Monday, March 8, 2010

Wajarkah Pendidikan Seks diajar di sekolah.

Salam semua.
Penulis sangat bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh sahabat penulis melalui blognya Http/
/sallehsaad.blogspot.com mengenai mauduk ini. kita telah diacahkan berulangkali keinginan pihak berkuasa hendak melaksanakan subjek ini di sekolah, tentu sekali pada pandangan mereka sangat wajar subjek ini diajar kepada kanak-kanak sekolah supaya mereka mengetahuinya lebih awal dan mendalam. Dengan itu gejala seks tidak akan menular seperti yang sedia maklum. Adakah itu hanya sangkaan sahaja, tidakkah dengan keterbukaannya itu akan lebih parah lagi gejala buruk itu.

Banyak persoalan yang perlu dikaji dan diperhatikan sebelum membuat keputusan sama ada keinginan itu diteruskan atau dilupakan sahaja.Berbincang secara terbuka di dalam kelas bersama kanak-kanak mengenai perkara itu, bukankah umpama mengejutkan orang lapar untuk menikmati makanan yang lazat.

Kesedaran dan keinginan seks yang terdapat pada manusia dan juga binatang telah diciptakan Allah bersama biologi dan nafsu mereka dan ditambahkan lagi dengan pengaruh syaitan yang sentiasa meresap ke dalam diri manusia, perasaan seks ini adalah sesuatu yang agak anih dan berbagai, jika pendidikan dan pengaruhnya tersasar maka rosaklah diri manusia itu.Ianya menuntut kita berhati-hati dan berwaspada, tiada siapapun yang terkecuali.

Sebagai renungan adakah wajar seorang guru yang segak dan kacak atau cantik dan berwajah seksi berdiri di hadapan pelajar remaja yang mana perasaan seks mereka sedang menaruh dendam dan meronta-meronta bersendirian di dalam diri mereka , kini kita mengajak mereka berbincang hal tersebut tanpa mereka dapat merasainya, perlakuan ini umpama memasak makanan yang lazat bersama guru, tetapi, apabila tiba masa makanan yang lazat itu masak, anak murid diminta mengundurkan diri, sedangkan guru akan balik dan makan di rumahnya,

Wajarkah seorang guru mendedahkan pendidikan seks di hadapan anak-anak muridnya yang cantik atau kacak sedangkan guru tertarik pula dengan penampilan muridnya, semuanya ini tidak mustahil berlaku. Sanggupkah pihak pengurusan sekolah membuat jadual waktu pengajaran dan pembelajaran serta menempatkan pelajar secara yang ideal dan unggul supaya tidak berlaku keburukan kesan dari pelaksanaan subjek ini.

Marilah kita fikir dan khayalkan realitinya ketika pengajaran dan pembelajaran itu sedang berjalan di dalam bilik darjah, bagaimana agaknya realiti dan situasi tersebut, mungkinkah akan terbawa-bawa pula situasi tersebut secara yang sihat atau tidak sihat di luar bilik darjah sesama mereka, inilah yang dibimbangi, kemampuan dan kesanggupan guru masih menjadi tanda tanya, sanggupkah mereka menjadi guru subjek tersebut dengan ikhlas dan yakin pada diri sendiri dan mampu mensifarkan kesan buruknya.

Apakah faktor yang mendorong terpanggilnya kita untuk merealisasikan subjek ini di sekolah, mungkinkah kerana menularnya anak luar nikah atau gejala seks yang lain. Keruntuhan akhlak remaja dan orang dewasa juga tidak terkecuali , bukankah masalah ini tercetus kerana kurangnya pendidikan rohani, remaja perlu dimantapkan dengan pendidikan akhlak dan moral, pelajar Islam perlu dimantapkan dengan Pendidkan Islam dan pelajar bukan Islam dengan Pendidikan Moral, di sana Pendidikan seks boleh diselitkan secara tidak langsung dengan pendekatan yang lebih berhikmah.

Walaupun di sesetengah negeri di Malaysia ini disediakan sekolah agama, tetapi masih ramai kanak-kanak yang tidak dapat memanfaatkannya kerana faktor kemiskinan dan lain-lain, dalam pada itu sekolah-sekolah ini pula dilaksanakan berbeza-beza di antara satu negeri dengan negeri yang lain, terdapat juga negeri yang tidak disediakan sekolah seperti ini, rasanya inilah perkara dan masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, ketika kerajaan berura-ura ingin melaksanakan sekolah satu sidang dahulu, perkara ini telah dibincangkan dan beritanya sering terpapar di dada akhbar tetapi akhirnya hilang tanpa berita sehinggalah hari ini.

Bagi pelajar Islam panduan seks di dalam subjek Munakahat mampu menyampaikan mesej tersebut dengan baik dan berhikmah.

Pada hemat dan pemerhatian penulis.

Sekian. Wallahu aklam.Wassalam.


4 comments:

Mak Su said...

saya sebagai ibu yang dah pun berumur 40 tahun tak bersetuju sama-sekali dgn pendidikan seks secara open di sekolah.... :(

banyak buruk dari baiknya, seolah2 menggalakkan kepada keburukan

Leenoh said...

Salam maksu.

Saya juga .... kerana Islam telah sediakan wadahnya.

zai said...

Salam Lee Noh..

Islam itu addin...sudah terlalu sempurna semua ajaran didalamnya..ada adab2 yg perlu diikuti dan sekiranya pengajaran mengenai pendidikan seks ini diajar menurut tatacara islam pasti anak2 akan lebih memahami kenapa ada perkataan boleh dan tidak boleh..halal dan haram...ia perlu diperjelaskan kepada anak2 dengan secara berhemah..kerana anak-anak zaman kini sangat bijak dan mudah terpengaruh kepada anasir2 luar yg tidak terbendung..

Kadang2 saya sendiri sulit utk menerangkan pada anak2 lelaki yg mula remaja..bagaimana tanda2 akil baligh bagi lelaki..bagaimana agaknya ya hendak menerangkan dengan cara yg terbaik ??

Leenoh said...

W.Salam Zai.

Sebenarnya itulah tugas dan hajat kita tidak pernah selesai, ilmu kita tidak pernah sempurna, Sentiasa sahaja memerlukan orang lain.
Saya juga tidak pandai menghuraikannya melainkan menghuraikannya secara keseluruhan meliputi semua peringkat hidup dan perkara-perkara yg mereka perlu lalui.