Tuesday, August 25, 2009

Sambungan entri ini ditangguhkan sementara.................kini disambung.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Sambungan entri ini ditangguhkan sementara.................kini disambung.

Pahala Puasa.
Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah setelah diberi-Nya pahala berganda diberi-Nya pula masa dan tempat tertentu juga dengan pahala yang berlipat ganda, sebagai contoh sesiapa yang berpuasa dan bersahur akan diberi-Nya pahala, sesiapa yang melewatkan atau mentaakhir makan sahur akan mendapat pahala yang lebih banyak lagi dan puasanya pula akan lebih selesa dan tidak penat dan letih atau tidak lapar dan dahaga. Sesiapa yang bersolat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al.Aqsa pahalanya akan melonjak lagi banyak dan berganda.

Betapa Allah juga memberikan kita ni'amat-Nya (nikmat-Nya) sehingga tidak terkira banyaknya, cuba renungkan berapa helai rambutkah yang sedang seseorang individu miliki dan pergunakan untuk faedah dirinya, berapakah banyaknya pula jumlah nasi yang dimakannya. berapa banyak pula ikan, daging, ayam, udara, haba, oksigen dan berbagai lagi yang digunakan oleh manusia, semuanya adalah kurniaan Allah, Jika Allah kurangkan oksigen untuk seseorang akan berlaku sesak nafas, jika Allah kurangkan makanan, manusia akan hilang tenaga dan terdedah kepada berbagai penyakit.

Sesungguhnya manusia yang berada di dunia sekarang ini, mereka sedang menghabiskan fasa ketiga kehidupan mereka yang masih berbaki, di hadapan mereka masih ada dua fasa untuk sampai ke destinasi, alam roh destinasi pertama, di dalam kandungan ibu destinasi kedua, setelah dilahirkan ke dunia mereka menjalani kehidupan di destinasi yang ketiga, alam kubur destinasi keempat, Padang Mahsyar destinasi kelima dan syurga atau neraka adalah destinasi terakhir perjalanan hidup manusia. Kini kita masih dalam perjalanan, kita masih mengembara atau kita masih bermusafir. Berhati-hati dan berjaga-jagalah melihat dan membaca panduan supaya tidak tersesat jalan, fahamilah betul-betul panduan tersebut, jika tersesat jalan akan sampai ke neraka, di sana tempat siksaan dan azab yang amat pedih yang Allah sediakan untuk manusia yang ingkar dan tidak mengikuti panduan yang disediakan. Acapkali telah diingatkan bahawa Al.Quran dan As.Sunnah adalah panduan yang betul dan benar. Panduan itulah yang menunjukkan jalan ke syurga. Jangan diabaikan, fahamilah kandungannya, patuhilah perintah dan saranannya. Insya Allah manusia akan bertemu dengan jalan yang lurus menuju ke syurga.

Pesananku kepada anda adalah juga pesanan pada diriku sendiri, pesananku pada anda agar pesanan itu berbalik kepada diriku sendiri, kuingatkan anda sebenarnya kuingin ingatkan diriku sendiri, kusuruh anda berbuat baik, sesungguhnya kusuruh diriku juga berbuat baik, kuingin anda mendapat rahmah, maghfirah dan terlepas siksaan neraka, sesungguhnya itu jugalah keinginanku.
Semoga kita sama-sama mendapatnya, Insya Allah. amin.

Entri ini ditangguhkan lagi.........insya Allah akan disambung.



Wassalam.

5 comments:

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Terima kasih kembali.
Semoga Mak Su dan keluarga sihat walafiat dan dapat berpuasa dengan sempurna.amin.

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. iya hidup ni satu pejalanan, jauh lagi nak ditempuhi.. :)

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Ya, memang jauh lagi perjalanan kita, perlu berhati-hati supaya dapat dielakkan daripada gangguan ranjau dan onak di pertengahan jalan.
Insya Allah kita selamat.

Nl said...

haih bersambung lagi ke pak Ngah huhu

takper saya setia menanti... :)

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Sembang Naqeeb, mana boleh berhenti, kalau berhenti sembang maknanya.....he3.
Alhamdulillah, bersyukur kita kpd Allah kerana masih diizinkan utk berpuasa, semoga puasa kita diterima-Nya, amin.