Thursday, March 10, 2011

Kursus Haji dan bayarannya.

Salam semua.

Kursus Haji dan bayarannya.

Di beberapa masjid atau surau telah pun memulakan Kusus Haji untuk kemudahan masyarakat Islam yang memerlukannya. Di Selangor biasanya dijalankan pada hari Sabtu/Ahad kerana hari tersebut adalah hari cuti umum, ketika saya berada di Kedah dahulu kursus ini diadakan pada hari Jumaat/Sabtu kerana di sana pula bercuti pada hari berkenaan. Di Masjid Negeri Shah Alam ( Masjid Salahuddin
Abdul Aziz Shah) telah pun mengadakannya sejak dua Ahad yang telah lalu,( kalau tidak silap telahan saya ).

Pada Ahad lepas saya telah pergi meninjau ke sana didapati kursus tersebut sedang dijalankan, para peserta dikenakan RM100.00 untuk seorang, Kursus dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji, mengikut maklumat yang saya dapati pada hari akhir nanti Tabung Haji akan memberi satu set pakain ihram untuk peserta lelaki dan telekung untuk perserta wanita.

Saya kurang bersetuju dengan pendekatan demikian, menetapkan pendaftaran RM100.00 dan memberi sesuatu kemudiannya menjadikan para peserta terperangkap dengan penetapan yang terkadangnya tidak sesuai bagi sesetengah peserta, mungkin barangan yang diberikan itu tidak sesuai ( pemberian itu sebenarnya jualan secara tidak langsung ) kerana berkemungkinan mereka telah memilikinya.Selain dari itu mereka yang kurang berkemampuan terpaksa membayar RM200.00 untuk pasangan mereka, mungkin kaedah di bawah ini lebih menjimatkan dan boleh menolong mereka yang kurang berkemampuan.

Cadangan kepada masjid/surau.
Merujuk kepada pengalaman yang telah lalu, Sebagai contoh; di Masjid Bkt Matang Gedung dan Masjid Al.Majidi. Sg.Layar Hujung. Sungai Petani, Kedah telah berpengalaman beberapa tahun dalam melaksanakan kursus ini sehingga kini masih beroperasi. Peserta kursus tidak dikenakan sebarang bayaran ( kursus adalah percuma). Penceramah dibayar oleh pihak masjid, kursus biasanya diadakan sebanyak 12 seri. Tabung Derma khas untuk kursus akan diedarkan semasa kursus sedang dijalankan, dengan cara ini dapat menolong mereka yang kurang berkemampuan kerana mereka yang berkemampuan menyedari derma untuk majlis ilmu besar ganjarannya, maka mereka akan menderma dengan kadar yang banyak. Penceramah, Tabung Haji atau sesiapa sahaja diberi peluang membuka gerai jualan barangan keperluan haji pada hari tersebut dengan syarat mereka menghulurkan sedikit derma kepada tabung program tersebut. Bukan sahaja kursus itu percuma, malah penganjur mampu menyediakan makan-minum/ kudapan pada masa rehat secara percuma kepada peserta dan penceramah.

Untuk menggalakkan ramai penyertaan AJK masjid/surau membuat iklan dengan berbagai cara dan kaedah.
Setiap tahun pihak masjid masih mempunyai wang baki setelah membuat pembayaran kepada pihak penceramah dan mampu membuat jamuan secara besar-besaran kepada para peserta dan penceramah pada hari penutup kursus serta mampu menumbangkan seekor lembu atau kerbau untuk menjayakan jamuan tersebut. Semua perbelanjaan berkenaan dari wang derma Kursus Haji dan juga sumbangan khas untuk majlis ilmu tersebut.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

hanidarkhairani said...

Satu cadangan yg amat baik.Saya setuju sangat2. Mudah2an ada yang ambil perhatian or mengapa tidak dihantar sahaja cadangan ini terus ke Pentadbiran Masjid Shah Alam, sk ke JAIS dan Tabung Haji.
Wallahualam.

Leenoh said...

Agaknya saya seorang yang kurang proaktif, cuma rajinnya sekadar menulis di laman Kehidupan Bersih ini sahaja.

Saya ingin menambah sedikit lagi pada masa saya terlibat dengan program tersebut saya adalah salah seorang daripada tiga juru kira duit derma tersebut, setiap siri ceramah diadakan derma yang terkumpul tidak kurang daripada RM2000.00.

Terima kasih kerana anda membacanya.