Wednesday, January 13, 2010

Aqidah Islam bandingannya umpama roh dengan badan.

Salam semua.
Aqidah Islam bandingannya umpama roh dengan badan.

Aqidah Islam bagi setiap individu Islam bandingannya umpama roh dengan badan (jasmani) , Ja
smani tanpa roh ianya akan rosak dan reput dan lama kelamaan akan sebati dan sekata dengan tanah atau tegasnya menjadi tanah. Demikianlah rapuhnya Islam tanpa memahami aqidah, kekuatan Islam seseorang individu bukan terletak pada lantang dan petahnya dia bercakap serta garangnya dia bertindak atas nama Islam tetapi kekuatan Islam terletak pada aqidah dan iman di dalam hatinya kepada Allah tanpa kefahaman terhadap aqidah maka tiadalah imannya, malah terdedah pula kepada kesyirikan dan kekufurannya kepada Allah. Maka di sinilah rosak dan reputnya Islam di dalam diri seseorang.

Aqidah yang dimaksudkan itu ialah kepercayaan yang betul dan benar kepada Allah seperti yang dijelaskan di dalam surah al.Ikhlas, ayat 255/256 surah al.Baqarah dan banyak lagi ayat yang disebutkan di dalam al.Quran mengenai perkara tersebut dan juga di dalam al.Hadis. Pendeknya dalam hal ini tempat rujuknya ialah al.Quran dan al.Hadis serta Ilmu Pendidikan Islam yang tersemat di dada bukannya akal sahaja dan lebih malang lagi kalau merujuk kepada emosi dan adat resam semata-mata .

Kekuatan Islam di dalam diri seseorang juga merujuk kepada ketinggian amalan sehariannya terhadap cara hidup Islam.Sekiranya cara hidup Islam tidak menjadi pilihan ianya akan menjadi umpama pejuang Islam yang mati syahid tetapi kematiannya di medan perang tidak dikira syahid kerana perjuangannya hanya untuk mendapatkan harta rampasan, di sisi masyarakat kematiannya sebagai pejuang dan dilayan seperti syahid yang sebenar-benarnya syahid tetapi di sisi Allah tidak akan dinilai dan dilayan demikian.Sebaliknya kematiannya itu tidak termasuk di dalam golongan syuhadak.

Demikianlah juga kedudukan aqidah bagi diri individu kerana seseorang yang tidak faham aqidah itu sentiasa sahaja terdedah dengan kesyirikan dan kekufuran. Jika telah benar-benar berlaku syirik dan kafir sekali pun di mata masyarakat mereka itu adalah Islam dan akan dinilai dan dilayan seperti orang Islam tetapi di sisi Allah akan dinilai dan dilayan sebagai seorang yang syirik dan kafir. ( mohon barang dijauhkan Allah dari berlaku demikian ).

Atas prinsip dan dasar tersebut maka sangat wajar setiap orang Islam mempelajari ilmu aqidah atau tauhid sehingga faham dan meresap ke dalam jiwa sebagai benteng pertahanan Islam khasnya kalimah syahadah, mereka yang seperti inilah yang akan mempertahankan kalimah Allah atau kalimah syahadah secara yang dikehendaki oleh Islam iaitu suatu tindakan yang betul dan benar.

Sekian.Wallahu aklam.


6 comments:

Mak Su said...

uncle, ini bagai kesinambungan pula, hihihi, inspirational... memberikan semangat :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Entri minggu ini dok pimai pimai tang tu juga,
Rasa macam orang tak baca pun. jadi tulis lagi dan lagi hehehe.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Kalau aqidah umat Islam zaman ini dah kuat, kita tak perlu risau dengan dakyah kristian. nak guna kalimah Allah pun tak mengapa. Tapi bila lihat waqi' (keadaan setempat) yang dipenuhi dengan hiburan, kelalaian, iman senipis kulit bawang, wajarkah kita membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah untuk memperihalkan Tuhan mereka dalam bahawa melayu? nampak sangat niat mereka nak memurtadkan Melayu...Mudah2an Allah pelihara iman kita dan keluarga kita..

Leenoh said...

Salam Hani.

Hani berada di tempat yang kekadang boleh memberi pandangan dan membuat keputusan, gunakan peluang itu sebaik mungkin utk kebaikan umat Islam.

Pak Ngah sebenarnya risau dengan hal tersebut sbb itulah entri Pak Ngah sering berkisar dan mencakupi hal-hal berkenaan . walaupun nilai pengisiannya sangat rendah utk di ketengahkan, cuma berharap mereka yang masih lemah dlm hal tersebut boleh memanfaatkannya.

Pak Ngah tidak rasa malu utk menulis bila merujuk kepada Hadis Nabi " Ballighu 'anni walau aayah"

Mungkin selepas ini JAIS boleh memperbanyakkan tauliah dan diberikan kepada mereka yang berkelayakan berdasarkan garis panduannya.

kita juga perlu menggunakan serampang banyak mata utk menangani masalah ini.

Wallahu aklam.

Nl said...

salam pak ngah...

biasanya kalau saya baca blog pak ngah... saya ulang 2/3 kali dan kadang tak dapat beri komen maklum ajer ilmu saya tak tinggi mana....... huhuhuu

kalau saya blur saya rujuk tempat lain pula..... yer laaa pak ngah bila dah masuk bab makrifat, syariaat dan sebagainya saya kena juga rujuk balik pada ayat2 alquran huhu.........

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Begitulah keadaannya, semua manusia ada kekurangan dan kelebihannya, kita hanya lengkap melengkapi di antara satu sama lain.
Semua pelajaran mengenai Islam merujuk kpd al,Quran dan al.Hadis. kita yang membuat pembahagian kpd Fekah,Tauhid,Usul Fekah dll.itu dibuat utk menyenangkan orang awam mempelajarinya...wallahu aklam.