Tuesday, January 19, 2010

Benarkah kita semua kenal Allah ?

Salam semua.

Kebelakangan ini semakin terserlah perbincangan mengenai perbezaa
n fahaman terhadap Allah atau mengenal Allah di antara orang Islam dan bukan Islam, orang bukan Islam khususnya Kristian dan Yahudi mempercayai Allah itu mengikut versi mereka dan Islam pula mengikut versi Islam, sedangkan Allah itu hanya satu. Di sini saya tidak mampu hendak menghuraikan cara Kristian atau Yahudi mempercayai tuhan tetapi saya ingin menjelaskan secara ringkas orang Islam mempercayai Allah atau konsep tuhan oleh orang Islam.Inilah kepercayaan yang benar , walau apapun kepercayaan ini bukan secara paksa kerana kepercayaan yang dipaksa itu tidak sah dan tidak dikira oleh Allah, penjelasan ini diperkukuhkan dengan dalil-dalil ayat-ayat al.Quran yang diperturunkan dan dipaparkan di skrin ini secara terjemahan atau maksudnya , dua surah berupa bacaan dan dua berupa salinan ayatnya sahaja.

Allah itu Tuhan bagi sekalian alam ini, Dialah yang
mencipta segala makhluk ini.Allah itu Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Tidak Sama seperti Makhluk, Tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Sekiranya Allah itu ada anak, menjadi bapa dan memiliki lain-lain sifat seperti makhluk, maka keadaan itu menunjukkan Dia lemah, sifat lemah tidak layak dimiliki tuhan, oleh itu fahaman seperti itu adalah salah ( itu buk
an Allah ) dan di dalam istilah Islam dikatakan syirik iaitu menggambarkan bahawa Allah itu sama seperti makhluk.Pada hal Allah itu sifat-Nya tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.

Tuhan hanya satu, Tuhan itu esa, Tuhan itu Maha Berkuasa tidak memerlukan pertolongan sesiapa atau apap-apa, itulah Tuhan yang sebenarnya, itulah
Allah yang layak disembah oleh manusia selain daripada itu bukan Tuhan atau bukan Allah dan tidak layak dipanggil Allah, walau apa pun kepercayaan ini tiada paksaan seperti disebutkan di atas tetapi balasan mensyirikkan Allah itu akan diterima di akhirat nanti.Kepercayaan bahawa Allah itu Maha Esa dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan adalah dituntut ke atas setiap individu yang sempurna akal .

Allah itu sebenarnya seperti yang diterangkan di dalam al.Quran.


___________________

01. Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

_________________

112. Al-Ikhlas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

_________

[255] - Ayatul Kursi (The Throne Verse)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yan
g Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

[256]
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

02. Surah al.Baqarah .
_________________

[91]
Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

[92]
(Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.

23. Surah al.Mu'minun.

________________________

006. AL AN'AAM

[1]
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.
[2]
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
[3]
Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.
[4]
Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[5]
Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
[6]
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
[7]
Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata”.
[8]
Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? ” padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).
[9]
Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
[10]
Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
[11]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”
[12]
Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya”. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
[13]
Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


( Ayat 1 - 13)
_________________

03. Surah Ali.Imran .

[18]
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[19].
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
( Ayat 18-19 )
_________________


Banyak lagi ayat-ayat al.Quran yang menjelaskan tentang konsep Tuhan ( Allah ). Fikir dan renungilah moga-moga kita akan mendapat kesejahteraan yang hakiki.


Sekian. Wallahu aklam.



No comments: