Friday, January 29, 2010

Syabas - Masjid Taman Kasih.

Salam semua.

Pada hari ini saya sekali lagi berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kasih, Kampung Baru. Kluang, selepas saya menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid, beriktikaf sambil berwirid dan membaca be
berapa ayat al.Quran ,

ayat al.Quran. Kemudian saya terpaksa berhenti sebentar kerana memberi laluan kepada pengumuman. Pihak masjid mengambil kesempatan membuat satu pengumuman penting untuk ahli qariah iaitu katanya Koperasi Masjid akan membuka pasar (suq) untuk memberi peluang kepada ahli koperasi menjalankan perniagaan di perkarangan masjid mulai 6hb. Februari. 2010 jam 7.00 - 11.00 pagi. ( Setiap hari Sabtu sahaja ).

Peluang ini hanya terbuka kepada ahli koperasi sahaja. Mereka yang belum menjadi ahli koperasi dan ingin men
dapatkan tapak perniagaan mereka juga boleh mendapatkannya dengan syarat menjadi ahli koperasi terlebih dahulu dengan membayar sebanyak Rm100.00 untuk menjadi ahli dan RM10.00 pendaftaran dan RM4.00 untuk sewa tapak perniagaan ( Maklumat yang pasti dan tepat sila rujuk kepada pihak berkenaan ).

Apa pun secara peribadi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Masjid, AJK Koperasi dan seluruh ahli jamaah Masjid
Taman Kasih kerana anda telah berjaya memperkayakan ibadat umum di kalangan ahli Jamaah anda. Tindakan proaktif masyarakat anda didoakan agar mendapat kejayaan dan diberkati Allah.Insya Allah projek ini akan menjadi contoh dan teladan kepada masjid-masjid yang lain yang lokasinya mengizinkan.
______________________________

[9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

[10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

[11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

(Surah al.Jumu'ah)


__________________________________

Catatan.
Penjagaan dan kawalan kebersihan sekitar hendaklah diuruskan secara istiqamah supaya tidak meninggalkan cacat cela kepada kebersihan masjid.

Sekian.Wallahu aklam.

4 comments:

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

balik kampung ker?

Unknown said...

mereka yang dipertanggungjawabkan meriahkan masjid/surau harus diberi kepujian....

Leenoh said...

Salam Hani.

Balik kampung jugalah tapi kampung orang lain.
Kampung Pak Ngah sebelah utara, dah lama tak balik , teringat nak makan gulai daging campur rias ( umbut ) pisang .
Insya Allah Raya China nanti balik kot.

Leenoh said...

Salam Izan.

Disebut di dalam al.Quran hanya orang-orang yang beriman yang memakmurkan masjid.