Thursday, March 24, 2011

Sunat ingatkan mati.(puisi)

Salam semua.

Khamis sudah siap berdiri.
Jumaat pula akan diganti.
Begitulah hari besilih ganti.
Istiqamahnya pekerjaan nadi dan hari.

Manusia melihat semuanya ini.
Ada yang disimpan di dalam hati.
Merenung hidup yang abadi.
Merujuk kepada kitab suci.

Mengetahui diri akan mati.
Sama ada suka atau tidak sudi.
Gerak nadi pasti akan berhenti.
kubur tetap setia menanti.

Memang sunat mengingatkan mati.
Supaya manusia sedarkan diri.
Kapal yang ditumpangi akan dibocori.
Biar pun buatannya besi keluli.

Setiap yang bernyawa akan mati.
Janganlah tertipu keindahan duniawi.
Kerana di sana akan diteliti.
Segala amal dan juga bakti.

Penulis juga mengingatkan diri.
Agar tidak terlanjur nanti.
Sama ada bidang kehidupan awami.
Atau politik perintah negeri.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Ustaz,

Masuk istana kerana diundang
hati berbunga siap selendang
biar kukuh pangkat disandang
mati tetap akan bertandang

cerita dicipta berbagai cara
bagi mengukuh kekuatan duniawi
dunia ini hanya sementara
bersamalah kita ingat-mengingati

Leenoh said...

Waalaikumussalam KakZakie.

Dunia ini hanya sementara.
Bersamalah kita mengikut sabda.
Biar bertapak di bumi yang nyata.
Supaya jelas duduknya perkara.

Kalau gula jangan dikatakan garam.
Nanti semua orang naik geram.
Jangan jadikan kehidupan berbagai ragam.
Nanti negara busuk masam.