligat di kawasan rumahnya
yang dikelilingi dan dipenuhi dengan pohon-pohon durian yang tinggi
menyayup hampir setinggi menara berkembar di KL yang pernah dikerabat
naik sampai ke puncaknya o
leh seorang rakyat negara asing, di mana beliau memanjat secara tanpa izin yang tersiar gambarnya di akhbar tempatan, dikeliling pokok durian itu terdapat pula beberapa pokok rambutan, sukun, pisang, manggis, rambai,
kantan dan lain-lain. Pada waktu pagi ru
mah Wak Senah dimeriahkan oleh
suara kokok ayam, kucing mengiau dan kicauan unggas.

Di dalam dusun yang dijagai setiap hari itu sebenarnya pokok getah
taban merupakan pok
ok yang menjadi teras kebun tersebut, ianya mendahului
pokon durian yang sekali-sekala pada musim ini menggugurkan buahnya
untuk menjadi rezeki Wak senah, sanak saudara dan jiran-jirannya. Wak
Senah telah mendapat banyak pahala hasil sumbangan durian dan rambutan
serta bunga kantannya kerana Wak Senah memang faham bahawa hasil
tanaman yang dimakan ole
h burung,binatang dan manusia adalah dianggap
sedekah walaupun dima
kan tanpa izin.Walaupun agak terlewat Wak Senah
pergi menuntut ilmu di masjid yang berhampiran rumahnya, namun begitu
Wak Senah berjaya menggayakan dan menghiasi hidupnya dengan kalimah
tauhid dan makrifatullah di hujung usia emasnya.

Jadual harian Wak Senah.
Selepas solat subuh wak Senah menyiapkan dirinya dengan memakai pakaian
kerja atau lebih sesuai disebut memakai uniform hariannya. Pada awal
pagi Wak Senah berbong
kok-bongkoklah mengadap dan menoreh pokok getah taban
yang suatu ketika dahulu harga susunya melabung tinggi dan menggembirakan
orang kampung, Kini harga getah merudum balik semula. Wak Senah tidak perdulikan semuanya itu, beliau tetap gigih menoreh pokok getahnya kerana padanya
susu getah masih memp
unyai nilai ringgit walaupun tidak seperti sebelumnya.

Setelah selesai menoreh Wak
Senah membuat kerja-kerja lain yang beliau fikirkan patut mengikut keperluan sama ada menebas, membersih atau mencerahkan
kawasan. Di antara jam 10.00 -11.00 pagi Wak Senah akan mengumpulkan susu getahnya dan diletakkan di bawah rumahnya dan dibiarkan ianya beku, seminggu sekali atau dua kali pembeli akan datang membelinya. Wak Senah tidak perlu membawanya ke kedai.Sambil-sambil itu Wak Senah melayani ayam ternakannya dan kucing peliharaann
ya.

Pada waktu petang Wak Senah akan sekali lagi memakai uniformnya untuk
meneruskan kerja di kebunnya itu, pendeknya tugas Wak Senah berterusan
dan istiqamah, beliau hanya kembali masuk ke dalam rumah hanya pada
waktu makan dan solat sahaja. Walau bagaimana pun beliau juga mempunyai peruntukan masa lapang untuk bersantai berseorangan sambil menonton televisyen di ruang khas di rum
ahnya.

Kehidupan Wak Senah dalam keadaan berseorangan begini sudah berpulahan tahun,beliau mempunyai kekuatan jiwa dan jati diri, hidup berdikari sudah menjadi amalan beliau sejak sekian lama. Calang-calang lelaki pun tidak mungkin boleh
mengatasi kegigihannya.

Penulis tabik dan hormat dengan Wak Senah kerana penulis tidak mungkin berupaya
beristiqamah begitu dalam hal kerja-kerja seperti itu, dalam hal kerja dan membuat kerja harian Wak Senah patut dicontohi. agaknya itulah yang dikatakan alah bisa tegal biasa.

Catatan.
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jika sama kisahnya dengan mana-mana insan di dunia ini itu hanyalah kebetulan sahaja.


____________________

Untuk Renungan:



Maksudnya,
"Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya",
Surah al.Mudassir (38)

erkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT :


Maksudnya.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
Surah al.Baqarah (286)


Daripada Aisyah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W.bersabda: “Sesungguhnya Allah mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu kerja dia melakukannya dengan tekun”.
______________________


Wednesday, 13 January 2010

Golongan Manusia Yang Dimurkai Di Padang Mahsyar.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
________________________

BAHAGIAN INI MENJURUS ANDA KE FACEBOOK.

Lee Noh
Artikel ini diulang siar di dalam facebook ini sebagai mengingatkan gempa bumi yang berlaku di Haiti pada 13.01.2010 yang telah lalu yang melibatkan ribuan nyawa manusia terkorban termasuk 16 petugas PBB. artikel ini juga telah dimuatkan di laman Kehidupan Bersih sejak 3 bulan yang telah lalu...

_____________________

Sekian.Wallahu aklam.

6 comments:

KUNTONG said...

Walaupun cerita ini rekaan semata-mata, tetapi watak dalam cerita ini, boleh diagak siapa orangnya. lebihkurang sama dengan cerita dan wataknya.

Leenoh said...

Salam Kuntong.

Mungkin ramai lagi yang akan kata begitu, sebahagiannya betul agaknya...tetapi sebahagian lagi rekaan pengarang...pada pengarang keseluruhannya adalah rekaan..hehehe.

Penulis hanya membuat latihan mengarang saja utk membiasakan diri dgn penulisan.

Nl said...

salam buat pak ngah...

ermmmmmmm nampaknya pak ngah dah ada bakat baru pulak huhuu...


kalau tiada pengalaman masakan boleh buat cerita begitu...... betul tak.....

kalau tidak nanti tak feel, bila orang baca hmmmmmmmmmm....

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Agak-agak boleh bagi berapa markahnya ?.
Pak Ngah tulis je Naqeeb, pakai hentam je kalau salah ejaaan atau laras bahasa ke, bukannya kes jenayah....he3.

Nl said...

salam pak ngah...


ermmm nak bagi baper ...
huhuhu tak reti nak bagi markah...
sebab takpernah jadi cikgu huhuhu...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Kena ikut tingkatanlah, kalau dia dalam tingkatan 2...bolehlah bagi 96 markah...kalau tingkatan 6 bagilah 55 markah.....
Kalau dia hanya syok sendiri tak yah le....he3.