Saturday, January 2, 2010

Tanggungjawab terhadap keluarga.

Salam semua.

BURUNG HELANG.


Apakah keistimewaan burung ini ?

Burung helang adalah sejenis burung yang mempamerkan penampilan bengis dan cergas, ditakuti oleh unggas yang lain, termasuk ayam dan itik. Itu adalah penilaian masyarakat lain terhadap diri bur ung tersebut seperti manusia melihat dan menilai harimau dan singa itu garang dan jahat. Adakah pakatan kumpulan harimau menumbangkan seorang kerbau untuk dijadikan hidangan diri dan anak-anak mereka dianggap sebagai jahat. Bagaimana penilaian terhadap manusia yang menyembelih kerbau untuk dijadikan kenduri atau lain-lain. Adakah penilaian kita terha dap harimau tadi suatu penilaian yang adil. Tentulah tidak adil kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Sebenarnya harimau dan manusia tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas perbuatan mereka itu


Burung helang ini sangat setia dan bertanggungjawab terhadap pasangan dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. sebaik sahaja burung helang betina bertelur, helang betina akan berada di sarangnya sepanjang masa sehinggalah telur tersebut menetas dan anak-anak membesar serta mampu terbang bersama mereka mencari rezeki. Makanan helang betina akan disara sepenuhnya oleh helang jantan pasangannya. Bukan sahaja makan dan minum dijagainya malah keselamatan juga diambil berat. Helang jantan terbang mencari makanan dalam jarak yang ia boleh mendengar suara helang betina sekiranya helang betina menghadapi masalah suara panggilan helang betina akan dapat didengarinya dan segera kembali memberi pertolongan.

Apabila telur telah menetas bermakna helang jantan terpaksa mencari rezeki lebih banyak selain untuk mereka berdua kerana rezeki itu terpaksa dikongsi bersama anak-anak selama mereka belum mampu mencari makan sendiri . Tugas ini berterusan sehinggalah anak-anak mereka membesar dan pandai mencari rezeki mereka sendiri atau berdikari.

Nah. Cuba lihat dan fikirkan. Bukankah ini suatu contoh teladan kepada manusia atau sindiran kepada manusia yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan anak isteri hidup melarat tanpa sara hidup dan pendidikan yang sewajarnya.

Lebih parah lagi , apabila terdapat segelintir manusia berjiwa lebih buruk dari haiwan, ada yang membuang anak di merata-rata tempat seperti di dalam tong sampah, sungai, tandas, di tangga surau, masjid dan seumpamanya,
wallahu aklam.

Sekian. Wassalam.

No comments: