Wednesday, August 5, 2009

Aku Di Tepi Sawah - Sejarah Hidupku.

Salam semua.


Aku Di Tepi Sawah - Sejarah Hidupku.

Aku dilahirkan pada tahun 90an. di bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman, ibuku berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan dibawa oleh seorang manusia lelaki ke suatu kawasan perumahan di bandar Alor Setar dan ditanamnya ibuku di sini, setelah ibuku melahirkan beratus-ratus anak sebahagian besarnya dimakan oleh manusia , iaitu setelah manusia memjadikannya sebagai salah satu bahan masakan. Ketika berbunga burung, kumbang, semut dan berbagai makhluk Allah yang lain memakannya. Tuan yang menempatkan ibuku di taman ini tidak sia-sia kerana dia akan mendapat pahala atas usaha dia menanam ibuku itu.

Selepas beratus saudaraku dilahirkan barulah aku d
an saudara-saudaraku yang terdekat denganku dilahirkan, setelah dilahirkan aku berada di dalam pelukan ibu begitu lama barulah aku turun ke bumi dan hidup sebagai anak yang masih muda. Aku memang bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa seperti saudaraku yang lain menjadi bahan masakan manusia, begitulah takdir Allah terhadap diriku. Setelah aku tumbuh membesar dan tinggi lebih kurang dua kaki, aku diambil pula oleh adik ipar kepada lelaki yang membawa ibuku dari Perlis itu dan membawa balik ke kampungnya yang jaraknya lebih kurang 13 km dari tempat asalku itu.
Setelah sampai di kampung aku diletakkan di bawah sepohon pokok buat beberapa hari barulah aku ditempatkan di tepi sawah ini, duduk dan tinggallah aku di sini pula bersama-sama kekawanku yang lain, ada yang tua dan ada yang muda seperti aku. Orang yang menempatkan aku di sini ialah bapa kepada lelaki yang membawa aku ke kampung ini . Ketika itu beliau berusia dalam
70an, walaupun orang ini telah berusia tetapi masih gagah dan badannya tegap, perutnya tidak buncit, mungkin beliau seorang yang rajin bekerja dan kerjanya pula menggunakan tulang empat kerat yang sentiasa menyebabkan badan berpeluh.

Usiaku sekarang telah menjejak belasan tahun, beratus-ratus anak telah kulahirkan dan dimakan oleh ramai manusia seperti yang kuceritakan tadi iaitu apa yang berlaku kepada saudaraku. Makhluk seperti aku ini hidup lama kerana umur kami panjang kecuali yang terkena penyakit atau diganggu oleh tumbuhan lain yang menumpang hidup di atas tubuh badan kami atau hidup di atas bumi yang k
urang subur.


Nasib baik ini bukan aku.

Orang yang menanamku telah pun meninggal dunia iaitu setelah tidak berapa tahun beliau menempatkan aku di sini.
Pada hari kehadiranku anaknya sempat memaklumkan namaku kepada bapanya sebagai Kelapa Mawar. Mawar sebenarnya nama keluargaku, bukan namaku, semua keluargaku dikenali sebagai Mawar. Keluarga kami memang terkenal dan sangat dikenali oleh penggemar air kelapa muda.


Walaupun manusia suka makan atau minum airnya, kami tidak marah kepada manusia kerana kalau manusia tidak sukakan kami tentulah keturunan kami telahpun pupus di atas muka bumi Allah ini, lagipun kami bukan mempunyai perasaan seperti manusia. kalau manusia berusaha supaya kami membiak dan berbuah mereka juga yang untung. Cuba lihat orang yang menempatkan aku di sini b
eliau telahpun meninggal dunia tetapi aku masih melahirkan anak dan dimanfaatkan oleh manusia, burung dan makhluk yang lain, tentulah beliau masih mendapat pahalanya walaupun beliau telah meninggal dunia. Usaha seperti inilah dikatakan amal kebajikan atau amal solih.

#####################

Sabda Rasulullah.s.a.w.bermaksud:
"Sesiapa daripada orang Islam yang menyemai biji-bijian atau menanam tanaman, maka tiba-tiba dimakan sebahagiannya oleh burung atau manusia atau binatang. Melainkan jadilah sebagai sedekah baginya".

###############################
Aku tinggal di sini tidak kesunyian kerana berhampiran dengan tempat tinggalku terdapat rumah kambing boer, kambing boer sentiasa memecahkan kesunyian kampung ini terutamanya ketika mereka lapar, lapar apapun mereka akan buat bising hehehe bergurau ya. Jiranku kambing boer ini membiak seperti aku juga dulu dua kambing boer sahaja, sekarang telah meningkat menjadi 30 termasuk anak-anak kecil, mereka ini jauh lebih muda daripada usiaku .

Kalau anda ada modal dan ada kawasan tanah lapang ternaklah kambing boer ini kerana akan memberi pulangan yang lumayan. Setiap hari aku perhatikan jiran aku iaitu adik kepada lelaki yang membawa aku ke sini mengharapkan anak lelakinya yang berusia 13 tahun sahaja melayani kambing boer tersebut. semuanya ok sahaja. Nampaknya budak itu berminat dan suka dengan kambing-kambing boer itu. Sebab itulah kambing-kambing itupun sihat dan membiak. Kambing yang dewasa harganya mencecah di antara RM800.00 - RM900.00 dinilai mengikut saiznya.

Itulah sejarah hidupku sebagai sepohon pokok Kelapa Mawar yang hidup tanpa sebarang tanggungjawab yang diamanahkan Allah. Sehingga saat ini aku masih muda dan sihat.

Sekian.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...
dah besar tu kelapa
buleh ler minum air kelapa
huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Pak Ngah dah ngap dah.hehehe