Wednesday, February 18, 2009

Lidah biawak, lidah bercabang.





Salam untuk semua.

Semoga anda dan keluarga di dalam keadaan sihat walafiat.
Pada kesempatan ini saya ingin mengutarakan dua perkara sahaja, itupun secara ringkas iaitu mengenai lidah buaya dan lidah biawak, selebihnya saya mengharapkan maklumat daripada anda yang sememangnya berinformasi.
__________________________________________

Lidah biawak lidah bercabang.
Lidah buaya tanaman ubatan.
Lidah bercabang suka bersembang.
Putar belit bila berkesempatan.

Lidah buaya tanaman ubatan.
Sudah terkenal sejak berzaman.
Segala penyakit boleh disembuhkan.
Senang dapat, dijual dipasaran.


Lidah biawak hanya ibarat.
Hendak menunjukkan situasi hina.
Bercakap bohong sampai melarat.
Zulaika berdusta Yusof dipenjara.

Bercakap dusta sifatnya munafik.
Bila diamanah dia khianat.
Itu juga sifat munafik.
Pemilik sifat akan dilaknat.

Bila berjanji dia mungkiri.
Bila begaduh dia melampau.
Semua urusan menjadi rugi
Hidup masyarakat pulau memulau.

Empat sifat semuanya bertapak.
Jadilah ia menafik mutlak.
Sengsaralah nanti di akhirat kelak.
Minta dijauhi anak pinak.
__________________________

Ini cuma pantun tambahan.
Kalau rajin bacalah ke depan.
Aktifkan minda dan fikiran
Leenoh hanya menambahkan bahan.

Adat majlis doa dibaca.
Adat kanun menjana kebenaran.
Adat bicara mencari punca.
Adat politik mencari kemenangan.

Adat berhujah mencari alasan
Adat perjuangan menegakkan kebenaran.
Adat tamak mencari kekayaan.
Adat pengkhianat bertindak sebarangan.

Adat bergaduh satu bersalah.
Adat kebenaran tidak menceroboh.
Adat keadilan mengikut kaedah.
Adat kezaliman suka menceroboh.

Adat dengu suka mengikut.
Adat api panaskan keadaan.
Adat sasau membuat karut.
Adat Islam menegakkan kebenaran.
__________________________

Lupakah kita kepada Sharon.
Pembunuh manusia bertaraf dunia.
Gagah perkasa seperti proton.
Kini sengsara tanpa bahagia.

Bertambah pula badan lesu.
Terbaring umpama batang kayu.
Di mana sahabat di mana sekutu.
Kesengsaraan dahsyat sedang menunggu.

Bukan hebat seperti dahulu.
Semua takut gigil terpaku.
Apakah kita turut begitu.
Berpecah belah tanpa bersatu.

Jadikan aqidah sebagai teraju.
Mengajak ummah hidup bersatu.
Jangan ikut zaman dahulu.
Busut anai dianggap penunggu.

Minum arak tanpa malu.
Siapa melarang kolot selalu.
Lagi berpangkat lagi celaru.
Budak melihat sebak terharu.

Pendakwah gigih menanam ilmu.
Tumbuh subur mengubah kelaku.
Cinta ilahi Tuhan yang satu.
kini wujud masalah baru.

Kerja berdakwah usah jemu.
Setiap zaman wujud seteru.
Pembelot memang bebas berkelaku.
Sentiasa mengaku pejuang bermutu.


Wassalam. Allah Maha Mengetahui

________________________________

Ulasan Kekawan


Blogger Zaidon said...

Salam Pak Ngah.. semoga sihat selalu.

February 19, 2009 1:45 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Semoga sama-sama sihat, ke mana hilang, buat seketika Pak Ngah cari Zaidon tidak jumpa, sekarang dah jumpa, ada di dalam rakan blog.
Wassalam.

February 19, 2009 7:01 AM

Delete
Blogger Mak Su said...

errrr... En Leenoh, maaf, kuiz saya tu memain jer, sebab saya dalam keadaan tak berapa tenteram ni, kakak saya masuk sepital 'kardiologi', so saya kena gelak2 utk release tensen.

February 19, 2009 12:44 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Errrr, Saya pun buat lawak ja.
Itulah ujian Allah, semua orang terpaksa hadapi, Semoga kakak Mak Su cepat sembuh.amin.
Wassalam.

February 19, 2009 12:56 PM

Delete
Blogger Dee said...

wah..dulu2 masa terer jd pelajar sastera terbaik sekolah pandailah pantun2 ni..skrg..dh tumpul skill lah saudara leenoh..hehehe..

February 19, 2009 4:19 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Dee.
Tolong jangan bagi cikgu bahasa dan sastera periksa pantun saya, nanti kantoi, tak angkat muka nanti, pantun hantam kromo je, alla syok sendiri, sendiri gubah sendiri taruh markah, hehhehe

February 19, 2009 5:00 PM

Delete


6 comments:

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. semoga sihat selalu.

Leenoh said...

Semoga sama-sama sihat, ke mana hilang, buat seketika Pak Ngah cari Zaidon tidak jumpa, sekarang dah jumpa, ada di dalam rakan blog.
Wassalam.

Mak Su said...

errrr... En Leenoh, maaf, kuiz saya tu memain jer, sebab saya dalam keadaan tak berapa tenteram ni, kakak saya masuk sepital 'kardiologi', so saya kena gelak2 utk release tensen.

Leenoh said...

Errrr, Saya pun buat lawak ja.
Itulah ujian Allah, semua orang terpaksa hadapi, Semoga kakak Mak Su cepat sembuh.amin.
Wassalam.

Dee said...

wah..dulu2 masa terer jd pelajar sastera terbaik sekolah pandailah pantun2 ni..skrg..dh tumpul skill lah saudara leenoh..hehehe..

Leenoh said...

Dee.
Tolong jangan bagi cikgu bahasa dan sastera periksa pantun saya, nanti kantoi, tak angkat muka nanti, pantun hantam kromo je, alla syok sendiri, sendiri gubah sendiri taruh markah, hehhehe