Tuesday, January 26, 2010

Hanya memaparkan kemeriahan facebook.


Salam semua.

Pada pagi ini saya sengaja memaparkan kemeriahan di laman Facebook yang saya ceburi, Puisi yang disiarkan memang telah berulang tetapi diperkayakan dan dimeriahkan oleh kekawan sebagai tambahan, itulah sahaja perbezaan berbanding dengan puisi yang telah lalu......paparan ini cuma untuk syok sendiri...he3.

_____________________

Gua Hirak tempat permulaan.

Gua Hirak tempat permulaan.
17 Ramadan tarikh kenangan.
Wahyu turun Nabi berseorangan.
Iqrak ayat surah permulaan.

Firman Allah hapus kejahilan.
Menyembah berhala bukan amalan.
Ilmu iman mula diterapkan.
Ajar manusia jalan kesejahteraan.

Kejadian manusia mula diterangkan.
Sains dan aqidah disepadukan.
Agar manusia sempurna insan.
Kenal diri, kenallah Tuhan.

Gua Hirak tempat dikenali.
Di Jabal Nur letaknya diri.
Tidak jauh tetapi sunyi.
Pilihan Nabi bersunyi diri.

Dari Mekah ke gua Hirak,
Berulang alik mengabdikan diri.
Bukan mudah menjadi warak.
Hajat di hati membela watani.

Itulah hajat sebelum wahi.
Wahi diterima membuka minda.
Minda mengandungi ajaran samawi.
Ajaran ma'rifat membersih minda.

Khadijah bukan sekadar nama.
Nama agung disebut kini.
Isteri Nabi penerima pertama.
Memberi sokongan agar diyakini.

Waraqah penyembuh getaran jiwa.
Pembaca kitab masyhur dahulu.
Gua Hirak empunya peristiwa.
Dihuraikan maksud tanpa malu.

Lega sudah rasa di hati.
Jibril rupanya gerangan peribadi.
Pembawa wahyu utusan Ilahi.
Kepada Muhammad penghulu Nabi.

Dakwah Islam mula disebarkan.
Mekah menjadi negeri permulaan.
Sungguh hebat menerima cabaran.
Nabi tetap tokoh pahlawan.

Pahlawan Jahiliyah hati ditawan.
Islam disebar semakinlah senang.
Akhirnya tersebar ke luar sempadan.
Tiada siapa berani melarang.


Sekian. Wassalam.

_________________

Ahmad Husni Ahmad Basri
Ahmad Husni Ahmad Basri
Tajuk: Lidah Lawan Dok Jelan

Selepas Hudaibiyah Mekah ditawan
Pahlawan Jahiliyah kalah tak melawan
Dah Islam masuk ikut empat sempadan.
Nak kata apa, nak lari dah tak dan

Lawan dulu kini konon dah dianggap kawan
Bersama-sama meluas sempadan
Mata terbeliak nak jadi hartawan
Bukan semua syahid menjadi idaman

Meluas sempadan musuh dilawan
Wafatnya Nabi baru nampak tak ketahuan
Rupa nya jawatan dan harta menjadi idaman
Selepas Nabi,kuasa menjadi rebutan

Maka mula lah menghimpun kawan
Buat kroni dan jatuhkan kenkawan
Damsyik pusat para hartawan
Bermula penentangan menjatuhkan Khalifah pilihan

Berpecah lah Islam sampai la dok berlawan
Sunni, Syiah, Wahabi.. lidah lawan dok jelan
Bab politik pun modal berlawan
Bilakah Islam akan kembali menjadi tauladan?

...Ahmad Al Qadah

_________________

Lee Noh
Lee Noh
...

Bab politik modal berlawan.
Bilakah Islam kembali menjadi teladan.
Insya Allah kalau kehendak Tuhan.
Sampai masanya akan menjadi kenyataan.

Kenalah usaha sejak dari awal.
Mendidik anak, termasuk pegawai.
Akhlak masyarakat perlu dikawal.
Pengaruh luar jangan diabai.

Istiqamah pada niat dan usaha.
jangan terpengaruh dengan harta.
Kekalkan fokus dan hala.
Sikap demikian ada maknanya.

Globalkan pandangan Islam kita.
Islam itu memang untuk semua.
Kerana al.Quran untuk manusia.
Bukan hanya untuk sesuatu bangsa.

Dari pemimpin sehingga rakyat.
Dari KL sampailah ke Kampung Baling.
semuanya ambil berat dan terlibat.
Sikap itu sangatlah penting.

Kalau mahu Islam dicontohi.
Hakikat perlulah diakui.
Jangan hentam kromo ikut hati.
Itu bukan perjuangan sejati.

....wallahu aklam
____________________

Ahmad Husni Ahmad Basri
Ahmad Husni Ahmad Basri
Tajuk: Kita Nak Pi Mana?

Harta menjadi bekalan dunia
Tanpa harta silap-silap merana
Tapi jangan silap wacana.
Dunia tak boleh dibawa ke sana

Pemimpin ada di mana-mana
Ibu bapa, imam, ahli politik semua kena
Mendidik memang amat berguna
Bab paksa, jangan pula salah guna

Rela hati dan rela paksa ada makna
Tapi jangan kasar tak semena-mena
Nak harap semua orang jadi berguna
Macam tunggu tumbuh, tanam buah kana

Oleh itu, politik tu apa makna?
Nabi ajar kita kah cara pilih maulana?
Demokrasi itu mai dari mana?
Nak pi Mekah, tapi sesat pi Pekan Cina...!?

....Ahmad Al Qadah

______________________

Fairuz Basri Akil
Fairuz Basri Akil
hehehe huhuhu..

____________________

Lee Noh
Lee Noh
...
Demokrasi itu mai dari mana?
Nak pi Mekah, tapi sesat pi Pekan Cina...!?
Semua tau mai dari sana.
Tak layan takut lagi merana.

La ni semua serba tak kena.
Pulut rasa semacam padi huma.
Dah sampai masa berwacana.
Islam kena kita utama.

Bukankah Islam untuk semua.
Quran untuk semua manusia.
Bukan hanya khas sesuatu bangsa.
Faham betul-betul jangan dok lena.

Ini bukan bergurau dan lawak.
Cakap surau, cakap masjid.
Bukan acah atau tempelak.
Ini adalah tafsir muktamad.

Janji syahadah telah dipasakkan.
Sejak kecil sesudah dilahirkan.
Bolehkah lalai atau abaikan.
Suruhan Tuhan, perintah Tuhan.

Globalkan fikrah, globalkan Islam.
Perelokkan akhlak, perelokkan masyarakat.
Guna maya, guna kalam.
Kena ramai sama-sama terlibat.

Dari pemimpin sampailah rakyat.
Dari KL sampailah Kg. Baling.
Semua orang kena ambil berat.
Mauduk ini sangat penting.

Apa pun cadangan diutarakan.
Nawaitu kenalah jujur dan ikhlas.
Lillahi Taala jua jadi ikatan.
Barulah perjuangan tidak jadi hampas.

____________________

Bahar Osman
Bahar Osman
Hidup Pasti ada Permulaan dan ada juga akhirannya, tpi bagaimana nak mula dan berakhiran suatu kehidupan itu bergantung kepada pegangannya..

_________________


Ahmad Husni Ahmad Basri
Ahmad Husni Ahmad Basri
Demokrasi mai dari Dewan Senat Greeks di Athens.. bukan dari China.. Kemudian menjadi pegangan Roman Senate di Rom dan diguna pakai sebagai garis panduan pemerintahan di zaman Raja Constantine Julius Caesar yang mengasaskan KRISTIAN ROMAN KATHOLIK.

Selagi Islam meletak paksi wacana pada wadah politik demokrasi.. selagi itu lah kecelaruan tak dapat diselesai. Bagaimana cara mengajar kita memilih Maulana?? Persoalan serius.. bukan gurauan.

Ahmad Husni Ahmad Basri
Ahmad Husni Ahmad Basri
Apa panduan Sunnah Rasul dalam bab pemerintahan... kena dalami, selami, kaji dan lihat kesan langsung dan sebalik nya... Sistem yang tempang kalau terus diguna pakai maka tempang terus.. alignment lari, sampai bila pun tetap tak akan jadi lurus kalau tak perbetul alignment.

Islam memang untuk semuya manusia.. Tetapi Allah swt memberikan sesuatu wilayah kepada sesuatu bangsa dengan hikmah nya.. Arab di Semenanjung Arab, Melayu di Tanah Melayu.. Di dalam menegakkan Kalimatullah yang 'Ulya, jangan terlalu membelakangkan kepentingan bangsa kerana itu penting buat kita dari pelbagai segi atas hikmah Allah swt jua.. Tetapi bangsa tetap tak akan mengatasi kepentingan agama Islam, itu pasti.. Namun perjuangan bangsa bukan lah Assobiyah hakiki atau perkauman mutlak.. Ianya hanya lah memelihara kepentingan hak milik kita sahaja, orang-orang Melayu. Perkara ini memerlukan pemahaman yang teliti. Perjuangan UMNO pun bukan lah 100% Assobiyah Melayu dan perjuangan PAS pun bukan lah 100% perjuangan Islam tulen... Islam tak mengenal parti... dan politik demokrasi sekarang bukan lah warisan yang datang dari pemerintahan Rasulullah s.a.w. mahu pun Khulafak Ar Rashidin.

________________________

Lee Noh
Lee Noh ...

Demokrasi memang mai dari sana.
Bukan dari negeri China.
Kerana di sana tamadunnya tua.

Ramai yang ikut dan guna.

Itulah senario yang ada.
Buruk atau baik itulah sahaja.
Memerlukan anjakan dan usaha.
Supaya dekat dengan Allah Taala.

Kalau sudah ada kuasa.
Baik dibuang dan ditinggalkan sahaja.
Keadaan kini tidak upaya.
Tiada rotan akar pun berguna.

Memang benar penjelasan anakanda.
Mengenai situasi sedia ada.
UMNO. PAS bukan tajuk bicara.
Penghayatan Islam teras utama.

UMNO,PAS pertunjuk perbezaan fikrah.
Perjuangan berbeza, pengisian pun berbeza.
Rakyat perlu ubah langkah.
Supaya kita sama bicara.

PAS.UMNO bukan matlamat.
Itu hanya wadah semangat.
Penghayatan Islam adalah hajat.
Itulah wawasan itulah matlamat.

Pendidikan Islam penyatu bicara.
Barulah kefahaman menjadi bitara.
UMNO,PAS duduk semeja.
Memakmurkan Islam bersama-sama.

Kasihkan bangsa umpama kasihkan keluarga.
Aqidah dan agama.sama-sama dijaga.
Harta pusaka dibahagikan saksama.
sekadar sedekah kepada musafir kelana.

Bumi Allah hak bersama.
Hak milik tetap berbeda.
Hak adik. adik yang punya.
Hak Melayu. Melayulah yang punya.

Pendekatan waqia' kita guna.
Bangsa asal tidak teraniaya.
Islam memang menjaga semua.
Keadilan sejagat paling utama.

Sekadar pandangan minda lama.
Ada salah dan tidak berguna.
Jangan ambil semua wacana.
Hanya pilih yang berguna.

Sekian. Wallahu aklam.

2 comments:

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Wow! Alhamdulillah, puisi-puisi kalian sarat dengan pengajaran. Tentu jadi panduan berguna. Terima kasih di atas segala peringatan.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Bila duduk saja minda mula berangan,tangan pun terus ketuk papan kekunci buatlah karangan...he3