Tuesday, March 22, 2011

Ujian Allah.(puisi)

Salam semua.

Allah masih menguji kita.
di mana pun kita berada.
biar di kampung atau di kota.
penganjur wadah keliru bersuka ria.
adakah kita juga bersama mereka.
Bukankah kita sama-sama keliru dan buta.
mengapakah ungkapan kita seumpama berlaku di depan mata.
Bagaimanakah kalau rekaan semata.
carilah akarnya di mana bermula.
jangan melihat pada pucuk kerana mungkin akarnya tiada di bumi yang nyata.
Mungkin kelihatan persis pokok tetapi replika semata.
Hanya Allah yang mengetahui duduknya perkara.
simpan sahaja di dalam peti, jangan diuji di maya pada.
Bersihkan udara, amankan persekitarannya.
CINTALAH DIRI SENDIRI. CINTALAH NEGARA DAN CINTAILAH GENERASI MUDA.

2 comments:

Hunny said...

Kenapa ni Pak Ngah? Macam susah hati jer?? Hope Pak Ngah ok..:)

Leenoh said...

Pak Ngah ok saja...tapi persekitarannya agak tidak menyenangkan dari segi pendidikan ummah...merisaukan...tidak mengapa masih boleh senyum...hehe