Friday, March 5, 2010

Pelajar sekolah dan solat Jumaat.

Salam semua.

Sejauh manakah kesan kemorosotan prestasi kehadiran pelajar ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi negeri yang tidak bercuti pada hari Jumaat. Mungkin negeri-negeri yang pada asalnya bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu kemudian dialihkan cutinya pada hari Sabtu dan Ahad dapat melihat dengan mudah kesan tersebut berbanding dengan negeri-negeri yang
memang cutinya pada hari Sabtu dan Ahad sejak zaman penjajah.

Adakah di antara anda yang anak-anak masih di bangku sekolah merasai risau dengan perubahan dan situasi ini. Pernahkah anda perhatikan
dan menyedari jumlah para pelajar di masjid pada hari Jumaat, mungkin masjid-masjid yang berhampiran dengan sekolah berasrama, sama ada asrama penuh atau asrama harian akan kelihatan ketara kehadiran mereka.

Para pelajar yang tinggal jauh dari sekolah tidak akan menunaikan solat di masjid yang berhampiran dengan rumah mereka kerana tindakan itu akan menyebabkan mereka lewat ke sekolah.


Para pelajar Tingkatan Satu dan ke atas mereka ini telah pun aqil baligh dan wajib menunaikan solat, sebaliknya para pelajar sekolah rendah para waris mereka wajib melatih dan mendidik mereka ke masjid sebelum mereka baligh lagi, terutamanya latihan menunaikan solat Jumaat.

Saya tidak akan memanjang dan melebarkan nota ini kerana ianya ditulis hanya sekadar melontarkan idea untuk kita sama-sama memikirkan h
al ini semat-mata untuk kebaikan kita bersama.


______________________________________

Elok juga , jika kita renungi maksud ayat a
l.Quran yang dipaparkan di bawah ini.
Klik 31:16
"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi".


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".
Surah Luqman ( 16-17)
__________________________________


Gambar ini diambil sebelum mendapat keizinan.tetapi diminta kemudiannya.


Sebaik sahaja sampai ke masjid pada hari ini kelihatan para pelajar Tingkatan Satu SMKTAB sedang berbual dengan penuh tertib di atas pondok rehat berkenaan, saya teringin berbual dengan mereka , sebelum itu saya 'snap' gambar mereka terlebih dahulu tanpa mereka sedari,kecuali seorang yang senyum melihat aksi saya itu manakala yang lainnya leka berbual, setelah hampir barulah saya meminta izin untuk ambil gambar, semuanya menjawab serentak...bersetuju..., gambar di atas itulah hasilnya.

kemudian barulah saya berbual-bual mesra dengan mereka dan memberi sedikit motivasi kepada mereka serta pujian di atas kehadiran mereka ke masjid, bila ditanya ke mana kawan-kawan mereka yang lain, mereka menjawab ada yang menggunakan jalan yang lain sebab itu mereka itu tidak sampai ke masjid.


Setelah saya masuk ke masjid mereka pun turut masuk dan beriktikaf di dalam masjid sebelum masuk waktu....sejuk mata memandang.

Khemah ini disediakan untuk Majlis Sambutan Maulidurrasul, di Masjid Taman Kasih, Kluang. Kalau tidak salah pendengaran saya ketika pengumuman dibuat akan diadakan pada 07.03.2010.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.


No comments: