Lampu merah kenalah berhenti.
Itulah peraturan perlu dipatuhi.
Peraturan negara perlu dihormati.
Supaya selamat anak negeri.
Setiap rakyat wajib fahami.
Jangan abai, jangan ingkari.
Peraturan wujud untuk dipatuhi.
Jangan pula tinggal teori.
Nanti musuh melanda negeri.
Tentulah kita tanggung rugi.
Kalau berselisih berbaiklah kembali.
Di sana masih boleh diadili.
Bertindaklah sebagai anak watani.
Jangan ikut sesuka hati.
Kusutnya benang dicari puncanya.
Punca dibuka, digulungnya semula.
Bijak bertindak masalah pun reda.
Itulah namanya minda merdeka.
_______________________________________
Gelak ketawa kawan-kawan.
- abdrahim kassim said...
Leenoh,
Macam mana kalau kita tukar;
Lampu kuning untuk raja
Lampu hijau untuk askar.
Lampu merah untuk kita- Leenoh said...
- Sdr.abdrahim.
- Kalau begitu anda bicara.
- Peraturan hendak ditukar cara.
Seperti kuasa bercampur laba. - Umpama tempah mala petaka.
- Reaksi pengguna sukar dijangka.
- Takut menjadi caca merba.
- suw said...
pandai leenoh berpuisi..sy mmg fail kalo bab2 ni
- Leenoh said...
Untuk Suw.
Berpuisi tanpa membuat koreksi.
Sangatlah mudah lagi asli.
Salah silap tidak peduli.
Biar comot blog sendiri.
Salam: Nampaknya semakin hebat kawan kita ni dalam puisi.Semoga maksud terkandung dapat dihayati oleh mereka yg terlibat.
February 12, 2009 5:57 PM
iya, orang kata, bulat air kerana pembetung
February 12, 2009 6:15 PM
Sdr.Kuntong.
Majukan negara hendaklah bersatu,
Kerana bersatu menambahkan mutu.
Janganlah lupa tempat dituju.
Nanti sengsara anak cucu.
February 12, 2009 6:33 PM
Sdri.Mak Su.
Bulat air kerana pembentung.
Bersatu masyarakat kerana hukum.
Supaya semua mendapat untung.
Kelak diakhirat tidak dihukum.
February 12, 2009 6:39 PM
Pheewit la Pak Ngah!! Kalah saya berpantun dan berpuisi, sebab Pak Ngah nyer aura puisi lebih power!! Good job, well done!!
February 12, 2009 6:40 PM
Hani,
Pak Ngah nak jawab dengan puisi gak. he he he.
Tiada peluang belajar universiti.
Terpaksalah berusaha belajar sendiri.
Bukan sengaja tunjuk ranggi.
Takut anakcucu dapat rugi.
Berpuisi cuma syok sendiri.
Mungkin ada yang minati.
Asal pembayang dan maksud dipenuhi.
Cuma melayan blog sendiri.
He he he hentam kromo je.
February 12, 2009 7:46 PM