Sunday, March 21, 2010

Iklan vigra di laman sesawang Kehidupan Bersih.


Salam semua.

Nampaknya laman ini semakin ramai dikunjungi, terima kasih kepada pengunjung bukan kerana istimewanya tetapi, mungkin kerana telah banyak entri berpaut di google maka ramailah pengunjung terklik Kehidupan Bersih, ada datang sebentar, ada datang dan berehat lama juga dan yang istimewanya datang dengan membawa berbagai barang dagangan, siap dengan membuka gedungnya sekali untuk mengaut keuntungan mudah.

Vigra pun ada.

Apabila entrinya sudah semakin banyak maka tiadalah masa untuk menyemaknya selalu, sebab biasanya tabiatku cuma menyemak melalui entri baru sahaja, tidak buka email, bila buka email rupa-rupanya iklan vigra pun terpampang di sana, bukan salah , cuma ditakuti ada yang membawa mudarat, ada juga iklan yang mengiorkan mata memandang dan menyeronokan, laman ini tidak memerlukan semuanya itu, Laman ini memerlukan komen yang berupa teguran dan nasihat kepada semua termasuk penulis Kehidupan Bersih.

Oleh itu penulis membuat keputusan mendirikan semacam pejabat imigresen selepas sempadan komen....hehehe..kena jaga juga kan.



Sekian.Wassalam.

2 comments:

DrSam said...

salam pak ngah. saya rasa ramai yang mengalami masalah yang sama. Dizaman tekno dan tekni ni, kita terdedah kepada bermacam-macam perkara yang merosakkan. Begitulah jika kebergantungan kita tidak dapat dielakkan kepada kaum yang satu lagi itu. mereka memang menunggu masa dan ruang untuk merosakkan kita.

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Ya betul. suatu pandangan yang baik dan sesuai untuk peringatan semua.