Monday, March 1, 2010

Jangan umpamakan parti politik sebuah Pasaraya.

Salam semua.

Pendapat yang akan diajukan ini mungkin sesuai bagi sesetengah pihak dan tidak sesuai langsung bagi pihak yang lain, apapun ini cuma suatu pendapat hasil dari pemerhatian terhadap kehidupan harian di Malaysia khusus mengenai politik berparti.

Kekadang politik berparti dinilai oleh seseorang umpama pasaraya di mana di dalamnya dimuatkan dengan berbagai barangan yang berharga dan berjenama terkenal termasuk emas dan perak berada di sana, jika seseorang memilikinya sudah tentulah orang itu akan mendapat kesenangan di dunia serta mendapat kekayaan yang boleh dibanggakan, di sana juga akan terukir nama yang masyhur, sudah tentulah tempat itu dikunjungi ramai selagi barangannya sentiasa dipenuhi.

Politik parti yang pada asalnya sebagai medan dan landasan perjuangan tidak lagi dianggap oleh semua politus demikian, sebaliknya setengah dari mereka menganggap menyertai politik umpama membuka gedung atau pasaraya kerana di pasaraya wujud perniagaan dan keuntungan peribadi yang dapat membantu keluarga.Oleh itu mereka harus bekerja bersungguh-sungguh untuk menang di dalam pilihan raya.

Niat yang tersemat d
i dalam hati politikus itu tiada siapa dapat kesan melainkan mereka yang cerdik dan bijaksana, diri ahli politikus berkenaan tentulah dari awal mengetahuinya kerana manakan manusia boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam hal seperti inilah yang dikatakan orang bodoh makanan orang cerdik kerana mereka yang kurang pintar akan tertipu dengan kempen-kempen dan janji-janji untuk membela bangsa, agama dan negara. Pada hal mereka tidak pernah susah dan tidak pernah berkorban untuk negara. Bila tercium kesusahan mereka akan mengundurkan diri dengan segera dan memberi berbagai alasan yang kelihatan menasabah dan sesuai .

Sebaliknya merekalah yang sentiasa dan sepanjang masa menikmati madu negara kerana mereka memilik
i lidah yang istimewa dan pintar berputar, maka mereka kelihatan umpama pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap mereka di bawah kepimpinannya. Pada hal apabila diri sendiri ditimpa kesusahan dan masalah mereka akan meninggalkan pasaraya itu dengan berpindah ke pasaraya yang lain yang dapat mengekalkan keuntungan untuk dirinya, maka terpinga-pingalah pengikut dan penyokong mereka di kampung mahu pun di bandar.

Persoalannya apakah yang akan terjadi kepada negara pada suatu hari nanti sekiranya pemimpin yang bersikap demikian menguasai parti politik, rakyat tidak akan terdidik dengan budaya yang murni dan sihat kerana pendidik selayaknya dari pemimpin yang berakhlak. Akhlak tidak wajar ditukarkan dengan harta kekayaan dan pangkat
kebesaran.

Pulau Pandan jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi baik dikenang jua.


&&&&&&&&&&&&&&

Kalau nak alihkan cerita alih ke sini atau ke sini .
atau di sini pun ada cerita.

Akhir sekali mungkin di sini.

&&&&&&&&&&&&


Sekian.Wallahu aklam.

No comments: