Penulisan kali ini ingin beralih pula kepada kisah lama yang masih di dalam ingatan dan kenangan, ingatan dan nostalgia semasa bertugas sebagai guru sekolah dahulu, ketika itu saya ditugaskan sebagai Guru Penasihat Silat Seni Gayung , nampaknya tugas ini lama juga melekat di atas bahu saya, sebelum saya bertugas di sekolah terakhir iaitu sebelum bersara, saya memegang jawatan itu selama lebih sepuluh tahun dan tugas sebenar di sekolah tersebut adalah selama lima belas tahun, kemudian barulah berpindah ke sekolah terakhir, di sekolah ini saya bertugas sebagai Guru Penasihat selama tidak kurang sepuluh tahun juga.Jawatan ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa keistimewaan pun, jika tidak berminat maka tersiksalah dia di situ. Nasib baik tertanam juga minat di jiwa saya.
Setengah para pelajar menyangka saya adalah individu yang pakar dalam bidang tersebut, maka mudahlah bagi saya menjalankan tugas Guru Disiplin bersama kekawan yang lain. Tanggapan mereka itu kerana melihat kepada penglibatan saya agaknya, maklumlah setiap hari sukan saya akan tercegat bersama pasukan silat yang sedang membuat pertunjukan dan kekadang menjadi hakim pertandingan atau mengurus pertandingan, Saya tercegat di situ bukan menunjuk ajar apa-apa pun. cuma hendak memastikan aksi mereka tidak berlebihan kerana saya sangat takut dan bimbang akan berlaku kemalangan, jika berlaku kejadian tersebut ketika para peserta sedang membuat pertunjukan,sudah pasti menyusahkan ramai pihak, kalau diikutkan kehendak mereka, mereka memang meminta untuk melakukan aksi yang lebih hebat dan berbahaya lagi. Demontrasi biasanya diadakan dalam tempoh 15 - 20 minit sahaja, selama itulah juga degupan nadi dan jantung saya akan lebih laju dari biasa, bimbang dan memang sangat bimbang akan keselamatan mereka, maklumlah mereka pelajar sekolah, semua tanggungjawab masih terpikul di atas bahu guru, khasnya guru yang berkenaan.
Semasa pertandingan di Peringkat Daerah aksi mereka lagi menggerunkan dan kelihatan terserlah keperwiraan mereka, berbalik kepada kemahiran saya sendiri sebenarnya tidak seperti dianggap , saya hanya menguasai asasnya sahaja itu pun ketika di Maktap Perguruan, ilmu itu bertambah kerana kebetulan setiap minggu saya akan berada di gelanggang bersama para pelajar melihat dan memantau mereka menjalankan latihan.
Sebenarnya saya bukanlah hendak menceritakan sangat mengenai diri saya, cerita ini sekadar hendak menjadikan mukadimah kepada paparan aksi-aksi di bawah ini sahaja.
Cikgu Suhaimi Ayub ( di dalam gambar ).
Beliau berpindah ke sekolah lain. kemudian barulah saya ambil alih.
Terbang macam burung.
Sebahagian dari Pertunjukan Hari Sukan Sekolah.
Beliau berpindah ke sekolah lain. kemudian barulah saya ambil alih.
Belakang sekali ketiga dari kanan Pak Cik Din dan sebelahnya Pak Long Ghani.Jurulatih tetap.Lawan, lawan, jangan tak lawan.
Mohd.Noor terbang di atas, Rahimie menunggu di bawah.
Mohd.Noor terbang di atas, Rahimie menunggu di bawah.
Terbang macam burung.
Sebahagian dari Pertunjukan Hari Sukan Sekolah.
Latihan mingguan.
Pertandingan Silat Seni
_______________
AKAL YANG SIHAT BERADA PADA BADAN YANG SIHAT.
_____________________________
Sekian. Wassalam.
_______________
AKAL YANG SIHAT BERADA PADA BADAN YANG SIHAT.
_____________________________
Sekian. Wassalam.
8 comments:
salam pak Ngah,
Wah!!! hebatnya! Penasihat silat.. kalau budak2 tak nak dengar, bukak langkah laa.. saya ni, penasihat undang-undang, harap nasihat jer.. kalau diorang tak nak dengar, tak leh wat per.. :)
Salam Hani.
Penasihat undang-undang lagi hebat, kalau dah termaktub mana boleh lari, kenalah ikut.
Pak Ngah dah hampir kehabisan modal utk berblog, akhirnya segala mak nek masuk ke dalam blog. hehehe.
Gempak budak boleh la, Pak Ngah gempak budak je, gempak orang tua tak jalan, tapi jangan buat main, budak lanie tak makan gempak.
perghhhhhhhhhhh gerun sy tgk... camne bdk2 tu leh terbang tinggi camtu p.Ngah aku kuasa ghaib ke haha atau melompat dgn seluruh tenaga... mmg dasatt ;-)
aku = ade.... typo pulak :-)
Salam buNga.
BuNga belum tengok Pak Ngah terbang, selepas terbang sapa pun tak akan dapat lihat Pk Ngah lagi...huhuh.
Lanie takleh terbang dah, dah 75kg, bumi akan tarik turun..hahaha.
Salam leenoh,hebat juga hang no..koman2 pun toke silat juga.Ana pun teringat kisah2 silam dengan member2 gayung dulu semasa di maktab mahmud,basiron,kob gani,mat rejab,mat ramli dll...dah tak ingat.maklumlah dah berpisah masing2 bawa diri cari rezeki.Teringat Ustaz Hassan Taib yang mengajar gayung dulu,mailah kita sama2 hadiahkan Fatehah kepadanya....ALFATEHAH..(arba)
Salam sdr. Arba.
Bila sebut Silat Gayung saja memang akan teringat Us.Hasan, Sdr. Razak Saad dan Razak Ismail dll.
Allahyarham Us.Hasan mengidap penyakit lelah, bila giat silat nie dgn takdir Allah penyakit itu pun hilang.
Kalau depa buka FB setengahnya boleh jumpa balik, saya dah jumpa ramai anak murid STAR dulu,
Gambar silat yang canggih tu dapat dari depa, sbb saya tak simpan banyak gambar .
Salam Ustaz Ali...
Terima kasih kerana sudi memaparkan foto-foto kenangan silat STAR di blog ini.
Bukan suatu tugas yang mudah untuk membentuk sebuah pasukan silat yang mantap dan berkualiti setiap kali diundang untuk mengadakan persembahan dan juga menyertai pertandingan, sehinggalah secara rasminya dalam sejarah STAR mempunyai pasukan Jurulatih Muda bertauliah dari PSSGM Kedah pada tahun 1994 yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.
Sepak terajang, tumbuk tendang & kilas kepak menjadi asam garam dan `makanan' kami setiap kali menjalani latihan bersama Gurulatih Pak Long Ghani & Cikgu Norhayatudin. Tapi `kesakitan' itulah yang membuatkan kami tidak lari dan sentiasa bertahan di gelanggang STAR. "alah bisa tegal biasa". Terima kasih buat semua jurulatih.
Secara peribadi, Ustaz Ali memang mengambil berat terhadap kami. Setiap hari Jumaat ketika berlangsungnya latihan, beliau akan tetap menjenguk kami di gelanggang dan adakalanya hanya bersendirian di surau sekolah.
Buat generasi muda, andalah penghubung dan pewaris seni budaya bangsa Melayu. Jangan biarkan ia hilang di telan arus waktu dalam dunia siber tanpa sempadan ini.
Ucapan terima kasih buat Ustaz Ali diatas perhatian yang diberikan terhadap Pertubuhan Silat Seni Gayong STAR selama ini.
Ikhlas dari Mohd Noor Mahathir (exSTARian Alor Setar)
email :elguapo@kedahonline.net
Post a Comment