Monday, August 31, 2009

Proses pembelajaran kanak-kanak berjalan sepanjang masa.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Setiap orang Islam sedia maklum bahawa di dalam bulan Ramadan yang mulia ini masyarakat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan , berlebih-lebih lagi pada bulan ini ganjarannya berlipat ganda, oleh itu marilah kita turut serta berlumba-lumba membuat kebajikan ( fastabiqul khairat ). Sembang-sembang mengenai puasa Ramadan kali ini membincangkan secara ringkas mengenai pendidikan kanak-kanak.

Kanak-kanak dilahirkan umpama kain putih , ibu bapa atau penjaganyalah yang akan mencorakkan kehidupan masa hadapan mereka .
Pada ketika kain putih inilah ibu bapa atau penjaga seharusnya membuat perancangan yang rapi dan berhati-hati dalam menyediakan peluang pendidikan mereka.
Sebagai orang Islam kita wajib mengutamakan pendidikan aqidah bagi mengiringi hidup mereka di samping pendidikan lain yang berjalan secara serentak dan bersepadu keduanya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Anak dilahir dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang menentukan sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” – (Sahih Bukhari)

Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai penghayatan akhlak Islam anak-anak mereka. Jangan membiarkan atau mengharapkan penghayatan itu berlaku dengan sendirinya apabila anak-anak dewasa nanti. Jika dibiarkan sikap yang salah ini tumbuh dengan suburnya akan wujudlah nanti kumpulan remaja dan seterusnya menjadi dewasa dalam keadaan yang tidak terdidik yang menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir tanpa pegangan aqidah yang pasti dan kukuh. Pembangunan insan akan turut terjejas dan terkandas. Mendidik anak-anak adalah suatu tugas yanng berat dan susah, ianya memerlukan kesungguhan, kemahiran dan istiqamah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” –
(Surah al-Ankabut, ayat 45)






Kanak-kanak belajar sepanjang masa.
Proses pembelajaran kanak-kanak berjalan sepanjang masa, mereka hanya berehat ketika tidur sahaja.




Proses ini berlaku melalui permainan atau ketika mereka melayan perasaan ingin tahu yang tersemat di dalam jiwa mereka. Mereka sedar bahawa mereka perlu menambahkan pengetahuan dan perkataan setiap saat supaya mereka dapat menyusuaikan diri dengan kehidupan nanti. Ini adalah bekalan pendidikan awal yang Allah takdirkan tabiat mereka ketika kanak-kanak lagi. Penambahan ilmu mereka yang seterusnya terletak di atas tanggungjawab ibu bapa mereka. Kesinambungan proses pembelajaran dan pendidikan ini memerlukan perancangan yang teliti dan cermat.

Sekian dahulu sekadar pembuka minda di bulan yang mulia Ramadan al.Mubarak.





Sekian.Wassalam

6 comments:

HajiSaadSgLayar said...

Keutamaan ilmu pengetahuan akan hanya dicapai sekiranya sentiasa beramal

Leenoh said...

Salam Hj.Saad Sg.Layar.

Ya. Ilmu yang tidak diamal seperti pokok yang tidak berbuah.

Mak Su said...

kena berhati2 bila berhadapan dgn anak2, dorang umpama span

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Selamat Berpuasa.
Ya, memang 24 jam kena tumpu kpd mereka kecuali ketika mereka tidur, bermacam kemalangan juga boleh berlaku kalau penjaganya leka.

KUNTONG said...

kanak-kanak akan memerhati apa yang dibuat oleh orang yang lebih dewasa darinya. daritu kita mesti mempamerkan budipekerti yang baik dan contoh yang boleh diikuti agar ianya dapat membentuk budipekerti yang mulia.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Ya, masyarakat sekeliling mereka adalah guru yang hampir dengan mereka terutamanya ahli keluarga.