Saturday, August 8, 2009

Di antara persediaan menyambut Ramadan al.Mubarak

Salam Semua.



Kalau dipanjang umur insya Allah mungkin sebelas hari lagi kita akan menyambut kunjungan Ramadan al.Mubarak . Di setengah tempat sepanjang bulan Syaaban ini adalah musim berkhenduri menyambut kehadirannya. Walau apapun jangan hendaknya melakukannya atas desakan adat kerana perbuatan seperti itu ditakuti lari daripada tujuan asal kita beribadat iaitu beribadat semata-mata kerana Allah. Berpuasa kerana suruhan Allah dan berkhenduri juga kerana suruhan Allah. Sebaiknya diniatkan segala pahala khenduri itu disedekahkan kepada ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Insya Allah pahalanya kita juga akan dapat bersama. Setiap pekerjaan beserta dengan niat, seseorang itu akan mendapat atas apa yang diniatkan. Kalau niat menunjuk-nunjuk atau hanya menyelesaikan masalalah rungutan masyarakat, maka itulah sahaja yang akan diperolehi.

Setiap orang mukmin mendoakan agar mereka dapat berpuasa terus menerus di dalam bulan Ramadan tanpa apa-apa gangguan terutamanya gangguan kesihatan.

Berpuasa Ramadan diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Firman Allah Taala berkaitan kewajipan tersebut di dalam Surah al.Baqarah ayat 183-184 bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (183) .

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (184)

Untuk mengekalkan kekuatan atau bertenaga pada waktu siang walaupun di dalam keadaan berpuasa, beberapa langkah dianjurkan di antaranya melewatkan makan sahur dan makan dalam kuantiti dan kualiti yang sesuai.

Manakala masalah yang sering dihadapi pada bulan Ramadan ialah hilang selera makan terutamanya ketika bersahur, situasi ini berlaku biasanya setelah seminggu kita berpuasa dan masalah lain yang sering mengganggui orang yang berpuasa ialah masalah sembelit, untuk mengelakkan masalah tersebut mereka disyorkan makan buah kurma sebelum makan makanan lain ketika berbuka puasa dan banyak makan buah-buahan atau makanan bersirat.

Masyarakat Melayu dan India biasanya menyediakan masakan Acar Limau untuk membuka selera pada malam bulan Ramadan terutamanya ketika bersahur.

#############################

Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang beribadat di dalam bulan Ramadan, semata-mata oleh kuat tuntutan imannya dan bertulus ikhlas kerana Allah, maka dosanya diampunkan".

##############################

Pada hari Sabtu dan Ahad yang telah lalu saya balik kampung menziarah bonda dan juga sanak saudara sambil itu singgah di Pekan Rabu membeli bahan-bahan untuk masak Acar Limau yang mana masakan ini telah menjadi kelaziman bagi keluarga Saya sejak puluhan tahun dahulu, kekadang dibuat dengan jumlah yang banyak kerana sebahagiannya dijual kepada mereka yang memerlukannya dan sebahagiannya disedekahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangga , sebahagianya pula untuk keluarga sendiri.

Cuba lihat gambarnya di bawah ini. Kalau anda biasa makan pasti terbuka seleranya.



Acar yang hampir masak.


Telah masak.


Acar Limau yang telah siap dimasak.

Cuba perhatikan bahannya.

#############

Di bawah ini bahan
yang belum digunakan.

Makanlah makanan yang halal dan baik.
dan
"Berhenti makan setelah hilang lapar".



###

Klik meneruskan bacaan.

###


Patrina.
18. Syaaban 1430.


Sekian. Wassalam.

4 comments:

Nl said...

Salam Pak Ngah ...
saya tak pernah makan ler
acar limau tu...
tapi nak makan masa sahur tu
buleh ker... tak masam ker pak ngah?

nahmy said...

salam tuan,
semoga kita semua diberikanNya kesempatan utk menemui Ramadhan. ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Nama saja Acar limau tapi bahan lain lebih banyak. bahan lain punya banyak limau punya nama hehehe.
Buah kismis dan kurma di antara yang menguasai rasa. rasa manis lebih banyak dari masam.
memanglah Acar Limau ni rasanya berbeza mengikut tukang masaknya. kalau utk bulan Ramadan sesuai banyakkan buah kurma dan kismis.

Leenoh said...

Salam Nahmy.
Sama-samalah kita berdoa agar dapat bertemu dengan Ramadan dan dapat berpuasa dengan sempurna, juga mendapat lailatul qadar.