Saturday, March 6, 2010

Bacaan di akhir doa.

Salam semua.

Kita sering diperdengarkan bacaan ayat-ayat al.Quran di dalam doa-doa ket
ika bersolat jamaah atau sebagainya atau kekadang kita sendiri sering membaca sesuatu ayat yang kita menghafaznya tetapi tidak mengetahui tempat ambilan atau sumbernya.

Ayat al.Quran di bawah ini sering dibaca di akhir ( penutup ) sesuatu doa, ramai di kalangan kita menghafaznya tetapi mungkin kita tidak mengetahui kisahnya dan juga dari mana sumbernya. terdapat juga di kalangan imam menukar ganti nama yang terdapat di dalam ayat tersebut seperti ' dakwahum kepada dakwana , tahiyatuhum kepada tahiyatuna dan wa aakhiru dakwahum kepada wa aakhiru dakwana", jika berlaku demikian, itu bukan lagi ayat al.Quran sebaliknya doa karangan sendiri yang meniru uslub al.Quran.

Pada pendapat saya adalah lebih baik membaca sahaja ayat al.Quran tersebut tanpa diubah walau setitik pun kerana dengan cara itu situasinya tepat merujuk kepada peristiwa di dalam syorga seperti diceritakan di dalam Surah Yunus itu. Dengan harapan kitalah penghuni syorga tersebut nanti.


Sila rujuk ayat di bawah ini.





10:10
"Their plea therein (is) All Extolment be to You, Allah, " (The Arabic word Allah has the supplication suffix umma) and their greeting therein is, "Peace, " and their last plea is "Praise be to Allah, The Lord of the worlds.".
______________

"Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!"
__________________________________

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


No comments: