Saturday, February 28, 2009

Majlis Serah Anak dan Mengadap Guru,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

MAJLIS SERAH ANAK DAN MENGADAP GURU
( Hanya suatu cadangan ).

Para pembaca budiman sekali lagi dalam mauduk ini saya ingin mengutarakan pengalaman saya yang telah lalu dalam bidang pendidikan anak-anak. Rangkaikata yang diungkapkan di atas mungkin terdapat di antara pembaca tidak pernah mendengarnya, jika pernah mendengarpun hanyalah sebutannya sahaja dan tidak mengalami realiti di dalam kehidupan samada diri sendiri atau orang lain, saya sendiripun tidak pernah mengalaminya kerana pada zaman saya pun perkara ini telahpun berada di bawah lipatan sejarah dan tidak lagi dipraktikkan oleh masyarakat kita samada di kampung ataupun di bandar.
Sejarah ini saya mendengar daripada penceritaan orang tua dahulu, di mana mereka menceritakan bahawa pada tahun 5oan dan tahun sebelumnya, apabila ibubapa ingin memberi pendidikan Islam sama ada fardu ain atau mengaji al.Quran mereka akan menyerahkan anak mereka kepada guru dengan secara rasmi, kepada guru diserahkannya berserta pesanan-pesanan tertentu, misalnya " Ajarlah anak saya ini dan pukullah, asalkan tidak patah dan tidak buta".dan bersamanya diserahkan rotan ( rotan cerdik ) sebagai simbolik yang membawa makna yang sangat mendalam.

Mengambil semangat dan berkat amalan ini saya telah mempraktikkannya bersama kekawan sejawat ketika masih bertugas dahulu , majlis diadakan khusus untuk para pelajar Islam sahaja.

Majlis Serah Anak Dan Mengadap Guru ini sesuai diadakan di peringkat sekolah menengah, di peringkat sekolah rendah mungkin lebih sesuai secara individu sahaja ataupun terpulanglah kepada mereka yang mengajar di sekolah rendah, saya sebenarnya kurang pengalaman mengenai pelajar sekolah rendah. Jika hendak dilaksanakan di sekolah rendah panduan yang saya pamerkan di dalam blog ini hendaklah diubahsuai .

Ketika atau masa yang palin sesuai untuk mengadakan majlis ini ialah pada akhir bulan Januari atau awal bulan Februari dan sasarannya sudah tentulah pelajar Tingkatan Satu.

Program
(1) Taklimat perjalanan majlis.
(2) Solat hajat dan Doa selamat.
(3) Ucapan Pengetua.
(4) Ikrar Penyerahan Anak.
(5) Mengadap Guru.
(6) Jamuan ringan.

Penjelasan mengenai program:

(1) Taklimat perjalanan majlis.
Pihak penganjur hendaklah memberi taklimat mengenai perjalanan majlis tersebut mengikut program yang disediakan supaya majlis berjalan dengan lancar.

(2) Solat hajat dan Doa selamat.
Taklimat solat hajat hendaklah diberikan secara ringkas, ini adalah amalan biasa apabila melakukan solat ini secara berjamaah dan doa selamat memadai terakum dalam doa selepas solat hajat tersebut.

(3) Ucapan Pengetua.
Kandungan ucapan Pengetua hendak dikhususkan kepada pelaksanaan disiplin, sebahagian item-item di dalam peraturan sekolah perlu didedahkan dan juga termasuk objektif dan matlamat majlis tersebut diadakan.

(4) Ikrar Penyerahan Anak.
Pihak penganjur hendaklah menyediakan suatu ikrar yang berkaitan untuk dibaca oleh Pengerusi PIBG ( Pengerusi PIBG mengetuai bacaan ikrar atau Wakilnya) dan diikuti oleh semua ibu bapa yang terlibat.

(5) Mengadap Guru.
Semua guru yang terlibat hendaklah berbaris di hadapan yang diketuai oleh Pengetua, manakala para pelajar dan ibu bapa berbaris bersama dengan anak. Kemudian secara bergilir-gilir mereka bergerak berjumpa dan berjabat tangan dengan Pengetua dan diikuti dengan semua guru yang berada di dalam barisan hadapan yang sedang menunggu berjabat tangan dan memeluk mereka, Sedang upacara itu berjalan mereka yang menunggu giliran dan yang telah berjumpa, berselawat beramai. ( majlis ini dari awal sampai akhir sesuai diadakan di surau sekolah ).

(6) Jamuan Ringan.
Item ini tidak perlu diterangkan di sini kerana sudah menjadi kelaziman dan anda semua telahpun berpengalaman untuk melaksanakannya.
______________________________

Catatan:
Majlis Serah Anak dan Mengadap Guru ini adalah suatu galakan dan cadangan saya untuk para guru melaksanakannya di sekolah masing-masing. Idea ini telah saya laksanakan beberapa kali di sekolah dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada para waris.Malah pihak sekolah telah mengambil idea ini dilebarkan kepada semua pelajar ( Islam dan Bukan Islam) dengan sedikit perubahan , iaitu mengubah kepada Majlis Serah Anak dan Penyerahan Buku Teks.
Untuk pelajar Islam lebih baik dilaksanakan seperti dicadangkan tanpa pindaan yang ketara.

______________________

Ulasan anda dihargai.

Blogger ijechan said......

info yg bagus. nnt dah keje, le la diaplikasikan.

February 28, 2009 10:50 PM

Delete

Blogger Leenoh said...

Salam ijechan.
Niat yang baik itu telah dikira melakukan kebaikan,
Majlis serah anak dan mengadap guru adalah suatu cadangan untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
Wassalam.

February 28, 2009 10:58 PM

_________________________

Delete

Blogger guru_cikgu said...

Idea yang sama, cuma diberi nafas baru. Kebanyakan sekolah dalam negeri Kedah menggunakan istilah Jaya Waris. Dua minggu lepas saya hadir di sekolah anak yang akan menduduki UPSR hujung tahun ini.

February 28, 2009 11:04 PM

Delete

Blogger Leenoh said...

Alhamdulillah, yang penting kandungan dan objektif, nama asalkan sesuai telah memadai, program seperti ini saya telah adakan dalam tahun 90an.
Semoga cikgu sentiasa proaktif dalam menjalankan tugas dan selamat berjaya.
Wassalam.

February 28, 2009 11:59 PM

___________________________

Delete

Blogger DrSam said...

Memang idea yang bagus dan patut diamalkan. Lebih-lebih lagi dikala disiplin murid-murid kini ditahap yang amat rendah dan hormat kepada guru tidak seperti dulu lagi.

pernah mendengar dari penceritaan lisan orang tua-tua dahulu. Di kampung saya dulu, murid yang ingin mengaji diserahkan kepada muallim dengan sebatang rotan (simbolik) sekali.

March 1, 2009 2:45 AM

Delete

Blogger Leenoh said...

Terima kasih di atas respon yang memberi tambahbaikan, sebenarnya saya tidak teringat langsung mengenai rotan itu, entah macam mana tercicir daripada minda ketika menulis, agaknya ketajaman minda semakin tumpul, sepatutnya simbolik itu menjadi mercu tanda bagi entri ini. Saya lebih banyak cuba mengingatkan semula semua perkara berkaitan dengan program tersebut.
Terima kasih akan saya murnikan sedikit lagi.
Wassalam.

March 1, 2009 7:34 AM

_______________________________

Delete

Blogger Dee said...

teringat masa kecik dulu mengaji..lepas mengaji sy basuh baju tok guru (basuh tangan tau)..n kdg2 budak2 lelaki basuh karpet dia..letih tp seronok kerana dpt berbakti..

March 2, 2009 10:59 AM

Delete

Blogger Leenoh said...

Dulu masa kita kecik kita tidak tahu apa sebab kita kena buat demikian, sekarang barulah kita ketahui bahawa sebenarnya kita telah mengambil masa yang sepatutnya guru itu membereskan kerja dia.
Jadi dia tolong kita begitu banyak kemudian dia pula meminta sedikit pertolongan dari kita.
Seronok, adil dan aman, bulat masyarakat kerana muafakat.
Wassalam.

March 2, 2009 1:32 PM

__________________________

Delete

Blogger izan said...

leenoh,

mmg itu yg ibu/bapa amalkan dulu2, tapi sekarang kena hati2 sebab lain dahulu lain sekarang.......

ada yg dahulu boleh diamalkan sekarang....begitu juga sebaliknya. kena rajin memantau...

cuma satu selalu ingatkan pada anak2 .... jangan keluarkan kata2 buruk kepada guru yang memberi ilmu.. sudah pasti susah nak terima ilmu.

March 2, 2009 4:49 PM

Delete

Blogger Leenoh said...

Memang betul kata Izan.
Kita kenalah sentiasa memantau, orang dulu sangat peka dengan tradisi pemantauan ini, semua masyarakat melibatkan diri, tidak kira anak siapa mereka akan membuat teguran dan larangan apabila berlaku sesuatu yang tidak manis dipandang, sebab itulah akhlak generasi kita memuaskan.
Apapun kita tidak mampu mendidik anak kita bersendirian kerana mereka hanya beberapa jam sahaja bersama ibubapa, bakinya mereka berada bersama orang lain, suka atau tidak suka kita terpaksa mengharapkan orang lain tolong pantau anak-anak kita.
Terdapat ibubapa yang bertuah kerana Allah kurniakan anak-anak yang baik dan cerdik.
Bagi ibubapa yang tidak mendapatnya mereka terpaksalah bekerja kuat untuk mencapainya tetapi jangan risau tugas ini adalah termasuk amal yang baik.
Semoga Allah memelihara keluarga kita.
Wassalam.

March 2, 2009 5:31 PM

Delete
_______________________

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

10 comments:

Cikgu Ije said...

info yg bagus. nnt dah keje, le la diaplikasikan.

Leenoh said...

Salam ijechan.
Niat yang baik itu telah dikira melakukan kebaikan,
Majlis serah anak dan mengadap guru adalah suatu cadangan untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
Wassalam.

GURU_CIKGU said...

Idea yang sama, cuma diberi nafas baru. Kebanyakan sekolah dalam negeri Kedah menggunakan istilah Jaya Waris. Dua minggu lepas saya hadir di sekolah anak yang akan menduduki UPSR hujung tahun ini.

Leenoh said...

Alhamdulillah, yang penting kandungan dan objektif, nama asalkan sesuai telah memadai, program seperti ini saya telah adakan dalam tahun 90an.
Semoga cikgu sentiasa proaktif dalam menjalankan tugas dan selamat berjaya.
Wassalam.

DrSam said...

Memang idea yang bagus dan patut diamalkan. Lebih-lebih lagi dikala disiplin murid-murid kini ditahap yang amat rendah dan hormat kepada guru tidak seperti dulu lagi.

pernah mendengar dari penceritaan lisan orang tua-tua dahulu. Di kampung saya dulu, murid yang ingin mengaji diserahkan kepada muallim dengan sebatang rotan (simbolik) sekali.

Leenoh said...

Terima kasih di atas respon yang memberi tambahbaikan, sebenarnya saya tidak teringat langsung mengenai rotan itu, entah macam mana tercicir daripada minda ketika menulis, agaknya ketajaman minda semakin tumpul, sepatutnya simbolik itu menjadi mercu tanda bagi entri ini. Saya lebih banyak cuba mengingatkan semula semua perkara berkaitan dengan program tersebut.
Terima kasih akan saya murnikan sedikit lagi.
Wassalam.

Dee said...

teringat masa kecik dulu mengaji..lepas mengaji sy basuh baju tok guru (basuh tangan tau)..n kdg2 budak2 lelaki basuh karpet dia..letih tp seronok kerana dpt berbakti..

Leenoh said...

Dulu masa kita kecik kita tidak tahu apa sebab kita kena buat demikian, sekarang barulah kita ketahui bahawa sebenarnya kita telah mengambil masa yang sepatutnya guru itu membereskan kerja dia.
Jadi dia tolong kita begitu banyak kemudian dia pula meminta sedikit pertolongan dari kita.
Seronok, adil dan aman, bulat masyarakat kerana muafakat.
Wassalam.

Unknown said...